Bayang-Bayang Resign

Akhirnya nampak dah bayang-bayang bila aku boleh resigned for good & jadi manager rumah uruskan hal sekolah budak-budak, doing house chores & makan minum. Cita-cita yang tak pernah padam sejak berkeluarga ni. Aku selalu fikir tugas sebenar aku sbg seorang isteri & ibu adalah utk uruskan segala hal rumah. Bukan kerja macam skrg ni. Dan aku pun lebih suka kalau tak kerja & uruskan hal rumahtangga je. Memang hati tu kuat ke arah tu. Rasa macam dapat 1 kepuasan yang payah nak describe kat orang lain. Allah je yg lebih mengerti.

Ada duit tetap gaji bulan2 tu memanglah best. Manage duit, spend duit ikut suka kita. Ada lebih boleh shopping beli segala kehendak hati. Senang kata tak risau lah bab berkaitan duit ni. Tapi tetap jauh di sudut hati tu rindu akan kepuasan duduk di rumah saje uruskan keluarga. Perasaannya langsung tak sama. Paling tak suka bab kerja ni kena commit masuk pukul berapa, balik pukul berapa. Kalau sukahati aku asal kerja siap best la jugak hehe. Too good to be true lah dalam tugas kerja aku skrg ni. Thats y rasa jd sahm jugak yg best. Cuma aku kena buat jadual jugaklah dlm segala hal. Tak bermakna boleh makan tido tgk tv sesuka hati. Ingat senang ke nak uruskan hal rumah?

Lagi2 bila dah ada anak bersekolah ni kan. Dah takde nak hantar transit or day care. Dah takde nk hire van sekolah pick up depa balik sekolah. Utk jimatkan kos hidup yang dah bergantung pada 1 orang saje, perbelanjaan yg tak perlu kena singkirkan lah. Pergi balik mereka ke sekolah sah2 aku yg kena buat. Sambil2 tu kena buat house chores lagi. Memasak tu dh jd tugas hakiki. Ianya tak semudah yg ramai orang sangka ye jadi sahm ni.

Berbelas tahun dah since masuk alam pekerjaan. Cukuplah kot utk aku. Its time to focus on my family pulak. Uruskan hal anak-anak & suami pulak. Spend time sepuasnya dengan mereka hari demi hari. InsyaAllah nothing to be regret of leaving alam pekerjaan sblm umur 40 tahun. Kalau lah plan ni berjaya, aku perlu sujud syukur kepada Allah kerana memberi aku peluang utk menjaga keluarga aku sebaiknya. Tak semua orang dapat peluang uruskan family di zaman serba mencabar ni kan. Zaman yang banyak sungguh memerlukan duit dalam segala hal.

Since dah nampak hala tuju bila nak resign ni, aku rasa lebih bersemangat nak manage gaji aku sebaiknya starting 2018. Nak settlekan a few wishlist especially bab rumah tu. Nak reno sikit bahagian dapur, tukar kitchen kabinet & set up laundry room. Moga Allah permudah segala urusan kami. No more shopping tak berhemah yer!! Hahaha. We'll see.....



Sabar yer anak-anak, wait for me a few years more before Ibu can manage all of you dengan penuh kasih sayang. Ewah...kasih sayang la sangat hahaha. Sejenis ibu singa sebenarnya hahaha. Ala baru 3 orang je anaknya. Mak dulu lagilah pening handle 7 adik beradik. Molek je semua kejadiannya sampai skrg. Takkanlah aku baru 3 dah merungut kan?

Tak sanggup dah rasanya nak tengok diorang membesar depan mata dengan rutin harian aku masih bekerja macam skrg. Kepuasan sebagai seorang ibu tu memang tak tercapai lah senang cakap. InsyaAllah nanti dah uruskan diorang dengan tangan sendiri harapnya diorang lebih happy hidup kat dunia yang sementara ni. Mudah-mudahan. Amin yra.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat