Posts

Showing posts from February, 2016

Oat Itu Sedap Bila...

Image
Di campur dengan yogurt, buah & susu low fat. Itulah sambungan kepada ayat tajuk entry hari ni hewhew. Takat ni aku tak kuat lagi nak guna yogurt plain. Aku guna greek yogurt berperisa. Takat ni dah try stoberi & peach. Siap ada buahnya sekali dalam tu. Mau tak sedap jadinya overnight oat aku haha. Susu low fat memang aku suka so takde masalah nak ambil yang plain. Hari tu masa first time buat salah beli yg perisa stoberi, mencanak gula kalau buat reading gaknye kahkah. This week aku stick dengan yogurt berperisa (yogurt plain yg healthy sangat masam..euww) cuma susu je takde perisa. Buah aku tak letak dah pasal dalam yogurt dah ada buah ehhee. Still boleh diterima tekak. Itu pucuk pangkalnya nak breakfast healthy ni. Idokler healthy sgt psl yogurt berperisa tu kan, but at least oat tu akhirnya masuk dalam perut. Sebelum ni toksey sangat oat xtau nak makan mcm mane yg sedap ditekak. Masa pregy Nadim nak makan oat sampai sudah tak buat pape pun last2 masuk semut seplastic b

Cermin Suami Isteri

Image
Aku selalu jumpa orang kata anak-anak tu cermin bagi ibu bapa. And I do agreed on that statement for most of my kids behavior. Tapi ada 1 hari tu aku jumpa orang tulis suami itu cermin bagi isteri & sebaliknya. Aku cuba apply pada diri aku & habi. Well, memang ada sikap daripada habi yang bila aku berkahwin & hidup sebumbung dengan dia, sikapnya itu terpercik sama kat aku. Thank god ianya sikap yang elok lah bukan yang tak elok. Memang sepatutnya macam tu lah kan? Kita contohi sikap yang baik & jauhi yang buruk. Cuma tak sangka juga bab sikap ni pun boleh berjangkit yer hehe. Rasanya pernah juga baca orang kata kalau nak kenal seseorang tu, lihat pada rakan-rakannya. Means orang yang rapat dengan dia. Dan ada juga orang kata bersahabatlah dengan orang yang soleh supaya kita juga mendapat manfaat dari kebaikannya. Yer, semuanya membawa pada maksud yang sama. Orang yang rapat & dekat dengan kita memang besar pengaruhnya kepada diri kita. Habi sejak mula start

Merancang Dengan IUCD

Image
Akhirnya setelah bertahun-tahun menjadi pengguna tegar 'rubber', sekarang beralih arah jua. Sebab hati tu dah nekad hasil perbincangan laki bini nak stop menambah anak. Jadi bila dah nekad, kita try cara yang lebih aggresif lah utk mengikut plan yg dirancang. Walau apa pun kami tetap terbuka hati & fikiran bahawasanya manusia hanya merancang, Allah yg menentukan. Kalau Dia kata 'jadi', maka jadilah. Sebab tu semua alat merancang kehamilan 99% sahaja jaminan yang diberikan. Tiada yg 100% yer sebab yang itu hanya hak mutlak Tuhan Pencipta Alam =) Oh I hope whoever read this entry have an open minded & this entry totally not for saja suka-suka nak cerita pasal hal dalaman rumahtangga. Ini merupakan satu entry yg ditulis sebagai perkongsian dengan para wanita lain yang mencari maklumat tentang penggunaan IUCD. Ahh, do I need to explain about this? Malas taw haha. Baiklah, aku bersangka baik sajelah yang semua pembaca adalah mereka yang matang & budiman. Ins

What A Weekend

Image
Weekend lepas ni macam tak bercuti je rasanya. Hari Jumaat habi pergi office semula buat kerja balik 4pagi. Pukul 10pagi kami keluar ke klia 2 hantar PIL buat Umrah. Ajak habi jenguk event CNY office kat Ceria Residence dia kata OK. Tapi sebelum tu dia nak pergi office kejap settlekan kerja yg masih belum siap. 2 jam jugaklah melanguk dalam kereta je pasal budak2 tidur. Kesian pulak nak kejut. Bila deme terbangun, keluar kereta pulak. Biasalah budak2 mana boleh duduk diam gitu je tak buat apa. Boring. Terpaksa la layan diorang main ntah hape2 je. Pukul 4ptg macam tu baru gerak pergi tempat event. Sampai2 tengok lengang dah hahaha. Jumpe office mates S&M Dept deme soh g makan kahkahh. Elok sangat lah pasal kami semua tengah lapar belum lunch. Rezeki lah makanan banyak je lagi. Manusia je dah takde. Baguslah tenang & aman kami makan. Snap2 pic kejap sbg bukti kehadiran =P & chow sin lah kami balik rumah terus. Kerja habi tak settle lagi, so lepas hantar kami dia ke offic

Cara Mudah Handle EBM

Image
Dalam banyak2 instruction pasal penyimpanan EBM, aku paling berkenan yg dari Autumnz brand punya ni. Rasa mudah sangat difahami. So nak tepek sini buat rujukan & manelah tau kot ade mommies lain pun rasa mudah dengan penerangan yg ni. Moga Allah kuatkan semangat untuk terus gigih mengepam & murahlah rezeki susu utk Nadim Zayydan etlis sampai 6 bulan usianya. Aminnnnnn.... Suka sangat bottles from Autumnz ni. Comel. Nak lengkapkan collection beli yg penutupnya pink/purple. Now ada yg orange & hijau. Pelik2 minat mak pengepam tegar ni hahaha. Jangan ditiru =P Storage Instructions: Store milk in single serving size to avoid wastage Leave some room at the top of the bottle to allow for expansion when milk freezes Screw on the cover Label milk with the date and time it was expressed Store milk in refrigerator and freezer   Storage Location   Storage Temperature Storage Duration  Room Temperature 25°C 4 to 6 hours *Refrigerat

6 Tahun & 3 Bulan

Image
Malam tadi aku & anak2 ikot habi main bola kat Stadium Mini baru Sports Arena. Padang bola tu guna rumput sintetik. Seronok jugak sekali sekala ikot pergi tempat macam tu. Kalau selalu sangat memang naik muak punye haha. Pergi time malam OK lah sejuk skek. Kalau siang panas berdenting tu memang fikir 50x nak ikot ke tak. Naurah & Nazif pun happy berlarian kat tepi padang. Dok turun naik seats bagai. Seronok tengok diorang. Biasalah dah jadi mak2 ni kegembiraan anak2 adalah kegembiraan kita jugak. Nadim jelah kesian skek pasal waktu tido terganggu. First time outing waktu malam dengan dia. Usia 3 bulan ni macam OK skek ah nak bawak kuor malam dah. Itupun tidaklah gemor dibawak selalu. Kena ingat yang waktu malam ni Allah jadikan utk kita berehat-rehat kat rumah dengan anak-anak setelah seharian penat menjalankan rutin masing2. Bila dapat rehat cukup, tidur yg lena, barulah senang nak bangun sepertiga malam buat ibadat. Malam tadi sampai rumah pukul 11.30. Hala mananye n

Masa Itu Time

Image
Sekejap je dah tengah bulan 2. Tak lama dah nak masuk bulan 3. Kang bulan 6 dah Ramadhan. Pastu dah masuk bulan 7 pulak Hari Raya. Saban tahun pun macam tulah kitarannya. So apa yg aku nak sampaikan sbnrnya ni? Kahkahh. Nak bagitau yang masa tu sangat pantas berlalu. Aku ni kalau fikir bab masa ni memang sokmo terfikir hari Kiamat dah dekat. Dekat sangat dah. Skrg pun dah diambang kemunculan Dajjal. Allahu...seramnya lahai guane lah kalau musuh manusia tu dah memunculkan dirinya sok. Apelah gaknya fitnah terbesar yang dia bawakkan pada kita. Aku ni ritu masa cuti bersalin kemain lagi gigih menghafal Surah Al Kahfi. Dapat 5 ayat, naik kerja ni sampai sudah tak gerak2 dari situ. Cekadak betol la perangai sendiri ni. Haihh...kalau boleh salahkan orang lain, nak je aku salahkan Dajjal tu sendiri. Tapi ini bukan masalah Dajjal, ini masalah diri ko sendiri labu!! Ermm... Itulah yg aku selalu keluhkan pasal bab Iman. Sangat payah nak konsisten & istiqomah. Kejap naik, kejap tak g

Hidup Laki Bini

Image
Lately selalu viral pendapat2 individual tentang hidup berumahtangga. Ada yang make sense, ada yang berat sebelah, ada yang tak kena lansung & ada yang menyampah lak membacanya ekeke. Kadang orang yg tulis tu rasa diri dia dah hebat sangat macam superwoman. Dok menatang laki dalam dulang yg penuh. Taksub sangat yang wanita can do anything without depending on husband. Aku nak tengok lama mana dia boleh hidup bersusah payah macam tu haha. Baru setahun dua kahwin, anak baru sorang bolehlah ko gebang macam2. Tapi langit tak selamanya cerah sama macam langit tak selamanya gelap jugak. Rasa diri tu hebat sangat kan? Tunggu nanti Allah nak bagi ujian kat ko. Masetu baru tau langit tinggi ke rendah hewheww Kite ni nak voice out pape perkara pun kena berpada-pada jugak. Jangan lupa highlite yang kehidupan setiap manusia tu berbeza. Situasi ade berjuta-juta. Jangan sebab kita dalam situasi yang membolehkan kita jadi superwoman, kita kasi pukul rata je pada yang tak superwoman. Bila ora

Aqiqah Nadim Zayydan 13.02.2016

Image
Alhamdulillah selesai dah Majlis Aqiqah Nadim Zayydan bin Mohd Izhar pada Sabtu lepas. Terima kasih pada kawan-kawan matrix, blogger & office yang memeriahkan majlis. Sangat ramai jemputan yang hadir dan kami anggap sebagai rezeki kepada semua baby yang di aqiqahkan. Moga kamu semua membesar dengan sihat & berjaya dunia akhirat. Amin. Kita layan gambar ajelah yer. Ada lagi yang kat camera tapi aku share yg ada dalam henfon dululah senang. Buat kenangan di hari tua. Entah sempat tua ntah tak hehehe....   Ehh sakit pulak hati kite banyak pic takmo tegak. Dia doc landscape kekiri or kekanan. Ada lagi blogger friends yg datang tapi dah pic weng2 sok2 dah OK aku upload lain. Hehh jadi 1 kerja pulak. Ciskek betol!

Hola Friday!

Image
Hari ni aku half day. Esok majlis akikah Nadim, Marissa & Emaar akan berlangsung. Sekali dengan majlis doa selamat sempena PIL & BIL nak menunaikan Umrah pada 20/2 nanti. Moga majlis berjalan lancar & mendapat keberkatan dari Allah. Amin. Dah lama tak buat majlis besar macam ni. Walau tiap tahun PIL memang buat makan-makan sempena majlis Korban lembu, tak sama dengan majlis macam akikah ni. Yelah bila buat majlis akikah, kena ada goodies bag & ada yang suka buat buaian berendoi bagai tu kan. Anak2 aku memang takde order buaian berendoi. Ntoh ler rasa tak penting pun hehe. But my SIL dia nak buaian utk anaknya. Dia offer nak buat buai utk Nadim sekali ke tapi aku kata tak payahler. Tumpang gambar kat buaian Marissa je sudah. Lantak la tema girly pon kahkahh. Takde sape kisah laa =P Nasib awak ler anak2 dapat mak tak sentimental sangat ni. Habi apetah lagi bab2 gini hehehe. Lagi ler buat keras je. Kalau aku beriya, dia OK je follow. Ini dah aku pon tak mina

Akhirnya IKEA Cheras

Image
Kunon la bajet ramai orang KL/Selangor cuti balik kampung so Ikea Cheras tu pon lengang ler jadinyer. Haktuihhh hahahaha. Lengang la sangattttt. Izhar pun tertipu dengan andaian aku. Padan muke. Kahkahh. Ke Ikea hanya Nazif & Nadim yang follow. Naurah biaselah kalau dah lepak rumah Semenyih, sokmo nk berkepit bawah ketiak Wan & Atok. Gasaklah nak. Awak yg rugi tak dapat jalan2 dengan kami. Wek wekkk =P Kami keluar lepas Zohor dari Semenyih. Jaoh la dari sane amek masa 1 jam jugak. Kalau dari rumah BBST mesti x selama tu. Agaknye lah. Sampai je sana, masa nak masuk ke parking je dah jem. Tapi nasib kami agak baik cepat dapat parking. Memang full okay. Dah terbit rasa2 menyesal dah masetu haha. But what to do? Redah jelah bile dah sampai kan? Bukan apa, crowd ramai gitu rasa kesian pulak kat anak-anak. Biasalah feeling mak2 ni kan. Alhamdulillah both boys behave & takde adegan drama yg x dikehendaki berlaku. Sepanjang masuk ruang pameran, memang kami tak menyinggah2

2 Kali Ke Bagan Lalang

Image
Cuti panjang mood pun tak mari nak update blog. First time rasanya sejak kawen cuti panjang CNY gini tak balik Johor. Rasa macam banyaknya masa 4 hari tu so dalam otak pun ligat mikir nak kemana sekian-sekian. Dan yang paling penting dapat approval drp driver tak berbayar aka habi ngeh ngeh =P Since start last week kami memang duduk Semenyih kes Nazif kena air panas kat perut (alhamdulillah luka dah kering & tinggal sikit je lagi kuping nak tertanggal sendiri), so cuti CNY mostly kat sane ajelah. Hari Sabtu akhirnya  dapat peluang jenguk my brother & family yang buka stall Kopi Kocak kat karnival ape ntah anjuran MpSepang kat Bagan Lalang. Dari Semenyih it took us 1 hour jugalah nak sampai kesana. Kalau dari rumah BBST dalam setengah jam je dah sampai. Kami sampai je Bagan Lalang singgah lunch dulu kat Restoran D'Bagan. Dalam perjalanan lagi aku dah berzikir lapor kat habi. Sedih hati dia tak berhenti pun tepi jalan beli pape. Alasan dia banyak yg jual tepi belah k

Aqiqah Nadim Zayydan

Image
Aaaa takde idea nak update ape hari ni. Ok dah dapat dah. Nak cerita pasal Akikah Nadim weekend depan. Masa Naurah dulu buat kat Semenyih jugak. Nazif buat kat Johor. Now turn Nadim buat kat Semenyih balik lah. Lagipun sejak Kak Ya berhijrah ke Holland last year, rasa suram dah perasaan nak buat pape majlis kat Johor. Tonggak utama dah takde memang gitulah jadinya kan hehe.  Last weekend tetibe Abg Eddy wassap kata nak join akikah Nadim & Marissa (anak my SIL). Yep kami buat sekali je akikah dengan Majlis Kesyukuran PIL nak pergi Umrah 20hb nanti with sorang my BIL. Jimat kos kan buat sekali harung je. Abg Eddy cuma nak join akikahkan Emaar je. So dia bayar kos kambing sekali dengan masak. 2 ekor kambing sekali masak total of RM2400. Sama je dengan apa yang kami bayar utk Nadim. Bezanya side Abg Eddy takde jemputan lah. Invite belah SIL family yang terdekat je. Untuk goodies bag, aku & SIL share the cost. Aku bayar lebih sikitlah pasal lebih tua hehe. Tak kisahlah bab

Doa Senjata Orang Mukmin

Image
Sudahnye semalam aku beli susu Pediasure online jugak kehkeh. Takleh digest orang yang tak suka beli on9 ni. Sebab dari pengamatan aku ah kan, penjimatan duit beli on9 lagi byk drp kita pergi beli kat kedai or sopim mall etc. Even kena delivery charges, still masih lagi murah. Lagi pulak skrg banyak website dah buat free delivery. Belum add up kupon less up to 15% jugak kadang tu. Memang berbaloi2 lah belinya. Susu Pediasure coklat aku beli semalam 400gram utk 2 tin RM79. Delivery charges cuma RM1.70 mcm tu. Beli thru application Lazada dapat lagi less 11%. Tu yang jadi total murah. Kalau nak ikutkan harga kat web setin RM43.50. Ada yang jual RM45. Depends on seller lah sebab ada banyak seller kat Lazada tu. Since this is my 1st time buying Pediasure, aku tak tau harga standard kat pasaraya berapa. Lepas2 ni beli groceries kena usha lah. Sebelum ni tak beli memang tak ambil kisah lah kan. Lepastu plan nk g Mr.DIY pun cancel pasal night lamp yg aku beli kat situ Ahad lepas dah

Gambar 100 Likes

Image
Gambar Naurah yang latest ini telah mendapat lebih drp 100 likes di FB ekeke =P Jarang-jarang upload personal picture kat FB. Lagi suka share benda yg baik-baik je situ. Gambar banyak up kat instagram sebab situ memang khas utk gambar kan. A few weeks back aku agak istiqomah bagi Naurah sesudu madu tualang setiap pagi. Alhamdulillah nampak kurang sikit soksek hidungnya tu. Ikhktiar nak naikkan immune system badannya yg low itu. On HSP disease, Alhamdulillah takde naik dah dlm 4 months gitulah. Harap memang dah berakhir episod duka tu. Amin. Since madu tualang pure tu dah nak habis, aku beli dah madu baru yg diimport dari Egypt. Madu ni diternak di ladang habatus sauda kat sana. Senang kata lebah hisap madu dari manisan habatussauda. Kita pun tahu kebaikkan habatussauda yg juga merupakan makanan sunnah. Aku harap madu ni pun serasi dengan Naurah. Amin lagi. Sekarang tengah risau ke Nazif sebab dia tu dah under weight aku rasa. Last timbang Ahad lepas masa kena air pan

Tragedi Air Panas

Image
Homaii...siryes aku tak suka nak tulis entry yang negatif macam ni. Sebab rasa sedih nak mengingat semula kejadian yang kalau boleh kita nak elakkan ni. But accidents do happen whether we like it or not. Allah menguji manusia during good or bad times supaya kita mengambil pelajaran. Anak-anak yang kecil tu tak salah. Yang salahnya aku & habi as a parents yang diamanahkan menjaga anak-anak. Yes, we blame ourselves for this accident & hopefully it wont happen again in future. Amin. Kami excited nak jumpa my youngest brother Hirraz & my older brother Abg Eddy at Putrajaya since they open Kopi Kocak stall there. Tak sure ada karnival apa but alang-alang dah dekat we planned to support them lah sambil mengeratkan tali silaturrahim. Plus ada a few things need to be discussed lah regarding Majlis Aqiqah Nadim blablabla nanti entry lain aku ceritalah. Semua dah siap, aku & budak-budak dah masuk dalam kereta tunggu habi kunci pintu rumah & grill je. Aku duduk depan