Dunia Mistik

Aku ni kerja office hour 8 jam sehari senang kata memang jenis tak perlu nak stay back kat office pun utk settlekan kerja. Tapi Iz pulak kerja jenis tak menentu masa. Kadang ada down time dah habis office hour tapi dah tggjwb, dia kena settlekan jugak. Kalau tak settle2 jugak dalam jangka masa yg lama, kadang dia balik la dulu hantar aku sebab budak2 pun lama dah kan tunggu. Balik rumah, mandi kadang makan pun tak sempat, dia dah kena pergi semula ke site utk settlekan kerja yg tertangguh tu.

Kadang ada jugak situasi aku kena tunggu Iz habis kerja sampai paling lewat seingat aku jam 8.30 malam. Office aku ni dalam kawasan resort. Kira 1 kawasan dengan hotel yang dibina atas kawasan yang dulunya ladang kelapa sawit. In fact pokok kelapa sawit ni menjadi sebahagian landscape kat sini tak ditebang pun dari kewujudan asalnya. Kita hidup kat muka bumi milik Allah ni sudah tentunya berkongsi segalanya dengan penghuni lain juga. Samada penghuni yang kita nampak dengan mata kasar mahupun tidak. Hidup di bumi yg sama tapi berlainan alam atau dimensi. Begitulah yg aku dapat simpulkan hasil drp pembacaan yg kesahihannya wallahulam. 

Aku pun tak banyak pengalaman dengan kisah misteri ni. Tapi aku percaya dengan kewujudan Syaitan & Jin sebab dalam Al Quran pun ada Allah sebut. Jujurnya aku kalau diberi pilihan samada nak nampak atau tak, aku pilih tak nak nampak. Biarlah aku hidup spt manusia biasa seadanya drp ada keistimewaan dalam bab begitu. Supaya dapat aku focus dengan tugas aku sbg manusia kat dunia ni. Aku rasa aku tak cukup kuat nak hadap benda-benda mistik ni. Kadang dengan bunyi-bunyian pun dah berderau darah dibuatnya. Inikan pula nak tengok depan mata.

Aku kategorikan diri aku ni sedang-sedang ajelah dalam bab mistik ni. Seeloknya memang begitu kot. Ada banyak kali juga kejadian aku kena duduk lama kat office sorang2 tunggu Iz sampai dah masuk waktu Maghrib. Office ni senang kata femes la dgn macam2 cerita mistik. Biasalah tu kan, ada je gossip2 seram mahupun tak seram kalau dah kerja kat office ni. Iyelah dah nama pun berkongsi dunia yg sama. Waktu Maghrib dahlah tak lama. Aku taknak amek risiko terlepas solat. Takut tu takutlah jugak dengan suasana office dah kelam dan sunyi tapi takkanlah sebab takut dengan "hantu" aku tak solat pulak. Allah tak takut meh? So logically, aku tahu yg aku kena takutkan Allah lebih drp segalanya. Atas iktikad itulah aku selalu beranikan diri utk pergi ke Surau sorang-sorang dan solat.

Kalau kita ni niat baik ikhlas krn Allah Taala, insyaAllah takde yg buruk akan berlaku. Selama aku melakukan rutin solat Maghrib kat office even berseorangan, takde lagi kejadian mistik yg terjadi eventhough selalu je lagi dengar cerita mistik dikalangan office mates. Aku harap kekal lah begitu sampai aku dah tak kerja kat sini lagi. Lagi pulak Iz tu sejenis yang tak takut juga orangnya. Dia kata dia memang tak pernah nampak depan mata makhluk ghaib ni. Kalau tengok movie hantu dengan dia, macam takde perasaan je tengoknya padahal kite kat sebelah ni dah terpekik terlolong seram hahaha. Tapi pada aku bagus jugak gitu, rasa macam selamat gitu bersama dengan org yg tak takut macam kite ni. Kalau dah dua2 pun takut, nak jadi apa? Kahkahh

Ada 5 filem seram yg jadi all time favourite bagi aku. 1. Exorcist (ini zaman kanak-kanak punye ingatan) 2. Insidious (1 & 2) 3. The Conjuring 4. The Exorcism of Emily Rose 5. The Amytaville ( 90's punye film bkn yg remake baru2  ni)

Sejenis penakut tengok movie seram tapi suke je nak tengok haha. Apekah? Maybe pasal ada partner yang tak penakut kot. Rasa selamat & terjaga gitu hehehe.


Nak tengok balik movie ni sensorang pun tak berani huhuhu

Ada beberapa kesimpulan la yang aku dapat hasil suka baca kisah benar dari mereka-mereka yang hijab terbuka especially kat FS sane. Rata-rata kalau diorang gambarkan keseraman muka & kecantikkan muka mereka yg dari alam sane tu, mostly sama je macam yg digambarkan dalam filem. Macam cerita femes dari Jepun, The Ring si hantu mengesot tu kan? Realitinya ramai je yg jumpa makhluk jenis begitu. Kadang kita rasa macam lawak je mengesot kan, tapi kalau betul2 kejadian depan mata lawak lagi ke? Hahaha. Bapak seram kot mau terkincit dalam seluar dibuatnye.

Kalau yg ala-ala cantik hensem tu maybe lah dari kaum jin Islam or orang bunian selalu masyarakat kita panggil. Memang terbayang Legolas dalam movie LOTR terus hehehe. Lebih kurang je watak dalam movie2 yg diceritakan tu like telinga depa tajam sikit bhg atas tu & memang hebat pun. Allah dah bagi kelebihan begitu pd mereka kan. So aku rasa kadang depa yg bikin movie ni bukan semuanya imaginasi je. Ada juga yg bersandarkan pengalaman sendiri or maybe kawan2 sedara mara ke yg ada kelebihan boleh nampak makhluk dari sane. Begitulah kiranya. Wallahualam.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat