Posts

Showing posts from October, 2014

Pengasuh Jahat

Image
Hari ni aku kerja half day je. Pukul 12.30 nanti dah boleh chow sin. Naurah ke kindy mcm biasa. Nazif pun taska as usual. Habi je tak keje seharian. Aku suruh dia pos dokumen insurans Nazif pada ejen & buat mykid Nazif sekali. Dia nak kemas rumah & pack beg sebab lepas aku balik & dia settle solat Jumaat, kami ambil budak-budak menuju ke KL. Ada apa kat KL sampai beriya benar ambil cuti ni? Kehkehh. Rahsia. Isnin sok aku cerita. InsyaAllah. Musim budak kat taska kena dera dengan pengasuh datang kembali. Ahh...paling tak sukanya bila musim ni datang. Asyik teringat kat anak-anak macam manalah diorang dilayan kat sana. Naurah dah besar. So risaunya kurang sikit drp ke Nazif. Apa-apa tak best Naurah dah boleh cerita kat aku & habi. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi dia cerita benda tak best kat kindy & day care dia tu. Setakat cerita pasal kawan ni pijak kaki, tolak dia bila bermain, biasalah tu. Nama pun budak-budak.  Orang kata kalau anak orang buat k

Nazif Dah Pandai Berjalan

Image
Secara rasminya Nazif pada usia 1 tahun 3 bulan dah pandai berjalan. Just as I expected when he turned 1 year old on July hari tu. Well, instinct ibu mestilah power kan? Bangga gila cakap dengan habi ' kan org dah cakap ritu dia jalan masa 1 tahun 3 bln '. Hahaha. Puas hati kerana ramalanku benar belaka bahawasanya Nazif ni progress fizikal dia lewat 3 bulan daripada budak biasa. Naurah masa 11 bulan dah berjalan. So awak lambat 4 bulan dari kakak yer dik.  Nazif pun dah makin faham bila kita bercakap dengan dia. Bila aku tanya ' adik nak susu?'. Dia angguk kepala & said nak. Bila dia taknak, tangan dia laju-laju ke kiri ke kanan sambil geleng kepala. Tak pun dia merengek. It means NO.  Dia juga makin pandai meniru apa yang kita buat. Contohnya dah tahu fungsi sejadah adalah utk solat. Dia ambil sejadah, hampar & menonggeng letak kepala atas tu. Just like what I did when performing solat in front of him. Yang tak bestnya si Naurah panjat atas sofa lo

Cuba Ubah Cara Pemakanan

Image
Aku sebenarnya dalam proses try & error dalam mengubah cara pemakanan dalam kehiduapan seharian. Nak cari jadual pemakanan yang paling sesuai utk badan aku. Yang aku takkan rasa stressed macam buat diet biasa tu. Aku rasa ini lah cara paling terbaik utk diri aku utk kawal berat badan dari terus mencanak naik & secara tak lansung dapat mengawal tekanan darah tinggi yg sedia ada. Change your eating lifestyle. Bukan senang nak buat seperti menulisnya. Masalah aku yang utama, bila ambil produk & amalkan diet apa-apa pun, sokmo tak konsisten. Mesti sekejap je and lepas tu makan secara tak terkawal semula. End up berat badan naik turun macam yo-yo. Pulak jenis yang cepat puas hati bila dah ada penurunan sikit. Dah puas hati, cepat lupa diri. Makan balik macam gajoh sampai badan pun menggajah semula. Pi mai pi mai tang tu jugak lah dia. Aptb. Jenuh aku fikir macam manalah nak atasi masalah pemakanan aku ni. Akhirnya aku cuba cara ini jelah. Tanpa produk & diet ket

Hadiah Untuk Suami

Image
Buruk pulak nampak tgn aku. Edit instagram punya keje Inilah dia hadiah surprise aku pada habi. Murah je pun beli kat Lazada. Kembang hati aku bila tengok dia pakai pegi outing & ke office pagi tadi. Habi kalau ada duit pun tak berkira belikan aku baju mahal-mahal. Jam ni harganya tak setanding pun dengan jubah yang dia belikan sehelai masa bulan Syawal dulu. Bini cheapskate =P Aku ngaku je dgn dia jam ni murah. Tgk WR 50M pun dah tau. Habi kata nak masuk dalam air bukan pakai jam pun. Ade dia kesah? =) Sebbaek la pandai ambil hati bini bab ni. Kalau tak memang aku sekeh kan aje dia huhu. Orang kata harga tu tak penting. Yang penting ingatan. Taknak kalah. Hahaha. Sape tak sayang laki oiiiii.... Jam, kasut/ sandal & wallet. Itu jelah barang peribadi habi yang aku selalu beli & tukarkan. Kadang rasa macam boring. Tapi nak buat mcm mana. Duitnya tak berapa nak ada. Teringin jugak nak belikan dia handphone baru. Tengoklah rezeki Allah bagi tahun depan mac

Jangan Sampai Orang Pertikai

Image
Ada ke dalam dunia ni orang yang bekerja di office tak buat benda lain yang takde kena mengena dengan kerja office lansung? Maksud aku personal things lah. Contohnya guna copier machine office utk copy IC kita sebab nak buat loan bank. Scan dokumen personal guna scanner office. Melayari internet utk update blog guna internet office (macam yg aku buat skrg ni mihmih). By right semua tu tak boleh buat kan? Betul tak? Tapi...betul ke ada orang yang 100% berdedikasi pada kerja & tak buat lansung semua personal things tu? Wujudkah manusia seperti itu?  Kesimpulannya macam mana nak cakap eyh? Hmm..maybe boleh buat personal things tu, tapi....kena ada limit nya. Janganlah melampau sangat sampai jadi berlebih lebihan. Sikit-sikit, sekali sekala tu boleh lah. Tapi sebanyak mana pula yang dikatakan sikit-sikit tu? Ada orang kata sikit tu sebulan 1-2 kali. Ada orang kata sikit tu sebulan 5-6 kali. Lain orang lain dia punya terjemahan sikit tu kan? Ah..memang rumit bila fikir tent

Alahai Nazif

Image
Mata dah merah tapi dok tahan taknak tido. Dapat atok & nenek jaga, paci tak lekang dari mulut. Diorang kata sebab asyik merengek. Cranky ya amat. Petang bila balik dari kerja kemain lagi dia taknak lepas ke aku. Pagi sebelum pergi kerja pun sama.  Aku agak dia agak marah kot sebab ditinggalkan dengan atok & nenek yang dia tak biasa sangat sebab jarang jumpa. Tu pasal dia buat perangai. Cumanya dia belum boleh cakap je kan. Kalau dah pandai cakap, mesti dia potpet mengadu macam Naurah. Hari last day yer dik. Isnin depan taska dah buka semula. Kesian Ibu Midah dah rindu sangat dengan karenah awak tu hehehe. Hemsem boy katenyerrrr =P Tak semua orang boleh handle karenah Nazif ni. Sangat menguji kesabaran. Ibu pun kdg naik angin mihmihh. Bila nenek tunjuk pic golek-golek depan tv macam ni nampak alahaiiii...macam budak baiknya awak. Atok & nenek tetap puji kadang dia senang je dijaga. Buat hal dia bila semuanya ikut kehendak dia. Cukup serba serbi. Nak marah

Menjaga Kasih Sayang

Image
Lately hati kemain lagi asyik berbunga-bunga kat suami sendiri. Tetibe jeles kemain tengok suami pandang henfon sambil tersengih-sengih. Aihh...macam happy sangat ni. Di lamun cinta baru ke? Cepat je syaiton menyucuk fikiran aku khenn. Nak bersangka buruk ni memang senang sangat. Nak bersangka baik pulak kena tenangkan diri dulu, merenung jauh ke dalam hati & then barulah dapat berfikir dengan waras. Perempuan ni memang selalunya emosi melebihi drp akal fikiran. Fakta yang perlu aku akui.  Walau baik mana pun suami kita, 2-3% perasaan curiga tu perlu ada. Jangan yakin sangat 100% pada manusia. Itu pelajaran yang aku guna pakai sejak putus tunang dulu. Sebab manusia ni hati sendiri pun kita tak mampu kawal. Apetah lagi bab cinta ni. Pernah tengok kan dalam drama kemain lagi kadang pelakon tu nak tahan diri dia dari cinta pada seseorang tu. Tapi selalunya akan kecundang jua. Tak bleh tahan hehehe Orang yang kuat iman je mampu tahan penangan cinta ni. Kena mintak tolong pada

Sup Tulang, Mangga Asam Boi & Ciskut Nestum Prune

Image
Cantik tak? Tak cantik pun kena cakap cantik eyh. Hahaha. Alas meja ni beli adhoc kat Giant sempena mak abah nak datang rumah jaga Nazif seminggu ni. RM18.90 jer. Masa bentang tu dup dap takut pendek. Alhamdulillah sedang elok je cover meja makan 6 seaters ni. Setelah berbulan-bulan dia bogel, akhirnya berpakaian sudah =P Balik rumah sendiri, rindu sangat nak memasak. Aku yang rindu tapi yang merebus tulang lembu korban & membuat sup ialah habi. Bwahaha. Kerja aku cuma rebus nasi impit & buat sambal kicap. Kerjasama dalam membuat kerja adalah dituntut bg pasangan suami isteri =P Kemain banyak lagi Naurah & Nazif makan sup ni. Kembang setaman hati habi. Ini dapur selepas di ubah suai susun atur. KC tu of kos la tak boleh aku nak angkat & pindah-pindah kan. Mengarut sangat tu haha. Nampak la semenggah sikit dari yang sebelum ni. Even cuma ubah susun atur, rasa best je nak masuk dapur. Naurah asyik dok tanya ' ibu, dapur kita ni cantik ke? '. Aku r

Dah Balik Rumah Sendiri

Image
Kami semua dah balik rumah di BBST hari Sabtu lepas. Mood mengemas di teruskan sempena menyambut kedatangan my parents dari Johor. Diorang datang sebab nak tolong jagakan Nazif seminggu ni pasal taska tutup seminggu arahan dari Klinik Kesihatan Salak Tinggi due to HMFD case. Hari ni hari pertama Nazif dijaga oleh mak & abah. Harap dia tak meragam lah. Kesian mak abah kena layan karenah dia huhu. Yelah jarang jumpa kan. So nak ekjas tu ada payah sikit lah. Ambil masa sebelum faham budak yang macam-macam ni. Naurah start balik kindy selepas seminggu OFF. Nasib baik mood okay je. Balik keje kami ambil lah dia macam biasa. Biar mak & abah fokus jaga Nazif je. Bukan senang nak handle dia sorang je if tak memahami caranya huhu Nasib baik mak dah pandai wassap. So pape boleh wasap je dia tanya guane. Tak pun call rumah jelah tapi takut menggangu sangat pasal bunyi kuat. Buatnya si kenit tu tengah nak tido, terbantut pulak dah. Banyak kena fikir sebelum buat apa-ap

Depan Mata Kaki Memijak

Image
Ya Allah, rasa macam berada di sana sekali lagi bila melihat semua gambar yang ada. Terima kasih Allah sebab bagi peluang aku & habi jejak kaki di rumah Mu. Menguatkan lagi rasa bersyukur dengan apa yang kami ada skrg. Mengukuhkan lagi tahap keimanan terhadap agama Islam yang syumul. Selama ni aku cuma tahu tentang tempat istimewa ni dari cikgu agama yang mengajar, bacaan dari buku & surat khabar serta dari kaca tv saja. Bila dah jejak kaki kat sana, terasa macam di buai mimpi. I'm looking at it with my own eyes. Semuanya memang wujud. Aku cuba membayangkan kegigihan Rasulullah SAW pada zamannya memberikan dakwah kepada penduduk kota Mekah. Aku membayangkan Rasulullah yang berjalan kaki seorang diri ke Thaif utk berdakwah dengan bentuk muka bumi yang berbatu bata, kontang & gersang. Subhanallah. Memang kita patut berasa kagum pada manusia istimewa itu. Memang patut kita rasa sayang padanya. Memang patut kita jadikan baginda idola nombor

Indahnya Kaabah

Image
Gambar berlatar belakangkan Kaabah ni tersangat lah indahnya kan. Bila berada kat sana, Kaabah tu tak sejauh yang kita sangka. Dekat sangat sebenarnya dengan kita. Pelik tapi benar. InsyaAllah akan ada banyak peluang utk kita sentuh Kaabah bila hati kita mahukannya. Mintalah pd Allah, Dia akan tunaikan. Allah tahu kehendak hati kita walau kita tak lafazkan di mulut pun. Dia permudahkan jalannya. Nampak macam mustahil dengan manusia yang ramai tu. Tapi ianya tidak. Kita hanya akan faham bila kita berada disana. Aku & Kak Som suka duduk bawah mataaf & memandang Kaabah. Sometimes kami hanya berdiri dan memandang sambil berdoa apa saja yang terlintas di hati & fikiran. Sehari tak melihat Kaabah sewaktu disana, hati seakan terasa kosong. Mesti nak tengok jugak walau dari jauh. Hati seakan dipanggil panggil. Kami bergambar kenang-kenangan dengan Ustaz Samsudin, mutawif TH dari Indonesia. Pemuda yang sangat murah dengan senyuman, pantas menghulurkan bantuan & s

Gambar Umrah Yang Belum Dilihat

Image
Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, tetibe aku takde idea nak merapu. Makanya aku mengimbas kenangan lama jelah masa pergi Umrah bulan 4 hari tu pasal ada gambar yang baru di transfer dari camera Nikon dalam pc ni. Gambar entry lama dulu tu semuanya dari henfon je. So adalah beberapa gambar baru yang belum pernah korang tengok masa kat sana. Alahai....rindunyalah nak kesana. Badan aku ni kan berat. Selalunya kalau jalan banyak-banyak memang cepat panchit. Kaki tak kuat nak membawak badan ke hulu ke hilir. Masa kat sana memang kita takkan boleh lari dari berjalan dengan banyaknya. Menyedari kekurangan diri, aku bertawakkal pada Allah moga Dia kasihankan diri aku & bagi kekuatan lebih bab berjalan tu. Syukurlah atas kehendak diri yang kuat & tentu sekali bantuan Allah, aku berjaya jugak keep up with the pace of the others. Menyusahkan habi sikit aje masa Umrah ke-3 sebab masa tu tapak kaki masa pijak lantai pun dah macam dicucuk sejuta jarum sakitnya huhu. M

Musibah Itu Peringatan

Image
Malam tadi aku sempat tengok sekejap berita kat tv. Aku mengaku aku memang tak mengikuti sangat berita semasa samada kat tv mahupun newspaper. Tak tahu kenapa, sejak beberapa tahun lepas, fikiran aku jadi serabut sangat bila banyak tahu pasal hal-hal dunia ni. Terutamanya bab jenayah. Otak aku stressed lepas tahu tentang berita negatif ni. Akhirnya aku decided taknak baca newspaper & tonton berita lagi. Barulah aman hidup aku hehehe. Aku cuma tahu perkembangan semasa dari media sosial macam kat whatsapp group & facebook. Cukuplah itu sahaja. Otak aku ni jenis simple. Sebab tu aku tak jadi engineer atau akauntan. Aku suka benda yang relax & simple. Kalau semua manusia nak dpt kerjaya yang hebat, semuanya berjaya dalam kareer, siapa nak jadi tea lady atau cleaner? Do you get me? Hehehe. Orang macam aku memang perlu ada utk memenuhi strata pekerja kelas bawahan. Selalunya orang yang berjaya dalam kerjayanya takkan faham orang yang berfikiran macam aku ni. Whatever lah. So