Masa Lapang

Apa yang korang suka buat bila ada waktu lapang? Pasal masa lapang ni pun berubah-ubah okay ape yang kita buat dengan masa yang ada tu. Tak sama pun dengan tahun-tahun yang lepas. Begitulah manusia tak pernah lari daripada perubahan. It just that samada perubahan tu ke arah yang lebih baik atau makin hampeh. Sendiri lah decide nak cane ye tak?

Fikir pasal masa lapang ni pun boleh buat otak aku runsing. Risau kalau aku tak guna masa yang luang tu utk benda yang berfaedah. Selalu jugak over think pasal benda ni. Adakah aku suka buang masa dengan berfikir tentang benda mcm ni? Hmm....

Contoh la eh kat opis ni banyak masa lapang. Bila aku bukak youtube dengar lagu or tengok kdrama kan...adoiiila rasa bersalah sangat taw huhuhu. Yerlah pasal benda bukan dapat pahala pun kalau buat kan. Tapi nak lawan nafsu mahukan hiburan tu sangat susah. Cuma aku cuba sangat-sangat biar banyak dengar ceramah agama lagi drp hiburan tu semua. Cuba dengan sedaya upaya. 

Ada sebab Allah bagi aku rezeki dengan kerja skrg ni. Dgn masa lapang yg ada ni, kenalah gunakan dengan sebaiknya kan? Asyik sangat dengan perkara lagha buat aku susah hati juga. Siapa kata senang jadi manusia? Semua tindak tanduk kita ada pertanggung jawaban di akhirat nanti. It is a huge burden for me. I felt it that way. 

Semua benda dalam hidup ni, aku suka relate dengan agama. Nombor 1. Mencari redha Allah yang ternyata bukanlah perkara yang mudah. Sentiasa cuba nak jadi hamba yg lebih baik. Tak pernah hilang dalam otak ni fikir nak buat Allah sayang. Dok runsing tapi ada juga yang tak terbuat-buat. Niat dah ada. Azam tu kurang kuat. Iman lemah sana sini. Memang salah sendiri.

Itulah selalu doa kat Allah bagi kekuatan nak buat benda baik. Yang hanya utk Dia. Solat malam ni lama dah tinggal. Runsing lagi. Agaknya tentang ni memang a never ending story utk aku. Selagi hidup, runsing sokmo. Kan best kalau jadi burung atau papelah makhluk Allah yang tak dipertanggung jawabkan atas segala perbuatan. How I wish....

Tapi bila fikir kebahagiaan yg dirasai menjadi seorang manusia rasa syok pulak. Ada suami & anak-anak yg comel. Torn apart sungguh aku ni hahaha. I am so human.

Bajet lawa kahkahh. Menyembak muka awak Nadim. Sep ngan ibu



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat