Meh Aku Pimpin!

Kalau suami tak mampu pimpin tangan kita masuk ke Syurga, kenapa tak kita je isteri yang usaha pimpin tangan dia kesana?

Anak-anak tak solat? Takpe, meh aku sempurnakan solat wajib & tambah solat sunat. Suami tak mengaji? Takpe, meh aku mengaji kat office dan lepas Maghrib kat rumah. Biar aku berusaha supaya semua orang dapat hidup bahagia. Supaya Allah jaga kita dimana pun kita berada.

Bohonglah kalau kata aku tak pernah doa kat Allah nak dapat suami yang mampu bimbing aku dari segi agama. Kalau boleh nak suami yang lagi tinggi ilmu agamanya. Seronoknya membayangkan bersolat jemaah bersama bila berdua dan dengan anak-anak bila dah tiba masanya. Biasalah terpengaruh juga dengan lakonan drama dalam TV tu kan. Berangan benda best siapa yang taknak? Bukan kena bayar pun.

Tapi tak semua yang kita mintak pada Allah tu Dia bagi dengan mudahnya. Dapat yang ini, maybe ada tak dapat yang itu. Manusia penuh dengan kelemahan dan kekurangan. Begitulah sifat manusia yang Allah tetapkan. Dalam masa yang sama tanpa kita sedar ianya juga part of our ujian hidup. Begitulah cara Allah mendidik manusia. Selalu kena belajar hakikat kehidupan drp setiap ujian yang Dia bagi. Kalau tak amek pelajaran, sampai sudahlah ko akan rasa hidup ko ni malang, tak best dan sebagainya. Salah siapa? Takkan nak salahkan Tuhan pulak. Ko kot yang buat hidup ko jadi macam tu.

Syurga Allah itu sangat mahal harganya. Wujud ke manusia yang happy sokmo sepanjang hidupnya? Takde bhaiiii. Itu dalam dunia kartun je wujud. Semua benda kena ada usaha dan pengorbanan. Dan kalau nak hidup kita ada perubahan yang baik, yg best best, usahakan dengan diri kita sendiri. Jangan nak harapkan orang lain yg berubah. Kita nak ubah diri sendiri pun payah, lagi ada hati nak ubah orang lain. Phuiii sangat tu namanya...

Untuk perkara yang Allah tak berikan pada aku, aku kena usaha lebih. Kalau betul aku nak, aku kena paksa diri utk dapatkan ia. So I push myself hard to do it. Caranya ada 1 je. Takde 2 atau 3. Perbaiki hubungan dengan Allah, and the rest will follow. Aku menulis ni drp pengalaman aku sendiri. Aku yang dulu tak sama dgn yg hari ini. Aku yg dulu memang banyak sangat kelemahan sbg seorang manusia. Sampai aku rasa give up dengan diri sendiri. Cuba nak berubah tapi caranya salah. So macam tu lah jugak kemana-mana dengan perangai buruk. Sampailah Allah sedarkan aku dan akhirnya aku follow cara yang 1 tu. Alhamdulillah life is so much better since then.

Kita selalu tengok life orang lain nampak best kan? Samada ia sememangnya best atau hakikatnya hanya orang tu yang tahu kat mana susah payahnya. Kalau korang rasa life aku skrg ni best, korang tak silap banyak pun. Jujurnya aku pun rasa life aku best. Syukur sangat ya Allah dengan apa yg ada skrg. Tapi korang tau tak susah payah aku nak dapat life yg macam ni? Tak tau kan kalau aku tak cerita? So kat sini aku nak cerita life yg skrg ni aku dapat sebab aku usaha perbaiki hubungan aku dengan Allah. Itu je. Takde rahsia lain dah. Tu je satu satunya cara dia.

Dan aku masih terus berusaha sehingga ke hari ini. Aku takkan jadi perfect dalam apa pun. Tapi selagi aku berusaha, aku yakin Allah akan pandang aku dan ambil kira semua tu. Once in a while aku akan tersalah langkah, terserong sana sini, tapi aku yakin Allah akan tunjukkan jalan utk perbetulkan aku semula. Sebab itulah yang aku minta kat Dia bila aku solat, bila aku baca Surah Al Fatihah. " tunjukkan aku jalan orang orang yang Kau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Kau murkai & sesat ". 

Sebab itulah betapa pentingnya untuk manusia itu SOLAT. Perbaiki solat, yang lain akan follow, InsyaAllah. Thats y pertanyaan pertama Allah kpd kita kat akhirat nanti adalah juga tentang SOLAT. Semuanya bermula drp situ. Aku pun dulu solat tonggang tonggek aje. Asal buat. Sebelum tu lagi teruk, solat pun kadang buat kadang tak. Nampak tak? Aku bukan terus dapat jadi mcm diri aku yg sekarang ni. Allah bagi banyaaaakk dah ujian dimasa lampau aku. Yang aku pun tak tahu Allah maafkan ke tidak dosa-dosa lama tu. Wallahualam. Sampai satu masa Allah bagi ujian yang jadi titik tolak kepada perubahan hidup aku  sampai ke hari ini. Korang pun tau kot dah byk kali aku cerita kat sini. Tahun 2008 kan tahun kegelapan juga kebangkitan dalam hidup aku. Putus tunang itulah apelagi.

Sejak dari tu aku tak menoleh belakang dah. Aku usaha sampai harini utk tetap atas jalan ni. Aku tak boleh sia-siakan apa yang Allah dah bagi. Dan percayalah ianya sangat sukar. Susaaaahhhh sangat nak terus istiqomah dengan jalan ni. Entah berapa ribu kali dah aku tersungkur. Tapi aku sentiasa akan push myself utk usaha semula, bangkit balik, lawan nafsu..lawan lawannnn. Niat aku memang aku akan sentiasa usaha selagi Allah pinjamkan nyawa ni, jasad ni pada aku. I will fight until the end of my breath. InsyaAllah. Moga Allah bagi bantuan dan kekuatan pd aku.

Ya Allah, jangan Kau ambil semula hidayah ini drp aku setelah Kau memberinya. Tetapkanlah aku pada jalan ini, jalan menuju Mu ya Allah. Jalan utk ke Syurga Mu. Kalau boleh aku nak bawa semua orang yang terdekat dalam hidup aku skrg bersama-sama kesana. Aku akan usaha utk diri aku dan juga mereka kalau Kau izinkan.

Aku takkan mengharapkan orang lain utk bawa aku ke Syurga. Aku akan usaha sendiri utk itu. Kalau orang lain tak boleh bawa aku, aku akan bawa orang lain bersama. Itulah yang aku akan terus usahakan dengan bantuan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku tak kisah pun kalau ada yang baca ni anggap aku gebang lebih ke ape. Korang kalau tengok aku LIVE memang nampak banyak kelemahan pun. Langsung tak sempurna. Pakaian pun tak perfect. Sarung tangan tak pakai. Tudung tak labuh mane pun. Aku mengaku aku tak perfect pun dengan apa yang Allah perintahkan. Solat aku pun banyak pincangnya. Tak semua waktu pun dapat solat awal. Kadang terbabas juga Subuh/Isya'. Aku masih je orang yang lemah sana sini.

Tapi ketahuilah bahawasanya otak aku ni tak pernah berhenti berfikir utk memperbaiki diri aku supaya Allah pandang walau sekilas pun. Aku yg banyak kelemahan ini, aku yang ibadat tak banyak mana, betapa aku nak sangat Allah pandang dan sayang. Dan aku rasa Dia pandang usaha aku yang tak seberapa utk Dia tu dengan kehidupan yang aku jalani sekarang. Betapa pengasih dan penyayangnya Allah itu. Aku yang bukan siapa-siapa ni pun Dia pandang. Terasa sangat kerdil diri aku ni kalau nak dibandingkan dengan ustaz ustazah yang belajar ilmu agama tinggi-tinggi tu. Yang solat malam tak pernah tinggal. Aku tak sampai tahap tu weyyhh. Sikit pun tak.

Aku yg tak seberapa ni pun Allah bagi life yang pd aku best dah ni. Korang boleh fikir tak betapa pemurahnya Allah tu. Betapa sayangnya Dia kat kita even kita hanya usaha lebih sikit je. Apa yg aku dapat simpulkan ialah selagi kita usaha, selagi tu Allah akan ambil kira. Tak banyak ibadat pun takpe, belum istiqomah pun takpe, Allah akan permudahkan banyak dah life kita. Kebahagiaan hidup tu tak boleh diukur dengan duit, suami, anak-anak atau apa pun. Bila Allah kata kita rasa bahagia, kita tetap akan bahagia even duit tak banyak, harta tak ada dan apa jugalah. Orang yg takde rumah, kalau Allah bagi dia rasa bahagia, dia tetap akan kata dia bahagia. Kita tak boleh brain kan? Kita rasa pelik kan? Tak ada yg mustahil bila Allah berkehendak.

Bergenang airmata + sebak bila aku tulis entry kali ni. Banyak kali dah nak tulis entry mcm ni tapi selalu sekerat jalan tak jadi post. Tersimpan as a draft je. Kalini dengan lafaz Bismillah aku harap ada yg boleh nampak kebaikkan yg ingin aku sampaikan disini. Takde manusia yang suka hidupnya susah. Jadi kalau korang nak rasa bahagia, rasa lapang walau ada masalah, cubalah cara yg aku tulis kat atas tu. Dan jangan expect life ko akan berubah jd best dalam sekelip mata. It takes time. Slowly but surely, dengan izin-Nya. Ko pun akan menyedarinya lama kelamaan nanti. Sama jugaklah bila ko buat solat Dhuha dengan tak buat. Ko pasti dapat rasa perbezaannya. Aku dah buat experiment dah benda ni. Tahun lepas kalau tak salahnya. Cubalah kalau tak percaya.



Renung-renungkanlah apa yang tertulis diatas ni. Moga ada manfaat utk semua yg membaca. Amin yra.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat