Peluang

Aku tak cerita lagi pasal aku ade invest dalam 1 bisnes produk kesihatan yang ada link dengan gov kat sini. Benda ni tiba2 je sebenarnya. Last weekend on Sabtu ke Ahad gitulah BFF aku dari zaman matrix wassap tanya if aku interested nak invest dalam kampeni dia. Dia pun ada partner lagi 2 orang buat bisnes ni. Since skrg tengah renovate outlet kat Keramat Mall, dia takut ada masalah cash flow. So dia decided nak cari orang utk invest dalam biz dia tu. Dia pun adhoc je dapat idea nak cari orang utk invest dalam biz tu. Just as a back up plan in case nak kena pakai duit lebih banyak etc. Supposedly dia kata dana duit yg dia ada should be enough dah. Tapi tiba2 rasa kena ada jugak cash flow in case anything happen. So begitulah lebih kurang dasar ceritanya.

Actually BFF aku ni sblm ni for a few years dia kerja dengan Maybank. After that dia decided nak berhenti bukak sendiri kampeni buat insurans. And now dia melangkah setapak lagi kedepan dengan biz ni. Selama aku kenal dia, dia ni memang orang yang ada matlamat & fokus. Cth dia kata masa dia kerja Maybank dulu, dia kata dalam masa yg sama, dia build contacts dengan customer yang deal dengan dia. So dia kenal bermacam2 orang dengan pelbagai profession utk memudahkan urusan dia bila dia dah rasa nak cuba bidang lain. Nampak tak betapa telitinya plan dia.

So orang yang bukan biz minded mcm aku ni memang kagum lah jenis orang2 macam ni. Bila kitorang keep in touch balik after a few years lost contact, bila dia start bukak kampeni buat insuras, aku pun support dia dengan amek insurans for the boys. Aku cuba jugak nak tukar insurans konvensional aku kepada Islamic dengan dia a few years back, tapi x berjaya sbb bermacam halangan lah. End up dia kata tak payahlah tukar sbb rumit sangat. Dia pun tak boleh nak buat apa dah. Aku pernah cerita kt sini pasal aku nk tukar insurans ni dulu. Bukan aku sorang, tapi Iz & Naurah sekali. Sudahnya tetaplah kami dgn insurans lama. Dah usaha tapi x berjaya, nk buat camne kan. Allah tau.

So begitulah kitorang once in a while keep in touch pasal insurans budak2 bagai until dia wasap aku dengan proposal biz nilah. Seriously aku dah lamaaaaaaa fikir nak invest in something dengan duit ciput aku yg ada tu. Duit hasil titik peluh berkerja for about 11 years now. Entah macam mana bila BFF aku ni wasap dgn proposal dia, aku rasa mcm deja vu. Its like Allah tunjuk dah jalan utk menambah rezeki. Thats my personal feeling lah. As usual when it comes about a lot of money, penasihat terbaik aku adalah Kak Ya. Cerita2 gitu gni at last Kak Ya pun minat nak join huhuhu.

Itulah dia hari Selasa lepas bermacam halangan aku nak transfer duit ke biz baru. Dugaan dari petang sampai ke malam. Sampai rasa doubt betul ke keputusan aku nak join biz ni yadda yaddi bermacam la bermain kat fikiran. Bukan sikit2 duit yg aku bagi kat BFF tu. At least pd aku agak banyak lah. Orang lain maybe rasa sikit je huhu. But whatever it is, aku rasa aku boleh accept sekiranya duit tu akan hangus begitu saja. InsyaAllah aku boleh terima sebab yakin rezeki tu datang drp Allah. Dalam mana2 biz pun tetap ada risiko. Bila otak aku kata aku boleh accept, then aku pun proceed. Begitulah.

Pada mulanya hampir down jugak bila Iz kata dia tak berminat nak join. Biasalah aku ape2 kan semua cerita dekat Iz. But yg bagusnya dia pun tak tegah aku utk invest. Duit aku, so aku decide lah. Dia tak kacau. So I make my own decision & akhirnya selamat dah invest. Agreement dalam proses utk stamping. Harap x lama lagi settled semuanya. InsyaAllah, amin.

At times aku terfikir am I greedy to take this opportunity? Kenapa aku tak rasa bercukup je dengan saving yg ada tu? Kenapa aku nak jadikan dia lagi banyak? Haihh...macam2 otak ni fikir.  Maklumlah benda pertama kali kan. Entahlah...aku cuma rasa ada good feeling to invest. Just as simple as that. Now tinggal urusan transfer duit Kak Ya je sebab dia kan kat Rotterdam sana, susah jugak nak kuorkan saving dia tu. InsyaAllah by today or tomorrow settled la proses duit Kak Ya pulak. Maybe good feeling tu pasal team up dengan Kak Ya kot hehehe. I guess so. Rasa best bila ada orang yg close sama2 dlm 1 perkara. Tah pape hahaha.

Investor kawan aku ni cuma aku & Kak Ya je. Dia tak amek orang lain pun sebab duit tu as a back up plan kan katanya. Dan dia kata tak perlu banyak sangat pun. Cukuplah dengan duit aku & Kak Ya tu je. Mudah2an...aku doakan BFF aku tu berjaya. Dia berjaya, bermakna kami pun berjaya huhuhu. Doa jelah ^___^

Naurah & Nazif dedoluuuuu....so sweet....




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat