A Good Beginning

Alhamdulillah dah 2nd week January 2017. Rasa macam nak cerita pasal 1st week Jan yang lepas. Pasal Naurah & Nazif la mostly. Nadim takde ape sangat pasal dia sama je macam last year punya rutin. Beza tang datang lebih awal ajelah ke taska since mengejar masa utk kakak & abangnya sampai ke sekolah & kindy masing2.

Corak penghantaran adalah begini. Usually by 7.00am managed to get out from home & start the journey. First sekali hantar Naurah ke SRAI ST pasal dia yang paling kritikal by 7.30 loceng dah berbunyi utk perhimpunan (beratur tepi kelas je. Perhimpunan stp Jumaat pagi je). Kalau lambat sikit kadang jalan jem due to heavy traffic so memang kena settlekan dia dululah. 2nd stop is Nadim. 3rd stop is transit bawah dekat dengan taska Nadim utk hantar beg baju petang Naurah & Nazif. 4th stop barulah hantar Nazif. Haritu elok dah tak menangis bila aku hantar. Pagi tadi hujan pulak hahaha. Pada aku biasa je benda tu. Takde nak risau apelah. Ustazah semua ada. InsyaAllah he's in good hands :)

Lepas hantar Nazif, barulah aku & Iz off to our office. Macam tadi by 8.06am dah sampai. I am a happy person sebab takde dah punch card merah. Korang pun tau kan I hate being late to the office. At last bila anak dah primary school baru termakbul doa takmau datang lewat ke office. Segala puji hanya bagiNya. Eventhough I have to wake up as early at 5.30am utk siapkan mine & kiddos bekal, I have no complaint at all. Sejam awal je pun drp dulu. Syukurlah mata dah tak kena gam macam dulu berkat makan makanan yang betul dengan cara yang betul. Tahun baru yang menggembirakan. Banyak perubahan positif. Alhamdulillah...

Now tgh counting days to our first holiday for 2017. Walau dekat je kat Melaka tapi yang penting dapat spend masa dengan kiddos tu je. Dapat happykan diorang. Its kind like a reward lah to everyone celebrating perubahan2 positif yang berlaku pada awal tahun ni. Like a thank you to kiddos for being brave menghadapi perubahan dari alam kindy ke sekolah, dari nursery ke kindy. Lebih kurang begitulah.

Lets hope for a new great things will be happen in future. InsyaAllah. Jagalah Allah, Allah menjagamu.



Tetibe gambar makanan HAHAHA. Tak transfer lagi gambar latest dari phone. Henfon tertinggal. Blerghh.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat