I Love Vaccation

Aku start suka pergi vaccation sejak putus tunang back at 2008. Sebelum tu dah berkawan dalam 4 tahun, memang tahun-tahun yang lagha jelah senang cakap. Takde hala tuju hidup yang jelas. Agak sebab fokus pada perhubungan tu je kot. Once dah putus, barulah rasa bernafas sikit hidup aku ni. Fikiran jadi jelas gitu so banyak la peningkatan dalam hidup yg aku buat. Start amek personal insurance, start bayar hutang PTPTN melalui pemotongan gaji etc. Lepastu timbul hasrat nak menjejakkan kaki ke Tanah Haram tapi entah macam mana, Allah belum jemput lah rasanya, so tiba-tiba plan dah lari. Jumpa pulak dengan Iz, dah sibuk dgn persiapan bertunang berkahwin bagai.

But on 2009, buat pertama kalinya aku & Kak Ya ke Ho Chi Minh city jalan-jalan tengok negara orang. That was my first time flying and I loved it so much. Paling suka part nak berlepas & mendarat. Thrilling gittew. Lepastu suka juga perasaan berserah sepenuhnya kepada Allah when we are up in the air. Seperti Allah tanya dalam al Quran, siapakah yang menahan burung yang berterbangan drp jatuh? Boleh diaplikasikan juga dengan aeroplane kan? Semuanya atas kekuasaan Allah jua.

Since then lah rasanya aku suka vaccation. Suka pergi kenduri kendara, majlis birthday bagai. Masa aku single, aku tak suka join apa-apa trip or segala macam aktiviti sosial lah senang cakap. Tak tau kenapa, maybe ada sangkut paut dengan perangai arwah Abah jugak. Tapi Abah bila dia dah tak bekerja dan banyak menghabiskan waktu di Masjid, pun dah suka pergi kenduri kendara di kawasan Felda mahupun jemputan drp saudara mara. Agak akhirnya aku pon ikut jejak langkah dia jugaklah kan?

Tu pasal lepas kahwin aku aktif la join geng blogger buat gathering sana sini. Tiba-tiba drp orang yang tak suka bersosial, jadi seorang yang aktif join gathering dan vaccay sana sini. Itulah kalau dah namanya manusia, takde yang mustahil pun utk berubah. Berubah ke arah kebaikkan takpelah kan bukan ke arah yang mungkar pulak hehe. Korang yang suka vaccay mcm aku, kalau anak masih belum bersekolah moleklah jalan puas-puas. Dah sekolah macam Naurah tu aktiviti vaccay terpaksa dikurangkan tanpa rela tapi redho jelah kan. 

Since Naurah dah sekolah, aku cuba in a year utk pergi vaccay at least 3 times. Awal tahun, tengah & akhir. Betapa pentingnya vaccay ni pada aku sampai sanggup kumpul duit semata-mata utknya. Entahlah, pd aku vaccay ni penting sangat bila dah berkeluarga. Untuk bukan hanya kiddos dpt lari dari rutin harian yang membosankan malah memenatkan itu, tapi kami laki bini ni pun kena refresh balik mental & fizikal supaya hubungan jadi lebih erat gittew. Harap Allah bagi kelapangan masa & rezeki lebih utk teruskan misi vaccay 3x setahun menjadi kenyataan sampai terdaya. Amin.

Bonding time ibu & anak





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat