Upgrade Diri

Upgrade diri. Kalini aku nk bercerita ttg persediaan nak menghadapi alam kubur & alam akhirat. Allah...seram membacanya yer? Whether we like it or not, realitinya stp yg bernyawa didunia ni pasti akan merasai mati. Yer, hidup kita mmg sentiasa sibuk dgn kerja & kehidupan berkeluarga tetapi jgn mudah leka dgn semua itu. Kita juga ada tugas sbg seorang hamba yg jg memerlukan komitmen sepenuhnya. Nak seimbangkn atr dunia & akhirat bkn pkr yg mudah. Tp kita tetap kena usaha sedaya upaya. Sentiasa tanam dlm diri nk upgrade diri kita dlm beribadah. Jgn mudah merasa cukup dgn apa yg dh kita buat. Dunia bkn masa utk bersenang lenang dgn kehidupan saje tp juga merupakan tmpt utk kita beribadah sedaya upaya. Klu nk diumpamakan tu mcm tmpt kita menanam pokok yg hasilnya akn kita rasa bila melalui alam kubur & akhirat nti. Klu x menanam, mana nk dtg hasilnya? Jd stp masa kita kena fikir nk tanam pokok apa pulak lpsni. 

Utk diri aku, aku suka cari amalan yg blh buat aku istiqomah melakukannya. Biar berterusan klu blh spjg hayat ada. Cuma sikit demi sikit. Tambah satu demi satu. Aku org biasa je ilmu agama takat habis drjh khas sek agama johor. Mane nk sama dgn org yg beruntung Allah bg rezeki belajar ilmu agama tinggi2. Tp itu bkn alasan utk tak berusaha dlm beribadah. Jd kita kena cari ilmu dgn byk dgr ceramah agama dr tokoh2 agama yg ada dr sumber youtube dsb. Itu jelah cara paling mudah utk aku bt masa ni. Nk dgr live ceramah blm ade rezeki jd kenalah cari alternatif lain.

Baru-baru ni aku terkejut dapat berita kawan sekolah yg dulunya BFF meninggal dunia kerana sakit jantung semasa tidur. Allahu....terkilan dan terkesan dengan kehilangan arwah Alan. Dia memang seorang yg baik. Allah dah ambil dia awal, ada hikmah disebaliknya yg kita tahu. Hati aku rasa pilu mengenangkan anak-anak & isterinya yg tak bekerja. Ya Allah, moga dipermudahakan segala urusan mereka selepas ini. Alhamdulillah ada kwn2 sek yg amek inisiatif mengutip derma utk meringankan sikit beban yg ditanggung isterinya. Terima kasih kawan2. Kalau takde aral melintang, Ahad ni aku join kwn2 sek yg duduk sekitar Selangor & KL menziarahi isteri arwah & anak2. Tak tahulah aku kuat ke tidak nak pandang wajah2 mereka. Hingga kehari ini aku masih terasa akan kehilangan arwah even hampir 10 tahun tak berjumpa. Teringat kebaikkan dia yg sopan tutur katanya. Seorang yg sangat disenangi oleh semua yg mengenalinya.

Tahun 2017, Abah pergi meninggalkan kami. Tahun 2018, kawan sek yg BFF pula. 2 kehilangan ini memberikan kesan yg agak mendalam pd diri aku. Membuatkan aku rasa semakin hampir dengan kematian yg tak pernah mengira usia muda atau tua. Mati yg pasti akan dirasai oleh setiap yg bernyawa. Alam kubur yang hanya kita seorang menghadapinya. Apakah nasib kita? Bahagia atau derita? Kalau mati itu adalah pilihan, siapa je yg nak mati? Siapa  yg sanggup nak tinggalkan anak-anak kecil yg masih memerlukan perhatian & kasih sayang drp ibu bapa? Tapi apakan daya, sudah Allah tentukan bahawa mati itu rahsiaNya.

Aku selalu teringat kisah manusia yg meminta pd Allah utk hidup semula semata-mata utk beribadah dan berbuat kebaikkan. Adakah kita akan tergolong dalam golongan itu? Allah ya Allah....ianya satu persoalan yg sangat besar. Atas ketakutan itu, aku push diri utk terus berusaha utk upgrade diri dalam melakukan ibadah. Ibadah yg kecil & nampak ringan tapi mudah2an kalau istiqomah, dapat melayakkan diri kita utk mencium bau Syurga di alam kubur kelak seterusnya masuk kedalamnya di alam akhirat nanti.

Dunia akan sentiasa begini. Kita sentiasa akan disibukkan dengan hal dunia. Hal suami & anak2, kawan2 dsb. Tapi dalam pd kita menjalani kehidupan yg serba sibuk ni, selit-selitkanlah sebanyak boleh segala amalan sebagai bekalan di alam kubur & akhirat nanti. Skrg aku melatih diri utk banyakkan berzikir tanpa mengira masa di dalam hati. Tengah buat kerja, hati pun boleh zikir. Subhanallah, betapa ruginya aku tak tahu tentang ilmu ni sebelum ni. Terima kasih Allah kerana menyampaikan ilmu ini melalui medium seorang kawan di dalam group Whatsapp. Dr video yg di share dr youtube, aku dengar ceramah seorang Ustaz & mendapat ilmu ini. Alhamdulillah ditunjukkan jalan kepada ilmu. 

Kita takkan pernah pandai dalam segala hal. Kehidupan ini adalah satu perjalanan dalam mencari ilmu. Akan sentiasa ada ilmu yang kita tak tahu. Carilah ia. Berusahalah sehabis daya. Moga Syurga milik kita, InsyaAllah.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat