JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Day 1)

Kami exit Tol Ayer Hitam pukul 12 tengahari. Jumpa Abah & Mak kat simpang depan Felda Ayer Hitam & terus ke Dewan Serbaguna attend wedding anak cousin Abah. Lepas makan, said good bye & kami menuju ke Hotel Pintar di Parit Raja. Mak Abah terus balik rumahlah apelagi. Senang je jumpa hotel pasal tepi jalan besar nampak dah sign board dia besar gabak. 

Sampai je kami relax jelah dulu pasal perut pun masih kenyang. Sempat la tido seround 4 beranak. Itu pun mak pak dah belayar dulu. Tau2 je 2 ketul tu dah terselit tido sama. Kelakar pulak tengok. Haha. Tau pun penat yer korang. Sebelum tu jenuh la melompat sana menjerit sini. Happy sangat dapat duduk hotel. Kesian. Hehehe. Moga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga untuk tahun seterusnya yer. Dapat kita jalan-jalan lagi. InsyaAllah.

Hotel Pintar ni aku booked kat booking.com RM150 per night. Katil single & double. Nanti dah anak 3 kena 2 double tak boleh yang macam ni dah. Tak muat. Lagi beso lah bajet kena ade yerp. Huhu. Lepas mandi, kami pun keluar memulakan misi mencari makanan sedap di Batu Pahat. Masuk je bandar BP terbuntang jap mata tengok jem parok. Dah rasa macam kat KL pulak. Tak puas hati betul aku. Sebbaek sampai area Bandar Penggaram je dah OK. Terus tuju tempat Sup Kambing sedap. Dekat dengan BP Walk. Betul-betul depan HSBC Bank.






Simple je kedainya macam kiosk gitu. Cina pun ramai makan situ. Sup dia pedas-pedas so Naurah memang tak makan la. Nazif je senang pasal boleh balun apa saja perasa. Cicah roti sup panas mmg heaven. Kami order 2 jenis sup, ayam & kambing. Atas meja tu ada nasi lemak & bihun bungkus. Naurah mkn nasi lemak sebungkus setengah. Nazif makan bihun cuit-cuit. Last-last habi kena perabih hehe. 

Nampak dari pandangan mata mcm so-so je nasi lemaknya. Tapi habi kata sedap. Aku takde mood pulak nak rasa. Lagi teruja dengan Sup Kambing. Sedap.

Lepas makan kami ke BP Walk saje jalan-jalan. Happening jugaklah. Ada khemah kecik-kecik macam downtown jual macam-macam keliling dataran tu. Tapi berjaya tak beli apa-apa utk budak-budak haha. 1 kejayaan yang perlu dibanggakan =P



Penat round dataran, kami balik ke hotel & habi tapau burger pulak. Hahaha. Pasal tak makan nasi kan. Cepat je dah lapor balik. Semua tidur dalam kekenyangan. Sempat google tempat breakfast best kat area Parit Raja sebelum menutup mata. Dalam tido dah mimpi dulu makan apa pagi esoknya. Miahaha.

Nazif tidur tak lena sangat. Maybe pasal tak biasa suasana lain kan. Setiap jam terjaga. Dah dengan aku sekali tido-tido ayam melayan ke dia. Naurah & habi kemain tido nyenyak tak ingat ape dah. Jeles mak.

OK. Sambung next entry utk Day 2 yer. Tata for now.

















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat