1st Vaccay 2017 : Melaka

Got time sikit pagi ni. Meh la aku share skek pasal short vaccay kat Melaka last weekend. Sebenarnya pergi sana duduk kat SGI Vacation Club punya new hotel. Building ni tak sure la dia make fully renovation ke memang building baru, tapi mmg baru lah tempatnya. Sebelum ni Melaka tak ada pun hotel utk SGI Member. Last year around end of year jugaklah baru masuk dalam list. Kecewa pasal ingatkan duduk kat Hotel Swiss Garden Melaka yg mewah tu. Best ah situ siap swimming pool mcm water park lagi ada. Skali Google Maps tunjuk SGI Hotel punye building exactly in front of SK Infant Jesus. Area Jonker Street & Hotel Equatorial sane. Memang betul2 tengah bandar lah cuma area belakang. Hotelnya buiding 3 tingkat je. Dia kecewa tu pasal takde swimming pool. So terpaksa tukar plan bawak budak2 main air kat Bayou Lagoon Resort area Bukit Katil sane. Nasiblah 20 minit je dah boleh sampai. Takpelah, dapat penginapan free pun dah syukur banyak. Jimat a few hundred dah situ kan. Terima kasih Kak Ya ^__^ (pasal dia yg member SGI Club bukak aku yer huhu. mak tak mampuuuu)

ehsan pakcik google
So sblm Maghrib kami dah keluar untuk dinner kat Sungai Duyung. Niat Jamak Takhir siap2. Kena keluar awal pasal Nadim kan jenis tido awal. So kalau boleh taknak kacau waktu tido dia la. Overal recommender ah pergi makan kat Sg. Duyung ni. Servis pantas & rasa pun boleh tahan. Tak nyesal la pergi orang cakap. Orang ramai tapi masih cepat. Bukan senang nak dapat tempat macam ni kan. Kami order Jenahak Bakar, Sotong Goreng Tepung, Sayo Campur, Udang Beso Sambal & Ketam Telur Masin. Total damage cuma RM120. OMG murah sangat rasanya tu huhuhu sbb portion besor jugak tu. Mmg berbaloi sangat pergi.

Kantoi gigi depan dah rongak akaka 

Nazif pun sporting malam ni



Since cepat settled dinner, so kami round Bandar Melaka jelah lepastu tengok night life. Okay je takde sesak ape pon. Dah pusing2 balik hotel & tido. Nadim tido tak lena. Pasal tempat baru kot. Tapi esoknya dia start demam. Damn. Last pergi Melaka pun Naurah demam. Masetu tgh pregykan Nazif. Suratan atau kebetulan? huhuhu. Malam tu google siap2 places to go for breakfast. Sudahnya makan kat warung tepi jalan je otw ke Bayou Lagoon. Tapi yang bestnya warung tu semua makanan sedap. Iz berenti pun pasal nampak ramai orang but yang still acceptable nak singgah la. Ada lagi 2-3 meja kosong so proceed la singgah. Namanya Warung Caun. Otw ke Bulit Katil drp bandar, warung adalah di sebelah kanan yer. Atr makanan yg ada ialah Mee Rebus Jawa, pelbagai jenis lempeng, Nasi Lemak Pandan kaler ijo & yg biasa (sambal sedap) & goreng2. Semua yg kami order kena dengan tekak. Recommended!






Mee Rebus Jawa. Sedappppp!!!
Kenyang perut senang hati, so gerak teruskan perjalanan ke Bayou Lagoon Waterpark. Buat pertama kalinya aku merasmikan swimming suit beli online ritu. Pertama kali sejak kahwin sampai anak dah 3 aku turut sama enjoy main air. Omg, I should have done this earlier. Best.  Sangat best huhuhu. Best sebab dapat main air dengan kiddos & suami. Sama2 have fun. Ahh..memang kenangan yang best utk diingat semula.



Ade cap tapi malas pakai. Macam beriya sangat pulak hahaha. Bkn nk nyelam ponggg
Dalam 12 lebih gitu kami chow sin. Memasing kenyang lagi makan kat Warung Caun, So Iz cuma singgah beli kuih kat Perhentian Kuih Kampong tepi jalan yang femes tu. Sampai hotel balun kuih pastu rasa tak cukup hahaha. Nadim macam lapor tapi dah takde ape nak buat makan. End up Iz g jalan kaki g Hang Tuah Mall beli McD hahaha. Sabor jelah. Petang sikit kami keluar jjcm nak try pekena Coconut Shake Batu Berendam pulak. N yang recommend & berbaloi gak pergi sebab ada jual makanan lain jugak like Kuih Keria Gula Melaka yg femes itu. Kt sini murah skek drp yg Iz beli kt Kuih Kampong sblm tu, Gemok skek tapi manis lebih. Murah skek drp Kuih Kampong. Duduk2 lepak kejap situ pastu balik Bandar Melaka semula nak try pekena Roti John Mael Lambong yang viral tu. Alhamdulillah takde que panjang. Iz beli 2 jenis yang daging lembu & kambing. Itu jelah dinner kami utk malam tu.








Roti John Mael Lambong pun berbaloi cuba. Daging banyaaakkk so jadi tebal gitu. Ada mozarella cheese memang aummm lah. Esoknya yang kambing punya kami buat breakfast je sekali dengan belen Kuih Keria Gula Merah. Jimat hehe. Around 11.30am kami check out menuju ke kedai Asam Pedas Dalilea Ria kat Kota Laksamana. Lunch kat sana. Nasi ayam utk kiddos pun sedap. Asam Pedasnya pun okay. Tapi mahal lah. Set Asam Pedas 2 pinggan dengan Kepala Ikan Jenahak (1 claypot) & 1 Nasi Ayam total damage RM55. Macam tak berbaloi sangat huhu tapi bayor jelah kan. Next time pergi kedai lain dah ler jawabnye sbb even sedap tapi rasa tak berbaloi pulak hihi

Perut kenyang, kami pun balik semula ke BBST. Alhamdulillah kira suksess lah short vaccay ni tolak bab Nadim demam.  Alhamdulillah harini nampak dia makin segar. Getting better. Rindu nak tengok keletah dia bila sihat. Kakak pulak berganti demam since semalam. Terpaksa cutikan dia sekolah harini. Kali ni Iz pulak jaga. Anak yang dah beso ni Iz kompiden nak jaga pasal tak banyak ragam, dah pandai cakap kan. Yg kecik mmg dia surrender la. Mmg aku gak kena korban cuti. Takpelah...give and take gitu. Kerjasama =) Jumpa lagi!!


Popular Posts