Posts

Showing posts from July, 2012

The Obsession Of Princess Dress

Image
Inilah atr baju princess yang dia obsess sangatttttt lately -.- Anak dara yg semakin membesar... Hai bang....lepas siang kangkung menung ape pulak tuw? Tgh fikir nk masak ape ker? Kaki luka pon masih blh tersenyum kan? Baju hadiah mek Na dr Kuantan sana. salah 1 dress yg dia obses juga -.- Alolor anak ayah nie...baiknya ayah lap2 dahi dgn saputgn basah masa anak demam. Ibu? Hehehe. See? Dress princess lagi -.-

Aku Nak Beli Oven!

Aku dah tekad dalam masa terdekat nie nak beli jugak OVEN . Yer, kena taip huruf besar pasal nak tunjukkan betapa tekadnya hati aku waktu menaip nie. Hehehe. Aku mencari-cari alasan yg kukuh kepada diri sendiri mengapa aku perlukan sebuah oven dalam rumah. Obviously ianya bukan utk tujuan baking sebab aku takde passion & bakat. Makanya pembelian oven lebih menjurus kepada utk masak-memasak lah yerp. Dari segi buat kuih raya pulak, maybe aku blh buat cornflakes madu yang tersangat lah senang buatnya psl aku pernah tolong Kak Ya buat suatu masa dahulu kat kampung. Kuih lain aku tak janji. HAHA Habi dah nampak ketekadan aku nak membeli oven dlm perjalanan balik kerumah dr opis semalam. As usual, dia tersenyum sinis mendengarkan sebab musabab yang aku bentangkan utk membeli oven. Takpe...takpe....biarkan dia dengan fikiran jahatnya. Tak kuasa aku nak emo bab ni. Lagipon bukan aku mintak duit dia pon nak beli. (sebenarnya ada niat gak nak pow barang $20 ker kihkihhh). Palin

Resipi Siakap Tomyam

Masakan nie terhasil bilamana aku terpengaruh dgn entry Mak Nani Rostam semalam. Sejujurnya aku tak pernah makan & tak pernah masak. Usually siakap adalah masak 3 rasa atau kalau kat kedai aku suka masak stim lemon atau stim asam boi. Maklom ler rumah orang takde pengukus. Bila makan kedai, harus pilih menu yang aku tak boleh nak masak kat rumah. Barulah berbaloi-baloi kan? Tak susah nak masak siakap tomyam nie. Sebab siakapnya digoreng tepuung macam biasa & kuah tomyam dimasak secara berasingan. Bila nak makan, curah kuah tomyam panas-panas & nikmatilah hasil yang terbaekkk! Hehehe. Ok, nie resipi simple yang cepat & pantas aku masak utk lauk iftar & sahur semalam. Didihkan air & masukkan 2 kiub tomyam Hiris bawang besar & masok dlm Lobak & serai yang dititik pon campak masok dalam Letakkan jugak helaian daun limau purut & tomato Letak garam secukup rasa Ikan siakap dilumur dgn tepung serbaguna Letak serbuk kunyit jugak (aku s

Stylo Yaww!

Image
Amacam? Stylo tak saye? Hehehe...aku beli kat The Mines RM15. Kalo panas je habi msti ingatkn soh pakai. Maybe bile pakai aku nmpk lebih stylo & dia rasa bangga bini ddk sebelah stylo kot. Bwahahaha =P kalau pakai dgn shawl lg nampak stylo taw! Klu pakai dgn tudung bawal, kembang aje jadinya tudung tu. Kurang lawo kohffss

Persiapan Raya #2

Image
Wahhh..hari nie dah masuk hari yang ke-10 kita berpuasa di bulan Ramadhan 1433H nie kan? Ini bermakna ada lagi 20 hari saja lagi untuk kita menunaikan ibadah puasa pd tahun ni. Cepat aje masa berlalu. Persiapan raya korang macam mana? Banyak yg dah ready? Untuk aku, alhamdulillah Sabtu lepas dah ke Kamdar Kajang amek langsir yang dah siap dijahit. Lepas amek langsir, terus balik rumah in law kat Semenyih. Bila MIL nampak plastik besar, dia pon jenguk apa yg ada didalamnya. Kembang kempis hidong bila dia puji cantik ngeh ngehh. Tengok la pilihan siapa kan? Kohfss.  Masa habi tengah sibuk check langsir yg dh siap kat Kamdar, aku & Naurah melilau la dlm Kamdar tu belek ape yg patot. Tetibe nampak cam ada table cloth yg menarik. So beli la semeter setengah. Cadangnya nak ganti utk meja makan 4 seats kt dapur. Tp mlm td nampak muat pulak kt meja makan 6 seaters dekat ruang tamu. So aku hampar je kt dining table living room dulu. Tak sure nak bukak balik atau biarkan aje situ. T

Mee Bandung Daging Cincang

Teruja betul aku nak menaip resipi mee bandung yang aku dah renovate sikit neh. Tadelah beza mana dgn resipi mee bandung yg biasa tuw. Cuma 'daging cincang' tu yang membuatkan rasanya lebih terbaekkkk wokk!! Haha...at least kat tekak aku lar kan. So aku nak recommend pd korang utk try resipi mee bandung daging cincang nie. Kelainannya instead of guna daging lembu yg dipotong nipis, aku gantikan dgn daging cincang yg ternyata dpt membuatkan kuahnya lebih berpati & pekat. Bila daging cincang, udang kering & kacang tanah yang ditumbuk bersatu, rasanya mmg perghhhh. Mabeles. Ok la enough memuji kesedapannya. Meh aku share resipi yg mudah & pantas nie yer. Aku hrp adalah orang yg minat utk mencuba hehehe =P Resipi Mee Bandung Cincang (5 orang makan) 1 bawang besar 2 biji bawang kecil 3 ulas bawang putih Cili kering yang dimesin Udang kering Kacang tanah  Udang Sotong Daging cincang Tomato Sos cili Sos Tomato Garam Gula Mee kuning

Selamat Berbuka Semua =)

Image
Budak nie demam la pulak at the moment Harapnya demam cepat kebah Ibu & Ayah plan nk bawak awak makan burger bakar malam nie taw! Hukhukk

Kekhilafan Berkenaan Fidyah

Mati-mati aku ingat aku memang kena bayar fidyah pasal ponteng puasa masa pregnant kan Naurah last 2 years. Siap dah buat pengiraan & kepeningan kat mana duit perlu disalurkan. Until N bagitawu boleh buat pembayaran fidyah through maybank2u. Takpelah...at least aku dapat maklumat tentang benda nie kan? Sebelum nie tak tawu pon boleh bayar online aje hehe... Mengikut Mazhab Imam Syafie, manakala ibu mengandung melakukan ibadat puasa pd bulan Ramadhan, diberikan kelonggaran baginya atas 2 sebab. 1) Ibu boleh berbuka puasa apabila dia mengkhuatiri keselamatan anak yang sedang dikandungnya. Utk kes ini, ibu wajib mengganti puasa pd bulan selain Ramadhan & wajib membayar fidyah (denda). 2) Ibu mengandung yang berbuka puasa kerana masalah dirinya sendiri spt tidak larat & sebagainya. Bukan krn khuatir akan anak dlm kandungan. Utk kes ini, ibu cuma perlu mengganti puasa & tidak perlu membayar fidyah. So aku pon flash back la semula keadaan aku masa mengandungk

Takdir & Waktu

Image
Masa balik Johor last week, hari Jumaat kami hantor mak ke Maybank utk tunaikan cheque RM5k dari Felda khas utk penerokawati. Mak bercadang after cash the cheque, dia nak ke tabung haji pulak utk top up tabungan dlm tu. Masa on the way pergi, tgk punyalah ramai orang kat luar Maybank tu. Sudahhhh...lamo nak kena beratur neh. So mak kata macam cancel la dulu. Malas pulak katanya nak menunggu lama.  So kami pon terus menuju ke KIP Mart utk beli stok lauk pauk yg dah habis kt rumah. After settled semua, kami tengok sekali lagi keadaan kat Maybank. Nampak ada penyusutan orang. So kami pon redah ajelah, amek nombor giliran & tunggu turn. Tak lama lepas tu nmpk mak dah kat kaunter. Tp lama kebenor dia kat situ. Ada masalah kah? Rupanya mmg ada masalah. No. IC mak kat cheque to salah. Supposedly 580504 tapi ditaip 580405. So cheque di palang & mak kena pergi ke pejabat felda kami tuh utk dptkan cheque yang tiada kesilapan. Alahai...kesiannya emak. Ada aje yang tak kena. S

Nasi Arab di Cyberjaya & Nilai

Image
Aku tak pasti bila aku start jadi penggemar nasi arab. Tapi bermulanya lebih kurang dgn pembukaan restoran Saba' di Cyberjaya lah. Yang kemudiannya banyak lagi restoran yang menghidangkan makanan dr timur tengah tumbuh bak cendawan tumbuh lepas hujan. Ewahhh ayat mcm pemberita ko! Hahaha.. Kat Cyberjaya nie banyak dah restoran yg menghidangkan nasi arab. Macam-macam nama hidangan boleh jumpa. Dari mendi, kabsah, zorubian, hanith hinggalah shish tawook. Usually klu aku nak order, mmg kena tengok gambo dia dulu. Nampak OK, baru order. Nampak pelik-pelik sikit, memang kena tanya dulu sekian-sekian itu apa ini apa. Takot dah order nanti tak boleh makan pulak. Membazir nnti syaiton pon tepuk tangan. Not good ok! Rasanya kalau kt Cyberjaya ni paling femes mmg restoran Saba kowt. Tp kalau korang jalan-jalan lagi, restoran lain yang ada pon tak kurang sedap masakannya. Contohnya cam restoran Sana'a & Marhaba. Sana'a kalau tak silap aku kat area Neocyber while Marhaba p

Senyum Tanda Suka =)

Image
Kat rumah MIL, aku memang tinggalkan dalam bilik 1 buku yang bila ada masa lapang, mesti aku akan ulang baca. Bukunya bertajuk ' Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah SAW '. Rasanya dulu dah pernah cerita yg buku ni aku beli masa awal-awal kawen dulu. Sebagai ingatan & pedoman macam mana nak jadi isteri yg solehah & disayangi.  Ramai wanita yang take it for granted aje bila dah kawen nie. Rasa macam tak perlu cari ilmu camne nak jadi isteri. Let it be 'au natural' kengkononnya. Hehehe. Tak semestinya tak baca buku, kita akan jadi isteri yg tak solehah kan? Takde jaminan pon samada baca buku/timba ilmu dlm hal rumahtangga ini akan menjadikan rumahtangga kita bahagia atau pun tidak. Dan aku sama sekali tak perlekeh pd isteri yang ambil mudah dlm bab menjadi isteri ni. Setiap orang ada cara masing-masing. Who am I to judge? =) It just that knowing myself too well, I decided to buy a book that will guide me here & there on becoming a lovable wife. Bukan

Persiapan Raya Setakat Ini

Camne dgn persiapan raya korang? Dah banyak yg ada? Tak menahan baru nk masok hari ke-4 pose citer psl persiapan raya wkwkwkw. Buat persiapan awal la bagos. Takdelah tak terkocoh last minute baru nk shopping kan. (ayat defensive hakhak) Baju kurung yang sedondon dgn Naurah dah dapat Jumaat lepas. Tak sabar nak pakai hihi. Then ada jubah hitam yg in law belikan masa diorang ke umrah ritu. Balik Johor last week mak bagi jubah putih sebab dia salah beli saiz. Kena pulak dgn saiz aku hewheww. Rezeki dapat jubah free lagi. So ada 2 jubah baru lar aku raya nie =D Disebabkan itu, aku cuma perlu cari lagi sehelai kurung ready made yg habi sudah janjikan mahu membelikan (rosak ayat BM aku kohfs). Tak cari pon lagi. Maybe nnti ada yg berkenan kt mana-mana. Seb baeklah badan gomok nie masih boleh pakai XL. Kalau tak harapan lar nk beli baju ready made kehkehh Kuih raya? Buat masa ni cuma dah tempah tart nenas yg sedap & murah aje kt opis nie. As usual otak fikir nak beli kuih yg send

Ianya Satu Penyeksaan

Image
Hari keempat berpuasa, aku berani minum susu panas secawan & air masak pon secawan. See! Nak minum air pon takot-takot hokey. Fobia betol nak menghadapi masalah bloated time berpuasa neh. Aku tak suka rasa tak sihat yg pastinya akan mengganggu gugat prestasi kerja aku & mood pon akan jd hancur. Ada orang kata, kurus ah ko sahur tak makan pape. Yeah rite. Kurus mana lah sangat kan? (dulu masa single x sahur jgk & x kurus pon) Ingat best ker tak boleh sahur makan apa-apa? Seksa taw perot buat tarian hip hop pukul 10pagi. Itu belom separuh hari lagi tuh! Yer, mmg dulu masa single aku pon bkn selalu sgt sahur mknn berat. Takde hal pown. Tp sejak aku bersalinkan si Naurah, perut aku dh tak tahan kalau tak bersahur. Sehinggalah tahun 2012 menjelang usia 30-an nie, semuanya jadi tunggang terbalik. Bukan aje dr segi kesihatan yg makin mengganggu gugat kesejahteraan hidup aku, malah bab bersahur pon dah jadi mcm nie. Ingat aku suka-suka taknak makan? Last year mmg aku sahur

Kerjasama!

Kat dalam drama Korea channel 393, terbaru aku tengok citer tajuk Glass Castle. Hero & heroin takdelah lawo mane. Tapi layankan ajelah. Takde citer lain yg lebih menarik perhatian aku dah hehe.  Ada mesej yg terkesan pd aku dlm dialog antr ibu & anak. Bila mana si ibu berkata ' dalam hidup nie, sebagai seorang perempuan, kalau kita nak bahagia, pucuk pangkalnya kena kahwini lelaki yang baik. if baik suami kita, insyaAllah bahagia lah hidup kita sebagai seorang perempuan '. Si emak nie dok ckp mcm tu sebab dia berkahwin dgn lelaki yg kurang bertanggung jawab. Suaminya takde kerja tetap & macam kurang serius dgn kehidupan. Suaminya asyik fikir nak hepi hepi enjoy minum soju (arak). Hal anak kurang ambil berat. Income bergantung pd kedai kuih beras si isteri. Memang sangat tak patut kan? Thats y la si emak nie asek pesan kat anak cari suami yang bertanggung jawab. Suami klu takde rasa tgg jawab, susah la isteri nak happy. Susah la nk dpt  keluarga bahagia.

Untuk Suami & Anak

Wowww...banyak gila kereta masa kami balik lepas berbuka semalam. Rasanya ramai gak yg bertolak balik ke KL lepas berbuka mcm kami. Banyaknya kereta spt balik kampong time nak Raya pulak. So korang blh imagine la mcm mane kan? Habi sampai masok kat Senawang & ikot highway LEKAS keluar kat Pajam. Kalau kami teros ikot PLUS, sampai rumah pkl 2pagi kot. So mlm td kami sampai rumah pkl 12.30am. Lewat sejam drp kebiasaannya. Hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan nie dah di plan baik-baik. Klu minggu yg baru lepas nie sambut kat kampong aku, minggu ni kami balik ke Semenyih pulak. Minggu depannya lagi turn rumah Kak Ya & minggu terakhir barulah maybe kami sambut kat rumah saja. Itu pon tak tawu lagi kot kot ada agenda yg tiba-tiba menjelma. Wallahualam. Minggu nie minggu pertama berpuasa & bekerja. So hari nie baru lar aku akan start memasak utk iftar & sahur. Paling best sbb balik awal pukul 4.30pm. So nak masak pon takdelah terkocoh-kocoh sangat. Selepas 2

Salam 2 Ramadhan

Hari ni baru terasa nk update blog. Syok sgt ddk kg.nie sampai mls nk buat ape yg diminati. Tp twitter ngn fb dpt gak bkk skali skala. Yg tu xpyh tulis byk2 ye dop?hewheww Dah 2 kali sahur and aku masih fobia nk mkn pape. Sahur pertama aku x bangun lnsg. Pagi td aku menom teh pns secawan. Rasa bloated sket la. Maybe sbb teh tu angin kan huhu. Klu milo or susu ok gaknye. Hari ni buka kt sini lg. Lps buka bru gerak balik bbst. Raya ke 3 nti bru jumpe lg. So kna la manfaatkn masa yg ade kt sini sebaiknya. Pejam celik da nk raya x lama lg. Lps raya x lama da mak abah kak ya nk g buat haji. Then our end of year trip to Medan menjelma. Tup tap dh akhir tahun. Jeles btl bila tgk kwn seangkatan da berjaya menambah anak. Rezeki aku masih takde lg. Mesti ada hikmahnya kan? Aku pn cuma berdoa smg Allah berikan yg terbaik utk aku. Klu Dia kata belum,aku pasti itulah yg terbaik utk kami. I am all positive :-) K penat type kt henpon ni. Selamat berpuasa dan hrp dimaafkn salah silap yer. Ju

Ianya Tidak Dapat Diukur

Manusia kat dunia nie takde sorang pon yang tahu dah banyak mana pahala yang kita kumpul utk bekalan kehidupan kat akhirat kelak. Rasulullah SAW pon setahu aku tak tahu. Cuma baginda memang dah dijanjikan Allah untuk masuk ke Syurga. However baginda tak pernah pula berniat utk mengurangkan segala amal ibadatnya kepada Allah. Kite pon tahu betapa Rasulullah SAW sampai bengkak kakinya krn terlalu banyak mendirikan solat. Begitulah hebatnya junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Tidakkah kita sebagai seorang muslim berasa bangga kerana menjadi ummat baginda? Sesungguhnya aku adalah sangat berbangga. Bangga tu memanglah bangga. Tapi tetap juga rasa betapa bersalahnya diri nie kerana sudahlah tak dijanjikan syurga oleh Allah, ibadat pulak tak berapa nak mantop. Memikirkan tentang inilah yang membuatkan aku rasa malangnya diri aku nie krn dijadikan sebagai seorang manusia. Hidup kat dunia ni susah lar. Godaan terlampau hebat. Sangat mudah utk kita lalai & leka. Padahal bukan tak tawu tuj

Ada Apa Pada Nama?

SITI SHARENA S Suci I Ikhlas T Tulus I Idealistik S Setia H Harum A Amanah R Ramah E Emosional N Naif A Alim Apa ada pada nama? Cer koram tengok nama aku tuw hewheww ^___^ Suci - klu dengar word suci, mesti teringat ttg masih dara. apekah? Ikhlas - kdg ade jgk tlg org tp mcm x ikhlas sgt. buat sbb kerja jer =P Tulus - yer, aku tulus mencintai habi he he Idealistik - of course. thank you Allah for giving me this brain  Setia - mmg setia pd habi. he's the ONE Harum - yg nie x harum sgt. pasal kdg mmg malas mandi kahkahh Amanah - ada rahsia org aku simpan berbelas tahun. xpernah cite kt sape2 =) Ramah - boleh la. sbb x suka suasana yg awkward bila semua org diam Emosional - of course. nama pon pompuan kehkehh Naif - yer. sampai orang amek kesempatan mengenakan aku +__+ Alim - owh i like this one.mmg nak sgt jd alim. belum jd lagi tp sentiasa berusaha ke arah itu =)

Home Made Lasagna

Image
Hari tu kan, rasanya aku ade citer kot psl opismate bagi rasa lasagna yg dia buat sndiri. Siryes aku tak tawu pon ade kepingan lasagna yg instant dijual di hypermarket. Tak tawu pon lasagna nie boleh je buat sendiri kt rumah. Selalu mmg order masa nak makan kt kedai western ajelah. Kdg sedap kdg x sedap. Tp klu aku buat sndiri kompem sedap kowt. Hewheww =P Kata Angah RajaLawak, kite kena sentiasa confident bila memasak. Thats y aku tulis gitu. Ngeee.... So dh makan lasagna yg opismate masak tu, aku rasa eyh sedapnya kak ko masak! Terer nya ko pandai buat lasagna. Bak resipi kat aku! So dia soh aku gugel aje sbb melambak katanya resipi. So aku pon gugel & jumpe blog yg ajor step by step kat sini . Wahhh..nampak mudah aje weyh. Kakak opis ckp memang la mudah je buatnya. Tp ongkosnya agak tinggi ya! Cheese ada 2-3 jenis. Kopak jugak la dlm RM60 hengget 1 loyang tu katanya. I see. Kalau gitu kekdahnya, makanya aku kena ajak Kak Ya buat projek lasagna la nie. Bwahahaha. Adik ap

More About Resign

Bila ada kerja memang tak menyempat nak update blog. Klu takde keje, sampai 2-3 entry aku up dlm sehari. Apo nak dikato.... Cerita pasal aku nak resign nanti, aku dapat bbrp pendapat yang menyuruh aku bersabar at least sampai dapat bonus tahun depan. Entah ada bonus entahkan tidak hewheww. Bila fikir-fikir balik, ada logik jugaklah pendapat itu kan? At least dpt bonus 2 bulan pown dh blh buat mcm-mcm jugk tuw. Buat tolong-tolong nak plan marketing bisnes ke bagai. Hehehe. Takpelah, itu simpan sbg 1 idea ajelah. Sambil-sambil biz berjalan, kite tengok keadaan sok mcm mana. Manelah tawu biz masyuk sampai tak menang tgn dh nak buat 2 kerja. Masa tu x perlu kowt nk fikir psl bonus whatsoever. Tp klu biz suam-suam kuku aje, blh la at least tunggu sampai dpt bonus. We'll see =) Buat masa nie tgh berbalas emel dgn Kak Ya. Nanti hujung minggu balik sana boleh buat kertas kerja sama-sama. Nak buat sendiri aku tak pandai hewhewww. Seb baek ade kakak bijok & supportive. Alham

Matlamat Baru

Seronok bila membayangkan tak lama lagi aku nak resign. Siryes tak tipu. Macam for the time being, mengira waktu aje utk tiba masanya. Entah jadi entahkan tidak plan bisnes aku tuw. Tp aku tak peduli tentang tu buat masa ni. Kalau tak jadi pon, aku memang nak resign jugak. Aci tak? Huhuhu... Resign tp dengan plan yang kedua pulak lar. Alternatif kpd plan yang pertama tu tadi. Rasa seronok pulak bila rasa ada matlamat dlm hidup gini. Buat kita rasa lebih teruja. Tak sangka menjelang umur 30-an akhirnya aku dah tak betah nak keje makan gaji. Tak betah nak duduk di office. I hate the fact that I have to wake up early in the morning, getting ready, send my daughter to nursery & traveling to the office. Rasa macam dah nak muntah dah hidup macam tu. Kadang aku rasa jual nasi lemak tepi jalan lagi best kowt. Jual air kat psr malam pon lg happy. Sejujurnya aku nak buat bisnes sendiri bukan sebab aku nak kaya. Bukan sebab duit. Apa yg aku perlukan dr segi duit cumalah jumlah yg

Pertama Kali

First time sejak ade blog post n3 from henfon. Semalam pegi The Mines sbb habi offer nk belikan dulu my henfon using his money. Pucuk dcita ulam mndtg hehe. Memule habi suggest beli Nokia Lumia 710. Tp dealer suggest Samsung Ace yg mggunakan aplikasi android. Klu Lumia gune Windows. So limited sket ah nk donlod mcm2. End up belilah Ace nie. Ini pn rase cam dh hebat gile kowt. Haha. Aku bkn jenis technology hardcore. Tak kisah la eventho Ace ni last year pnye produk pon. Tak updated pon xpe. Ok jer. Err x pandai la pulak nk nk justify n3 nie. Gasak la eyh. Jumpe esok insyaAllah. Adios.

Cerita Yang Biasa

Hurmm...hari nie cadangnya nak puasa sunat lagi. Tapi perot rasa mcm lapo terlebih. So batalkan niat & breakfast nasi lemak ayam. Hopefully itu sajalah makanan yg aku hadap sampailah masa utk dinner nanti. Kalau mkn lebih drp tuw, bermakna sia-sia aje proses mendidik diri mengawal nafsu makan yg sedang dijalankan skrg. Hewhewww =P Malam nie cadangnya lepas balik keje, kami semua bersiap menuju ke Ramal Junction di Kajang. Kami mahu pekena burger bakar Abang Burn pulak. Tiap hujung minggu asyik la makan burger. Nie pon penyumbang kpd lemak badan jugak nie. Hehehe. Habi kata sekali sekala tak apa. So aku adlh bini yang menurut perintah ^___^ Badan aku sebenarnya lately rasa tak sedap sokmo. Masalah dgn belakang badan which is aku rasa mcm teringin sangat nak pergi berurut. Sebab tak tertahan sgt, malam td aku request kat habi tolong urutkan belakang badan bersama dgn minyak yuyi. Dia punya lega & best tu memang susah nak cakap lar. Habi duduk kat kerusi malas, aku duduk

Jeles Yg Tak Berkesudahan:- Berat Badan

Image
Jelesnya baca blog Chem dia da susut 5kg. Aku nie manjang jeles ke orang ajelah kejenyer. Tapi diri sendiri taknak pulak usaha kaw-kaw mcm orang lain. Kalo Chem boleh, ko pon boleh maaaa. Itulah yg aku cakapkan pd diri aku sendiri. Aku nie jenis fobia sket nak timbang berat badan. Sebab penimbang tu selalu aje jahat dgn aku. Selalu aje tunjuk takde hasil sedangkan aku rasa dah berusaha sehabis baik (ye ker?) control nafsu makan. Kot ye pon kan, bagilah turun 1kg ker...buatlah sejuk sikit hati kite ni tak? Takdelah rasa semangat tu down balik. Tu yang buat aku rasa paling menyampah hokeyh! So dah sebulan consume Omega Guard, aku tak timbang pon if ada penurunan. Tp aku rasa puas hati sebab uniform offfice dah rasa selesa semula. Habi pulak tegur ada pengurangan lemak di perut. Jubah pakai waktu Jumaat pon dah rasa lebih selesa. Itu ajelah yang menghilangkan sebentar kegusaran di hati tentang berat badan. See! Aku memang cepat selesa dgn berat badan yg sbnrnya masih overweig

Jawapan Kepada Soalan

Terima kasih daun keladi kpd readers yang sudi tulis komen kat entry yg aku tulis. And i'm so sorry for not replying your comments because i'm so lazy. Yer...mengaku aje senang kowt. But believe me, i read all those comments ok. Banyak komen yang menarik & bisa membuatkan aku tersenyum waima tergelak semasa membacanya. You guys really made my day lah ^___^ So i really want to thank all of you yg sangat rajin menaip komen tanpa jemu walhal si penulis blog tersangatlah malasnya nak membalas balik. Please forgive me.......(baca spt menyanyi lagu Bryan Adams ok thehehee) Kadang komen yang ditulis tersangatlah best sampai aku rasa nak jawab dgn menaip di entry. Hover la pulak gitu kan? Haha. Ada komen yang berbentuk persoalan yg sgt teringin utk aku menjawabnya. Tp nak jawab dlm entry. Boleh gitu? Cthnya:- Na tulis statement meja kerja aku kecil sbb aku tak banyak kerja. Thats y aku selalu online. Jwpn:- Saiz meja di opis adalah sama tanpa mengira pangkat. HOD w

Kehendak Menggila

Image
Arghhh...banyaknya kehendak kehidupan dunia yang membuak-buak sekarang nie. Nak beli henpon s3, nak cat rumah, nak kumpul duit pergi umrah, nak beli baju renang, nak pergi holiday, nak berbuka puasa kat hotel, nak balik kampong, nak makan rainbow & red velvet cake, nak tengok Amazing Spiderman kt shopping mall, nak makan burger bakar Abg Burn kat Ramal Junction. Kenapa banyak sangat nie weyy? T__T Satu demi satu wishlist sudah dipangkah. Satu demi satu kehendak berjaya dipenuhi. Adakah kehidupan menjadi semakin bahagia? Hurm....satu persoalan yang baik disitu. Apa yang aku dapat perhatikan, semuanya bertitik tolak dengan duit. Betulkah duit itu punca segala kebahagiaan? Sudah ada 2 persoalan..malang aku tiada jawapannya. Jawapan terbaik aku ialah:- I'm not sure...maybe....entahlah! I don't know. What a lame answer -.- Setiap kehendak diatas perlulah diberikan ranking. Pastikan yang mana lebih penting drp kehendak yang lain. Buat senarai kepentingannya. Sena

Alfalfa & Haji

Eyhh...apasal entry update dr Dr.Zubaidi nie asyik ada kene mengena dgn aku hah? Dah 2 hari berturut-turut nie. Ada petanda apa-apa ker? Gila paranoid pompuan nie hehehe.... For those yang tak bace blog Dr.Zubaidi, entry beliau pd hari ini ialah mengenai penggunaan supplement Alfalfa. Sebenarnya aku dah 2 minggu lebih kowt terlupa makan Alfalfa dr produk Shaklee. Kadang tu tak terlupa pon. Tp sbb botolnya aku letak kat dlm bilik tido, air pulak sokmo lupa nak bwk naik atas, so everytime lepas solat Isya' yakni sebelum tido, aku hanya dpt memandang botol pil Alfalfa dgn pandangan yang sayu. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai penyakit lupa? Korang tentukanlah sendiri yaww! =P By the way info yg aku dpt dr penerangan Dr.Zubaidi ialah Alfalfa tidak sesuai dimakan oleh orang yg memakan ubat cair darah atau Warfarin. Teros teringat kat abah aku ko! Abah memang makan warfarin sejak pembedahan by pass jantungnya about 2 years plus ago. Buatnya tetibe aku terbagi abah aku suppl

He's My Sweetener Haha

Image
Ayah mithali hewhewww ^___^ Aku pernah cerita kan yang habi adalah perunding imej aku. Well, aku pon sbnrnya perunding imej utk dia jugak. Kalau beli outfit dia, usually mmg beli ikot taste aku jugak. Kami sama-sama mengharapkan diri masing-masing dlm hal berkaitan pakaian neh. Stp apa yg aku beli, msti tunjuk habi dulu lulus ke tak nak dibeli. Klu dia takde, eventho aku dh berkenan giler, rasa tak best aje nk beli. Betapa pentingnya habi bila aku nk beli sst pakaian. Owh...kecuali yg online la yer. Tak kuasa haku nak interkom dia soh dtg opis semata-mata nak tunjuk baju seketoi dua. Haha. By the way, ini sbnrnya nak cerita psl kes shirts yg aku beli kt Zalora last week. 2 shirts sampai hari Jumaat & dlm kereta on the way balik rumah aku dh selok soh dia tgk apa ada dlm parcel. Padahal habi tengah drive kan? Gilo. Hahahha. So terpaksa la aku gak yg keluarkn dr parcel & tunjuk kt dia bajunya. Tersenyum manis habi bila aku ckp itu baju dia ^____^ Then dia ckp 'ter

My Epidural Story

Pagi nie aku tertarik dgn tajuk entry di blog Dr. Zubaidi . Ianya berkisar tentang penggunaan epidural semasa sakit melahirkan anak. Since masa bersalinkan Naurah dulu aku memang disarankan mengambil epidural, so ada rasa agak terlibat la dgn artikel tu. Dapat info yang lebih banyak drp sebelum nie. Mengimbas kembali saat-saat ketika mahu bersalinkan Naurah. Aku di suggest oleh bidan utk mengambil epidural apb bukaan sudah 2 cm. Tapi aku punyalah degil & rasa boleh bertahan sampai akhir. So aku ignore nasihat bidan yang 2 kali datang utk meyakinkan aku. Sampai akhirnya Dr. Kamsiah yang bertugas menggantikan Dr. Fatimah yang ada personal matters datang & menerangkan dgn lebih lanjut pentingnya aku mengambil epidural. Lepas Dr. Kamsiah keluar, aku pon discuss dengan habi & akhirnya kami mengalah. Antara sebab kuat aku perlu ambil epidural ialah kerana ini merupakan kelahiran yang pertama & keduanya aku di induce dgn ubat Pitocin utk mempecepatkan kelahiran bayi.