How It Happen

Kita selalu doa kat Allah mintak macam-macam setiap hari. Tapi kadang bila Allah tunjuk jalan, kita taknak grab pulak. Takut, tak kuat semangat, taknak usaha, takut nak commit, dan bermacam alasan lagilah yg kita cipta. Perjalanan aku sebelum join wlc dec ni pun bukannya mudah. Hampir2 je tak jadi nak join. Last minute baru bayar fees pd coach. Lusa kot dah nak 1 Dec hahaha. Punyalah dok berfikir gitu gini. Dengan gaji yg tolak 5 unpaid leave, memang bukan masa yang sesuai langsung utk spend lagi duit for an online coaching Coach.

But then aku kata pd diri aku, kalau aku tak start skrg, sampai bila2 aku takkan start. Akhirnya aku nekad untuk join program wlc dec & Alhamdulillah by today after 8 days in this programme, I know I have made a right decision. Its all worth it. The whatsapp group dengan geng2 seperjuangan yg tak pernah kenal & bersua muka, dengan ilmu yang hari2 dpt by Coach, insyaAllah kalau aku ikut & amalkan betul2, takkan ada dah masalah berat badan in future :)

Sebelum ni maybe aku rasa aku dah banyak ilmu tentang diet ni. Maklumlah seumur hidup selepas berat badan mula naik (after graduate from UPM), aku tak lari drp mencuba pelbagai kaedah diet. Paling senang cari info kat Mr. Google. Ilmu bercampur aduk, cedok sana sikit, sini sikit. Caca marba. Senang kata memang tak lengkap langsung ilmu2 tu semua utk diamalkan selagi hidup. Begitulah aku sampai ke hari sblm aku start join wlc.

Sebab tu orang kata, jangan pernah rasa kita ni dah cukup ilmu penuh didada. Apa saja pun ilmu, akan sentiasa ada orang yang lebih tahu & pandai drp diri kita. Tak tahu, buat cara tak tahu. Jangan bodoh sombong. Tak pandai, cari cikgu. Kes aku, tak pandai, carilah coach. Hahaha. Syukur dipertemukan dengan FB Syai Aizat. Baru je pun follow cane tah godeh2 FB baca mcm menarik, so like jelah. A few months back lah sblm aku decide join wlc ni. Bukan terus2 je nak masuk. Aku pun tak kaji habis page dia tu pasal baca yg lalu lalang je. Tak tau pun dia buat online coaching hahaha. Sampai la lalu update dia pasal wlc dec. Baru time itulah nak berfikir pun.

Since aku rasa dah helpless sangat pasal berat badan ni & keen sangat nak sihat macam dulu, akhirnya aku decide utk join. Pertama sekali aku tau yang aku kena kuat semangat bila start on diet. I need support. So bila tau akan ada wassap group rakan seangkatan, aku tick kotak kosong dah. Second, aku suka kalau dapat resipi makanan sihat yg tak perlu kena cari2 lagi. Tick lagi. Third, I need someone knowledgeable to guide me sepanjang proses ni. Yes, ada sorang coach. Tick 3 kotak kosong. Bermakna, sila proceed.

Syukur sudah hari ke-8, aku masih on track. Makin semangat nak turun berat. Nak tengok how far I can go. Makin tak sabar nak hari berlalu. Nak tengok sendiri perubahan diri yang berjaya dilakukan. Life pun jadi lebih bermakna sbb ada benda yang buat kita rasa seronok hari demi hari. Ilmu baru setiap hari dapat. Share feeling dengan rakan seperjuangan. I can say that life is good for me at this moment. Terima kasih Allah for showing me this path. Now its up to me whether to make it happen or not :)

Rindu pulak zaman kiddos kecik2 ni lately








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat