Throwback Melihat Kaabah Pertama Kali
Perasaan ketika pertama kali melihat Kaabah di depan mata. Berdebar-debar. Kami tiba di Kota Suci Mekah sekitar 12malam. Kami dibenarkan naik sebentar ke bilik utk berwudhu & sebagainya sebelum berkumpul semula untuk melakukan Umrah Wajib bagi yang pertama kali sampai & Umrah Sunat bagi yang dah pernah sampai. Untuk aku, ianya Umrah Wajib. Allah ya Allah, terima kasih kerana menjemput hambaMu yang hina ini ke rumah Mu pada usia 31 tahun. Jemputan yang tidak disangka kerana mengikut rancangan & kemampuan kewangan, kami akan pergi dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Itulah namanya rancangan manusia. Mana boleh lawan dengan rancangan Tuhan. Suasana sekitar Masjidil Haram pada waktu tu tenang. Kami berjalan dengan perlahan beramai-ramai dalam kumpulan bersama mutawwif muda kami Ustaz Samsudin seorang warganegara Indonesia sambil tertahmid, berzikir & sebagainya. Mulut aku tak lepas berzikir rabbi yassir wala tuassir kerana banyaknya perasaan tak enak memikirkan ke