Lembut Juga Hatinya

Akhirnya kalah jugak aku sebagai seorang Ibu yang kedekut anak pada tahun 2017 ni. Semalam PIL datang rumah lepas urusan kat KK Salak Tinggi. As usual depa akan ambil kiddos from their nursery & bawa balik rumah kami kat Taman Ixora. Melepas rindu dengan cucu sementara tunggu kami balik dari kerja in late afternoon. It has been 2 days since Naurah & Nazif dihantar ke transit menghabiskan masa disana. Tak ramai pun budak kat situ. Adelah dalam 10 orang macam tu. Mostly mesti balik kampung with or without their parents. Spending more quality times with family.

Hati aku ni makin meningkat umur agaknya makin lembut. Teringat jugak kat Abah masa aku kecik & dia masih belum tua mana, kemain lagi garangnya dengan kami adik beradik. Memang takut sangat dengan Abah sampai bile dengar je motor dia dari kejauhan, berdesup lintang pukang lari ketakutan kalau kena marah dek main benda bukan-bukan. Hahaha. Biasalah zaman budak2 ni nakal dia kemain lagi. Main masak-masak guna tin susu lah. Api kan bahaya. Time tu kita fikir seronok aje takde nak fikir benda tu merbahaya. Kids will always be kids.

Kesian pulak tengok budak2 tu kena hantar taska je. So bila pil request nak bawa balik ke Semenyih, aku berfikir la sejenak. Rabu & Khamis je pun bukan lama mana. Jumaat nak balik Johor dah. Hmm...okaylah. Iz pun kata Khamis malam kang dia pick up budak2. Halus je cara dia pujuk aku tidaklah mendesak mana. Lagipun aku ada Nadim buat peneman. Tidaklah sunyi sangat bila datang malam tu.

Akhir bulan depan nak minta tolong PIL juga tolong jagakan the boys since aku nak pergi Pulau Perhentian dengan Naurah. Rasa macam kejam sangat pulak bila taknak bagi the kids ke rumah in law bila cuti sekolah sedangkan bila aku memerlukan bantuan depa utk pergi bercuti, depa tak merungut ape pun. Paham tak maksud aku? It just that aku rasa aku kena give & take. Jangan la bila nak minta tolong je aku hantar the kids ke sana. Ape salahnya once in a while like time cuti sekolah ni aku hantar juga the kids kesana sebagai peneman penghibur mereka kan.

Terima kasih Allah sebab lembutkan hati aku malam tadi. Sikit demi sedikit perasaan kedekut anak aku pada PIL akhirnya terhakis. Makan tahun taw. Ingat senang? Huhuhu. Aku harap aku akan lebih redha bila ada apa2 yg berkaitan dengan PIL & anak2 ni. Taknak ada sekelumit pun perasaan tak senang or jengkel. I want to love them like I love my own parents. Dalam doa, aku tak lupakan mereka juga. Sama dgn doa aku pd parents aku sendiri. I want them to be happy, to be in health, murah rezeki & panjang umur. Agaknya berkat doa tu juga akhirnya Allah buka hati aku utk lebih bertolak ansur. Syukurlah.

Have fun with Atok & Wan kiddos!!



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat