Pengalaman Bersalin Kali Ke 3 - Finale
Kemudian bidan & nurse pun ambil baby utk dibersihkan dan habi mengikut mereka keluar. Pastu aku pun pelik eyh kenapa tak tidur lagi ni? Pengalaman 2 anak sebelum ni, aku akan ditidurkan semasa proses menjahit berjalan. Kiranya bila sedar je dah bersih semuanya siap pakai pad. Kali ni siap boleh jawab pertanyaan Doc F samada rasa sakit ke tak bila dijahit tu dan sebagainya. Memang boleh rasa bila jarum dicucuk ke daging tapi tak sakit sangat pun. Bila benang ditarik pun boleh rasa tapi tak sakit juga. Pasal sebelum tu doc dah bius lah. Pernah baca pengalaman org lain kat hospital gov dijahit tanpa dibius. Cuma hidu gas katanya. Ada yg gas pun takde. Ya Allah, macam manelah rasanya tu yer. Tak nak bayangkan pun. Seriau. Doc F habis jahit dalam masa 5 minit gitulah. Aku rasa macam 2 kali jalan jahitan. Dari atas ke bawah dalam 5 jahitan & bawah ke atas lagi 5 jahitan. Tak pasti sangat tapi tertanya jugak banyak kot kena jahit ni. Habislah kang bius dah hilang mesti rasa denyu