Keliru

Betulkah beruntung menjadi orang yang senang pada zaman ini? Ada harta & duit yang banyak. Rumah yang mewah. Kereta yang hebat. Luarannya, ya tentu saje otak kita pantas mentafsirkannya BEST WOH!. Laju je tak fikir banyak. Inilah acuan otak manusia yg telah lama dibentuk oleh tangan-tangan ghaib. Kesenangan dan kemewahan dunia menjadi dambaan setiap manusia. Siapa yang rela hati nak hidup susah? Sape yang rela hati jadi orang miskin? Sangat susah nak cari orang yang begitu pada zaman ni. Ada tapi tak banyak.

Aku amek kehidupan aku jelah sebagai contoh. Nak kata mewah tak mewah. Nak kata susah tak susah. Tapi sederhana lah mengikut pandangan otak aku sendiri. Itulah yang aku rasakan walaupun kalau nak ikut pendapatan laki bini, kami ni kerajaan masukkan dalam kategori "miskin bandar". Allah tak bagi kami nikmat pangkat & gaji yang besar. Tapi Allah bagi rezeki dari segi lain yang sebenarnya besar jugak peranannya kepada kehidupan kami. Segala puji hanya bagi Allah. Maka dapatlah kami sekeluarga 5 beranak ni hidup dengan agak selesa sekadarnya.

Being a human, setiap drp kita mempunyai kehendak. Aku pun begitu. Bila ada kereta kecik, nak juga kereta besar utk lebih selesa. Bila dah ada rumah, nak juga renovate rumah bagi lebih selesa. Kita sentiasa mahukan lagi dan lagi. Kadang aku rasa bersalah. Kenapa tak bersyukur je dgn ape yg ade skrg dan hidup seadanya. Aku kadang dah tak boleh nak decide yang mana lebih baik utk aku. Samada upgrade kehidupan atau tetap begini saje. Pasal benda ni je pun dah pening. Guane?

Adakah lebih baik duit yang dikumpul tu nanti aku buat amal kebajikan yang berterusan? Atau adakah lebih baik lebihan gaji bulanan tu aku salurkan pada rumah anak-anak Yatim atau orang Tua yang lebih memerlukan? Aku sentiasa berada dipersimpangan. Berlawan dengan kehendak diri yang mahukan hidup lebih selesa dgn kemungkinan utk dapat buat lebih banyak amal kebajikan utk bekalan kat akhirat nanti. Takut kalau aku pilih beramal, hati tak berapa nak ikhlas pulak. Nampak sangat banyak lagi aku kena belajar utk jadi hamba Allah yang lebih baik. Hati ni nampak sangat masih banyak pincangnya.

Otak ni memang selalu berfikir tentang perkara2 begitu tapi nak decide tu payah sekali. Itulah aku kata hidup kat dunia ni sangat susah. Siryes aku rasa sangat susah. Cane nak masuk Syurga ni weyh? HUHUHU.

Life is all about choices. Kepada siapa lagi aku nak berharap dalam menyelesaikan permasalahan dalam diri aku ni selain drp Dia. Betapa lemahnya aku sebagai hamba Allah hidup kat dunia ni. Sedih rasa kadang tu sebab rasa terlalu susah nak jadi hambaNya yg lebih baik.

Tu asyik membebel kat sini je sebab kadang cerita kat orang benda gini orang tak paham. Tak pun ' errr do I care?". Gittew hehehe. Agak aku ni rumit sangat kot orangnye ehh. Sesuai sangatlah ade blog senang nak menceceh pasal life sendiri. HAHA.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat