Posts

Showing posts from December, 2012

Goodbye 2012

Hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2012. Malas pulak aku nk ingatkan semula apa yg dah berlaku pada tahun ni. Benda dah lepas tak perlu nak dikenang kot. Bukan boleh buat ape pun. Boleh kalau aku fikir macam ni? HAHAHA. Psiko woman! Betol ape. Tak kisah la achieve ke tak achieve ke target yg dah dibuat dulu. Takde beza mana pun. Life must keep moving on. Ayuh pandang ke depan! Disana masih ada peluang utk memperbaiki diri. InsyaAllah. Bila dah pregnant ni aku jadi semacam blur. Tak tawu ape lagi kehendak hati. Nak pergi holiday yg selalunya aku gilai pon dah tak kuase. Nak deco rumah, nak beli kereta baru..semuanya dah gone with the wind. Aku cuma berharap aku dapat lalui pregnancy ni dengan baik, bersalinkan baby yg sihat & sesuaikan diri dengan tugas sebagai ibu kepada 2 anak pulak. Risaunya aku. Boleh ke eyh? Sometimes I do doubt myself. Tentang gender baby, aku tak kisah la. Baby girl sangat sweet. Aku memang suka. Tak lasak. Behave. Menyusu pon tak kua

At 7 Weeks

I'm at 7 weeks at the moment. Awal sangat lagi. Rasanya nak ke klinik for scan on my 10th weeks. Sebab masa tu khabarnya degup jantung baby dah boleh dikesan. Awal than that maybe cuma nampak kantungnya aje. So bersabar lah lagi hingga ke waktu itu. Ada 3 weeks je lagi. Hikmah bersabar kan selalunya akan dibalas dgn sesuatu yg sangat indah. Mudah-mudahan yer. Walau ini merupakan pregnancy yang kedua, macam dah ingat-ingat lupa fasa yang perlu dilalui. Aku rasa nanti bila dah deliver baby, still akan kekok & lupa segala yang dah pernah belajar masa handle the first one dulu. Bila ada kejadian yg kurang normal, terus panik like never experience it before. Nape ntah. Pegang baby pon masih kekok. Maybe sbb baby orang kot. Bila baby kita, insyaAllah pandai aje nk pegang mcm mana. Memang dari dulu aku tak pandai handle baby orang. Takut-takut aje kot salah pegang & baby jadi sakit pastu menangis. Kelam kabut dibuatnya. Hehe. Hari ni experienced kepeningan yg sangatla

Kitty Cat Dalam Penjara?

Image
Kesian dia kena ikat masuk penjara The big book Dalam rumah Hello Kitty Jenuh dia ajak naik bas ni. Replika aje nak. Tak blh bukak pintu pon. Haha Anak Ayah. Kemain manja skrg dgn habi ^^

Perkongsian Tentang Golongan Syiah

Pada cuti yang lepas semasa di Johor aku ralit menonton youtube tentang golongan Syiah di Malaysia. Banyak rupanya yang aku tak tau tentang Syiah ni. Dulu aku sangka Syiah ni juga merupakan penganut agama Islam. Macam mazhab lain la. Tapi yg sebenarnya Syiah ni dah lari jauh drp ajaran Islam. Malah diorang ada rukun Iman diorang tersendiri yg ternyata berlainan drp kita golongan ahli sunnah wal jamaah.  Mazhab dalam ahli sunnah cuma ada 4 imam iaitu Iman Syafie, Imam Hambali, Imam Hanafi & Imam Maliki. Dalam agama Syiah, mereka percaya pd 12 Imam mereka yang tersendiri. Kalau rukun iman kita 1. mengucap 2 kalimah syahadah. Rukun mereka tiada pula yg itu. Pd rukun ke 6 mereka menggantikan dgn Walayah iaitu kenegaraan. Kalau pergi ke rumah orang Syiah, kadang kita akan nampak gambar 12 imam mereka dalam 1 potret siap ada lilin macam pemujaan pulak. Like orang hindu pun ada. Islam ke macam tu? Orang Syiah dari dulu kata merekalah sebenarnya yg Islam. Kita ni yg pegang pd

Hello Kitty Town & The Little Big Club

Image
Umumnya ramai dah tawu aku tak sihat kebelakangan ni kan? Tapi sebab dah berjanji dengan Naurah nak bawak dia jumpa her favourite cartoon character Pingu, gigih jugalah aku bersiap ala kadar diwaktu pagi menuju ke Nusajaya, JB. Lebih nak pergi bila tahu Fad & family pon nak ke tempat yg sama at the same day. Peluang baik nak jumpe budak montel si Ismaa ^^ Gewam gilerrrr....asek kena picit dgn aku aje. Haha. Kitorang bertolak dr rumah pkl 9am & sampai 10am. Lebih kurang 1 jam aje perjalanan. Habi bawak pelan aje. Masuk tol Kulai & exit kat Nusajaya. Byk jugak tol kena lalu. Boleh tahan yerp. Seb baek beratur tak lama sangat. Tp mmg dah ramai orang dah masa tu. Sms Fad tnya dia kt mana. Dia kata kejap lg sampai & dia dah beli tiket online. Sokay la camtu. Kami yg dekat ni hegeh-hegeh baru nk beli tiket. Budak bwh 3 tahun FREE. Tiket dewasa utk kedua-dua tempat adalah RM85. So X 2 = RM170.  Naurah so happy & excited tengok banyak cartoon character yg diken

The 3rd UPT

Image
Let Naurah show you guys the 3rd result of my UPT ^^ Akhirnya dengan UPT mahal (Clearblue $16) jugak dia nak nampak terang, jelas & nyata. This time takde doubt lansung when we saw the result. Test ni aku buat pagi Ahad 23.12.12. Period delayed for 10 days already. Siapa tak seram bile ade blogger dah update dia dpt double line and a few days later dia period dgn heavy sekali. Tuhan ajelah tau perasaan aku macam mana. Awal pregnancy ni macam-macam jugak boleh berlaku. Memang aku risau sangat. Takut kejadian yg menimpa bbrp orang kawan turut terjadi pd diri aku. Nak lekat bukan senang. Dah lekat, tak dapat bertahan lama pulak atas beberapa faktor yg kurang jelas. Begitulah Allah menduga hamba yg disayangi-Nya. So am I gonna be on the same ship? Perempuan. Kalau tak asyik fikir yg bukan-bukan, tidaklah namanya perempuan kot. Diduga dgn batuk & selesema, aku takut nak menelan sebarangan ubat. Hasilnya bermula Jumaat lepas, sampai kehari ini masih lagi flu &

Masih Di Johor

Hai semua. Mak tak keje hari ni. Masih di negeri Johor. Ada bbrp jam lagi nk gerak balik BBST. Esok keje. 2 hari je keje dlm minggu ni. Best kot. Btw cuti kali ni tak best sgt sebab tak sihat. Badan ni rasa sakit-sakit & sengal sbb sokmo batuk mengokol. Kalau nk mc esok or lusa pon boleh. Tp kesian pulak bos rindu aku lama tak dtg keje. Haha. Isnin lepas gigih paksa diri ke Puteri Harbour Theme Park. Dgr Fad pun nak kesana, lagi semangat la nak pegi jugak. Dpt jumpe Imaan & Ismaa yg makin comel. Geram gile tgk tangan montel budak minum susu badan tuh. Mmg asyik kena picit dgn aku aje. Hakhakk Gambar tak transfer ke pc lagi. Esok ajelah kat opis. Psl 3rd test pregnancy.....koram rasa guane? Positive ke Negative? ^^ Esok jelah sambung cerita. Tak best update entry takde gambar. Hambar. # takziah to Na yg rumahnya di Kuantan dinaiki banjir. basuh rumah pelan-pelan yerp

Tak Sihat

Sori lah kalau masuk sini aku asek update pasal pregnancy. Dah benda tu je yg bermain disekitar diri aku lately. Jadinya otak pon penuh tentang thoughts on pregnancy. Maybe kalau period dh datang, topik ni akan lenyap sama sekali. At the mean time, layankan ajelah yer. Takde benda lg best pun nak fikir selain topik ni.  Pregnancy & kesihatan yg merudum secara tiba-tiba. Inilah 2 benda yg bermain di kepala. Aku risau gak pregnancy kali ni sebab masa Naurah dulu berat badan aku masih normal. Pastu gain weight kaw-kaw punye. This time mmg dah gajoh. Takkan lps ni jd dinosor pulak? O__o Cita-cita mmg nak control makan selagi daya. Entah berjaya entahkan tidak. Selera besar lagi setakat ni. Tetibe berbelah bahagi samada nak morning sickness berlaku atau tak. Kalau jadi mesti cam haram la aku jadinya. Tp at least berat badan dpt dikawal sbb byk muntah. Kalau takde, gile ah asek mkn je aku nnti. Dlm dilemma betol aku jadinya huhuhu Flu kali ni agak teruk pulak. Batuk pun

It Will Never Be A Sin

Selalu dengar orang kata, jgn announced pregnancy awal sangat. Buatnya baby tak survive 9 months or ada masalah lain nanti kan dah malu. Malu? Kenapa perlu malu? Salah ke kite nak share maklumat ttg diri kita dgn sejujurnya? Berita gembira mahupun tidak, ada daya ke kita nak tahu lebih awal mengenainya? Aku rasa selagi kita berpegang teguh pd qada' & qadar Allah, tiada apa yg perlu dimalukan utk berkongsi ttg berita gembira atau sedih ttg diri kita. Thats what we called LIFE isn't it? Siryes aku rasa tak kisah pun kalau tetibe aku didapati tak pregnant. Aku tetap akan tulis & share kat sini dgn semua. Dari awal lagi aku dah jujur cerita tentang perasaan & pemikiran aku tentang pregnancy ni. Tentang UPT yg blur, tentang aku sndiri yg masih blur & segalanya lah. Kalau tentang diri sendiri pun aku kena jadi hipokrit & plastik, aku tak tawulah aku ni nak jadi ape. Boleh mental kot dibuatnya. Bercerita ttg diri sendiri sangat best sebab tak perlu

Another Blurry UPT

Bersiaran drp kampung di Johor. Heaven nya rasa walau tgh selesema. Malam semalam berjangkit pulak flu drp Naurah setelah sekian lama antibodi berjaya melawannya. Maybe antibodi skrg dah makin lemah kot. Ehehemmm =P G klinik pagi td nk mintak ubat flu & buat UPT test sekali. Dah alang-alang je kan. Lagipun ramai yg dah tak sabor nak tau samada aku pregnant atau tak. Kemain diorang ni terlebih excited lak drp empunya badan. Haha. After habi bg green light, kabo jelah kt doc keadaan diri yg dah delayed period for a week. Malangnya result UPT masih lagi tak dpt menentukan samada aku confirm pregnant or not. Doc pon masih tak sure psl line adlh samar-samar. Sama mcm UPT yg aku buat sndiri after 3 days period delayed ^^ To be honest, aku pun masih in denial. Blm dpt terima sepenuhnya yg skrg sedang pregnant. So unsure. Tp geng twitter kemain semua dah ucap tahniah. Apo nak dikato? Hewheww ^^ Pas ke klinik terus ke farmasi beli another UPT. Kali ni beli yg mahal sket

Gua Bertangkup

Suddenly tak tahu nak tulis apa kat sini. Perut rasa tak sedap. Pinggang pon terasa spt dicucuk. Simptom pregnant atau simptom nak period tidak dapat dipastikan. Antara keduanya. Tak dapat nak dibezakan. Hehe. Paling senang buat UPT test aje. Kalau -ve mintak ubat tahan sakit kat doctor, if pregnant kena tahan ajelah nampaknya. Entah. Nampak gaya esok kena pegi klinik jugak la macam nie. Tak seronok la duduk ofis bila rasa tak sihat. Rasa nak terlentang aje depan tv doing nothing. Bila lapar, makan. Bila mengantuk, tido. Heaven.  Kalau request kat bos nak pergi klinik OK aje ni. Tapi takpelah. Esok lagi afdhal kot. Tahan dululah buat masa ni. Tak lama je pun lagi nak balik. 3 jam. Bertabahlah Sharena! Harap sangat masih mampu drive balik ke rumah +__+ Ohhhh..diwaktu tidak sihat ini aku adalah sangat mengharapkan habi ada disisi. Inilah masa yg paling layak utk meraih simpati. Hehehe. Dah.! Tak payah nak berdrama pulak kat sini. Habi nun jauh kat JB sane. Berharap pon tak dapat

Tentang Diri II

Kesinambungan entry Tentang Diri sebelum ni, hari ni aku nak update lagi lah yer. As for today, my period has been delayed for a week. Genap 7 hari sudah. Mesti ramai yang cakap aku pregnant bila dengar berita ni kan? To be honest I'm not so sure yet. Selagi takde result UPT yang jelas menunjukkan double line, anything is possible.  Tapi memang betul iaitu semakin hari berlalu, kemungkinannya adalah semakin besar. Harapan semakin membukit. Maybe the right time has come. Allah sudah kata "kun" maka ianya pasti akan "fayakun". Siapa kita nak mempersoalkannya. Setiap kejadian kat dunia ni samada yg baik ataupun yg buruk pada pemahaman diri kita adalah atas izin-Nya juga. Allah takkan pernah menganiaya hamba-hambaNya. Setiap kejadian adalah bersebab & penuh dengan hikmah disebaliknya.  Manusia hanya perlu bersabar & sentiasa bersangka baik. Itu saja. At the moment habi adalah tiada di sisi. Semalam dia dah gerak ke JB with his colleagues. Ada br

I'm Loving It

Lama jugak aku dah disable comments kat blog ni kan? Rasa hidup lebih aman & tenteram kot. Suka. Hehe. Cuma kesian sangat kat geng kachik yg selalu mengomen dulu. Susah payah kadang sampai terpaksa pm kat fb or twitter nak bagi feedback tentang apa yg aku tulis. Maaf yer kawan-kawan semua. Maybe blog yg hanya boleh dibaca begini lebih sesuai dengan hidup aku skrg. Tak tahulah sampai bila. Maybe sampai bila-bila agaknya.... Makin lama minat nak membaca komen orang semakin menghilang. Mungkin jugak masih tak suka nak baca komen yang negatif & tak membina. Rasanya aku memang tak suka di kritik dr segi penulisan. Bukan senang nak terima sesuatu kritikan kan? Apetah lagi drp orang yg kita tak berapa kenal. Its like who the hell are you to said those things to me? People are easily misunderstands what we wrote here. Orang yang suka membaca dari sudut yang negatif secara peribadinya aku rasa mempunyai hati yang kurang baik. Terbalik dengan orang yang bersemangat & always

Memandu Ke Office

8.05am mak clock in hari nie. Hebat. Hahaha. Beginilah aku if pergi kerja sensorang. Aku memang tak suka datang lambat. Aku tak suka drive dalam keadaan tergesa-gesa. Aku suke jadi orang yang punctual. Tapi bila pergi kerja dengan habi, memang sokmo lambat sajo. Ngam-ngam sui je kadang tu siren nak berbunyi.  Tak kisah la pasal bukan aku yg drive. Setakat ni tak pernah lagi sampai kena tunjuk sebab kenapa asyik lewat. Kena pandai la jangan bagi point cecah 10. Selamat adalah 9. Dibenarkan lewat sebanyak 9 kali tak lebih drp 8.45am keatas waktu masuknya. Sokay aje. Hehehe. Pagi ni sblm ke opis kenalah hantar Naurah dulu kat taska. Elok aje dia duduk sebelah. Tp as usual mesti tanya " kite nak pergi mana ni bu? ". Aku seriau betol kalau dia tanya soalan ni. Serba salah nak cakap pergi sekolah. Sebab nanti dia mesti mencebik nak menangis. At the same time aku taknak jugak tipu dia. Bagi harapan palsu. So jawapan paling selamat ialah pergi jumpe Cik Anje. Memang dia menc

Wahai Isteri-Isteri Gempal

Image
Orang perempuan yang dah berkahwin kalau gain weight mesti orang tanya 'pregnant ker?'. Ape kalau kite dah kahwin tak boleh gain weight sesaje meh? Aku rasa macam satu ketakadilan telah berlaku dalam hal ini. Hehehe. Orang cam aku yg jenis badan senang naik ni lagilah selalu disalah ertikan. Even malas nak amek port, tp nun jauh di sudut hati mestilah ada rasa kecik hati ye dop? Bila gemok semestinya akan dikaitkan dengan tak cantik. Perempuan manelah yg tak sedih dikata tak cantik khennn ^^ Untung la perempuan yang takde masalah berat badan. Pandai kawal pemakanan atau memang gen sedia ada mempunyai metabolisme yang tinggi. Juga yang sentiasa berusaha utk kekal lansing & menarik. Anda memang harus diberikan pujian. It just that janganlah di pandang lekeh dek kami yg mudah gedempol neh. Kami pun tak mintak jadi macam ni. Kadang kami ni tak kuat makan mana pun. Tapi badan tetap jugak naik bagai di pam-pam. Kuat makan pon sebab dah memang minat/hobi. Hidup spt ti

First Fire Drill

Image
Pukul 11am tadi kami ada Fire Drill. Hampir 8 tahun kerja sini baru first time buat kot. Sabor jelah. Hehe. But better late than never kan? So terima kasih daun keladi pd Security Dept. yg susah payah arrange buat benda macam nie. Sambutan tak menggalakkan sgt sebab ramai yg ke site dan sebagainya. Banyak kelemahan yg perlu diperbaiki oleh pihak syarikat as we told by the Penolong Ketua Pengarah Bomba, En. Mulud tadi. Harapnya the next fire drill will be better lah. Dalam panas-panas tadi mak lupe rini puasa sunat. Boleh pulak amek mineral water yg disediakan teguk 2-3 kali. Pastu baru teringat, eyhhhh bkn aku puase meh? Sbb lupa so dimaafkan kot. Teruskan aje puasanya. Kena yakin okay! ^^ # kan best kalau terlupa sampai habis sebotol airnya...hewheww

Jangan Buruk Sangka

Pagi tadi masa kat rumah tetibe mak called. Rupanya cakap nak datang rumah hari nie. Dia soh tinggalkan kunci kat mana-mana so dia boleh get in aje rumah bila dah sampai nanti. Mak, Abah, Lisa & anaknya Abu Bakar akan datang all the way from Johor. Yeayyy! Tak bagitau pon nak datang hari ni. Terkejut mak taw! Laju-laju kemas serba sikit toys Naurah yang bersepah. Nampak molek la sikit semuanya. Malu ork kalau tetamu datang rumah macam tongkang pecah hewheww =P Rasanya malam nanti deme mesti gerak ke KL. Kemana lagi kalau bukan rumah Kak Ya khennn. Abah tu ubat utk jantungnya dah habis. Maybe ada appointment dengan doctor sekali kat HUKM. Bukan senang Abah nak drive sendiri datang ke KL. Usually dia pergi sorang aje naik bas. Lepas jumpa doctor terus pergi BTS & balik Johor semula. Mak Abah kite ni bukan suka nak susahkan anak-anak. Kadang kite pulak yg rasa tak best sebab macam taknak entertain deme. Masalahnya Abah tu memang suka berdikari sendiri. Elok dia dah tawu mana

Tentang Diri

Rajin pulak malam ni mengupdate blog. Maklum pakai red netbook baru...auwww ^^ Aku nak share pasal period dah delay 4 hari. Esok 5 hari la dia. Ok. Jgn spekulasi kata aku preggy dulu yer. Actually its normal for me that once or twice in a year tarikh period akan bertukar. Ikot suka hati dia nk datang bile. Pernah missed 1 bulan sbb dia dtg akhir bulan membawak ke awal bulan. After that baru normal every month datang. Tipu lah kalau aku kata tak excited bila period delayed neh. Kemungkinan utk preggy tu tetap ada kan? So harapan tu of kos ade lebih sikit than usual. Kalau period dtg pun kuciwa tu ttp akn rasa. Tp sbb dah agak lama berusaha, rasa mcm dah biasa pulak. Life must go on no matter what the result is right? Just keep positive & never give up. Setakat ni tak pernah lagilah down gila-gila sampai tak lalu makan psl pregnancy ni. Badan mak tetap menembun dgn jayanya yer. HAHA To be honest mmg takde dpt tanda-tanda or instinct pape yg  skrg ni tgh pregnant. Semuany

Dinner 2012 Piccas

Image
Naz - our mc that nite...terbaekkk!! My bos kena dera menari gangnam style sbb x pakai denims hehehe Abg Mat - best dress male..mcm Jason Mraz siot hahaha Kemain...x patah pinggang ker kak?Haha Habi & the geng Kalo gambo dgn Kak Lin mmg mcm2 gaya kohfs Bagi chance K.Niza gambo berdua ekeke Huuu..comelnya dia...habi sape ntah ^^ Anyonyonyo....sweet kapel..ecehhh Mages & husband..sweet jugak =) Kak Salina & suami..hepi sgt nampak?haha The live band..best jugak The dancers