Kenangan Terakhir Dengan Abah

Bulan Dec 2016, Jan 2017 & March 2017. Alhamdulillah syukur dilapangkan waktu oleh Allah utk pulang ke Felda Linggiu menjenguk Mak Abah. Sejak Naurah dah sekolah rendah, susah sikit nak kerap balik sane mcm dulu. Semuanya depends on samada sekolah sama2 cuti atau tak. Cutinya berbaloi atau tak utk balik kesana.  Tapi pd hujung cuti sekolah seminggu bln 3, kami balik kesana even cuma cuti Sabtu & Ahad. Hampir2 juga aku rasa taknak balik memikirkan penat dgn anak2 nak sekolah Isnin tu, tapi Allah gerakkan hati utk balik juga even tak menepati kriteria sebab musabab utk boleh balik kesana.

Time kami balik cuti CNY end of January 2017 - Aeon Kulaijaya

Weekend sblm start cuti sekolah tu sbnrnya Mak Abah naik ke KL to give a farewell to Kak Ya yg dh bercuti 2 weeks sblm itu. Kak Ya balik pd bulan 3 ini pun hatinya digerakkan oleh Allah. Kalau nak ikutkan dia cuma akan balik berdekatan nak sambut Aidilfitri nanti je. Lps hantar Kak Ya ke KLIA, Mak Abah & Kak Lin sefamily lepak rumah aku tido 2 malam since dah start cuti sekolah. Driver waktu tu Hirraz so Mak Abah kena follow bile dia rasa nak balik. Tu yg dpt tido rmh aku 2 mlm. Walhal selalunya depa lps htr Kak Ya mmg tido 1 mlm je rmh aku. Biasalah org tua mane betah tinggalkan rumah mereka lama2.

Syukur sgt masetu Hirraz pn x tergesa sgt nak balik Johor. So dpt spend time byk sikit dgn Mak Abah. Hari Ahad tu aku & Iz berduet masak Nasi Ayam utk semua orang. Kali terakhir Abah dpt merasa air tgn aku rupanya. Laku keras x cukup nak bw ke mkn mlm pun. Ptg tu pulak kami ke Giant, Nilai buat spek Mak. Sebelum tu minum ptg dulu kat Oldtown dekat2 situ. Esok paginya mereka semua bertolak balik ke Johor sekali dgn aku & Iz keluar nak pergi kerja. Sblm hantar bdk2 ke taska, kami breakfast ramai2 kat kedai Awe psl Mak Abah suka mkn Nasi Dagang kt situ. Bersyukurnya aku rasa ade kenangan ni di akhir-akhir hayat Abah. Terima kasih ya Allah diatas peluang itu.

Mak mencuba pelbagai jenis frame 19 March 2017 - Ahad. Focus Point, Giant
Abah makan Nasi Dagang kesukaannya

Last aku snap pic mereka bertolak ke Johor

Sebab itulah aku rs mcm taknak balik penghujung cuti sekolah seminggu tu psl baru je dpt jumpa dgn Mak Abah. Tp Allah gerakkan jgk hati utk balik spt yg dh di planned sblm itu. Klu aku x balik msti ada rasa ralat skrg kan? Syukurlah.

Bila diimbas kembali pd kali terakhir kami balik kesana dapatlah dikesan bbrp kelainan yg ada pd Abah. Pd 2 kali perjumpaan aku dgn Abah pd bln Mac, intonasi suara Abah agak mendatar. Dia mcm lebih cool gitu. Sbb Abah sllu klu bercerita or bersembang jenis suara tinggi. Dia mcm excited gitu kan. Kdg org x biasa dgr mcm dia tgh marah walhal tidak pun. Aku pun sometimes mewarisi sifat Abah yang ini. Volume suara tu bila excited payah naw nak control hehe.

Selain drp tu masa kat rumah aku tu selalunya Mak yang tidur atas katil single dalam bilik bawah tu. Tapi pd 2 mlm tu Abah masuk tidur cepat dan conquer katil tu. Mak pulak tidur atas tilam kat lantai. Tak pernah situasi ni terjadi sebelum ini. Masa kami pilih spek Mak kat Giant, mmg ambil masa lama dekat sejam lebih jugalah. Abah yang selalunya tak betah menunggu lama pada hari kejadian relax aje macam tak kisah pun. Dia mundar mandir kesana kesini tapi dia diam tak bersuara sikit pun suruh cepat sikit ke ape. Itulah antara kejadian yang ada kelainan sewaktu itu.

Beberapa hari kemudian aku balik ke Johor lagi dipenghujung cuti sekolah itu. Balik sana Mak batuk agak teruk. Sabtu pagi kami sampai, malamnya aku ajak Mak pergi clinic utk dapatkan ubat. Kesian sangat tengok dia batuk terkokol gitu. Kebetulan si Nadim pulak demam. So bawak ajelah keduanya ke clinic. Mak Abah dedua follow kami. Naurah & Nazif kami tinggal sbb tengah syok tido. Pesan kat Hirraz soh tengokkan budak berdua tu kot depa terjaga. Esok paginya Nadim masih demam. Doktor yg attend kitorang malam tu tak bagi pulak ubat demam masuk kat dubur tu for sudden relief from fever bila panas sangat. Merengek saje Nadim nak tunggu ubat oral bagi kesan. 

Abah tengok keadaan Nadim & dia yang jadi tak tentu arah. Lagi panik drp aku sbg seorang Ibu. Bersunguh Abah ajak aku pergi cari ubat tu & aku kata boleh beli kat Farmasi je. So aku & Nadim ikut Abah drive ke Bandar Tenggara semata-mata beli ubat tu je. Sampai 10pcs Abah beli ubatnya. Aku tinggalkan a few ubat tu dalam fridge kat rumah in case Umar (anak Lisa) demam tinggi ada stok boleh guna. Baki aku bawa balik BBST. Lepas beli ubat, Abah tanya nak beli apa-apa ke kat KFC. Aku kata bolehlah beli kentang putar utk Nadim kot-kot dia berselera nak makan. Abah masetu macam panik je sebab first time dia nak kena masuk KFC & order foods. Orang tua biasalah mana biasa membeli dekat restoran fast food ni kan. Aku nak beli payah pulak pasal Nadim masih merengek tak sedap badan. Takde choice, Abah jugaklah kena beli.

Mau juga dia beli. Itupun dia kata kat aku " Abah beli jelah apa-apa ehh...". Beli jelah Bah....aku balas. Dia nak pergi membeli tu pun pd aku dah 1000 rahmat. Selalunya dia takkan pergi punya tapi maybe sbb fikirkan cucu tak sihat nak makan, so dia pergi jugalah. Sayang sungguh Atok kat awak Nadim. Ubat Atok beli tu rasa sebak pula melihatnya dalam fridge masih berbaki. Allahu.....

Petang Ahad tu kami balik BBST lepas Asar. Alhamdulillah sempat aku hulur duit kat Mak Abah buat belanja. Walau tak banyak mane, aku tahu diorang tak pernah kisah pun ada ke takde dihulur duit bila anak-anak balik kesana. Yang paling penting anak-anak balik & spend time with them. Mak Abah hulur duit kat cucu-cucu pun kemain banyak. Sorang RM50 selalunya. Itupun aku dah tegur banyak kali tak payahlah bagi banyak-banyak. Budak2 tu bukan tahu nilai duit lagi pun. Sekejap diorang bagi kurang sikitlah dalam RM10-20 which is aku rasa okay sangat dah. Tapi last aku balik tu depa bagi RM50 semula. Haihh.....begitulah Mak Abahku.....

Begitulah sedikit cerita kelainan yg aku throwback berkenaan Abah diakhir-akhir hayatnya. Kelainan yang menjadikan dia seorang yang lebih baik drp kebiasaannya (asalnya mmg baik tapi manusia mana ada yg perfect kan?). I have to write this here so I don't forget about Abah. Bila rindu, aku boleh cari balik entry ni dan ingat semula kenangan terakhir dengan Abah yang dikasihi.

On the way balik jumpe Atok Nenek on 27 March 2017 - Sabtu
Ahad 28 March 2017. Time nak balik ke BBST
Awal April 2017. Mak warded due to her blood pressure & diabetis

Abah tidur dikerusi menjaga Mak

Anje balik bercuti 2 minggu

Abah kepenatan lagi menjaga Mak di kerusi malas


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat