Posts

Showing posts from November, 2011

Bertudung Tetapi Hati Jahat?

Image
Ok. Hutang gambar dah langsai. Now masa utk menceceh yerp =P Ape nak di cecehkan pon tak tahulah. Ok idea dah datang. Tinggg cam mentol lampu tetibe bernyala. Hehe. Malam tadi lepas mandi sempat golek-golek kejap atas katil. Capai majalah Solusi & aku tertarik dgn tajuk artikel yang bertulis ' Perempuan Bertudung Tetapi Hati Jahat?'. Aku rasa korang pon pernah dengar ayat macam nie. Ppn bertudung tak semuanya baik. Tapi ramai ppn tak bertudung yang baik-baik. Which one is better? Bertudung tp akhlak tak bape molek or Tak bertudung tp akhlaknya baik. Bincangkan. Ecehh..macam soalan dalam exam pulak. Kertas 2 bahasa melayu =P Aku suka dengan kupasan si penulis artikel. Dalam artikel tu macam si penulis berbahas dgn seorang pemuda tentang issue di atas. Si pemuda menyokong ppn baik ttp tidak bertudung while si penulis mempertahankan ppn bertudung. Si penulis pandai menjawab sehingga akhirnya si pemuda beralah & akur dgn kelebihan ppn bertudung. I like. Hehe. Ppn baik t

A'Famosa Family Holiday

Image
This is 1 of the reason why I love to go on holiday =) Priceless... Sebelum masok ke Water World Cucu kesayangan Atok My youngest sibling yet he's the biggest =P Abah Love Mak She's enjoying herself at the moment Not long after that...sleeping time Nenek ngan cucu buat aksi yg sama Back to action after 20 minutes of naps DSLR buat onar masa kat Melaka. Asyik la keluar error 99. Tadi aku try snap gambo takde masalah pulak. Geram dibuatnya. Gambar masa kat Animal Safari nan ado. Aku dah malas nak snap. Buat sakit hati aje. So masing-masing keluar la henpon canggih. Kesian. Hehehe. Overall, eventho cuma percutian semalaman, we all have a really good time together. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam nie. Yang tak ada this time cuma Lisa & family and Abg Eddy & family. Dua-dua sibuk. Lisa attend Maya's wedding at Kuching, Sarawak while Abg Eddy ada kursus 1 week @ KL. Mak ngan Abah cakap next year deme nak pegi holiday kat Brunei. Kak

Kaduk Dah Kawen

Image
Kaduk + Biha Inilah peranten hujung minggu lepas. Kaduk tu sepupu habi. Cantet kan wife dia? Hehe. Biha dah berhenti kerja kat Ikram, Bangi sebab mengikut Kaduk berhijrah ke negeri Melaka. Kaduk kerja dgn Jabatan Perikanan Negeri kalo tak silap aku. So Biha pon sacrifice la kerja dia utk memulakan hidup bersama. Thats the right things to do. Salah sorang kenalah mengalah if nak hidup bersama. Kalo masing-masing sayang nak lepaskan kerjaya, maybe itulah yang menjadikan byk perkahwinan PJJ. Agaknya lah. Lain orang lain masalahnya. Aku agak-agak jelah yerp. No offence =) Tak sure Biha dah dapat kerja ke belum kat Melaka. Minggu nie nanti boleh tanya dia. Hehe. A few more pictures of them. Tak sabar nak attend kenduri minggu nie pulak ^_^ Cupcakes yang aku sponsor utk hantaran belah lelaki =) Sweet couple Anak aku =.= Padahal Kaduk nie pak sedare paling dia suka. Nampak lain je da taknak...

Mak Gajoh In The Surau

Image
Pompuan takde keje ginilah gayanya. Hehehe. Nie kat dalam Surau opis sebenarnya. Aku kan selalu solat Zohor masa lunch hour. Usually memang takde sape pong nak solat time tu sebab g kuar lunch or membuta kat opis jerp. Aku tak kira la tgh lunch hour ke tidak ker, bila perasan dah masok waktu solat, cecepat jelah g solat. Kat opis nie jelah senang nak solat awal waktu. Kalo kat rumah selalu benar terlajak masa. Lain situasinya. Paham-paham sendiri la yerp. Alasan ke ape nih? Huhu... So dah siap solat, boring-boring, snap sekeping dua gambo sendirik. Nak tengok betapa 'gajohnya' badan aku realitinya. Perot tu berlipat-lipat ke baju jer? Wallahualam. Tp nampak buruk aje weh. Insap la jadinya. So diet ajelah sampai sudah yerp? Harapnya dapatlah turun bbrp kg sebelum aku kembali membuncitkan perot semula utk baby 2013 nanti. Insyallah =) Habi cam nekad jugak nak tambah anak eventho tahap kewangan masih di tahap yg sama. Akhirnya dia mengerti. Kalo asyik nak tunggu ekonomi keluarg

Kisah Cinta Sesama Manusia

Image
Hari tu kawan sekolah aku kat Linggiu chat ngan aku kat FB. Dulu masa kat sekolah kire kami nie 1 geng lah. Quite close. Aku pon ada simpan rahsia peribadi dia sampailah sekarang. Alhamdulillah dah berbelas tahun rasanya simpan rahsia dia tue. Tetibe rasa bangga. Hehe. Bukan senang nak jadi penyimpan rahsia nie. Kena ada rasa amanah & takut pd balasan Allah if terbukak cerita. Then baru boleh rahsia itu menjadi rahsia antara 2 orang. Tak gitu? =) Berbalik kpd cerita asal, since masing-masing dah masok matrikulasi & kemudian aku ke UPM while dia ke UKM, terputus sudah tali persahabatan. Masing-masing dah ada life masing-masing. Sampailah ke hari ini. So bila tetibe dia pm aku, rasa cam terkojot la sikit. Tp bila dia kata nak tanya pendapat aku ttg sst perkara, aku ok ajelah. Hrpnya buah fikiran aku dapatlah dia guna pakai serba sedikit. Syukur dia tanya tentang perkara yg aku berkeyakinan utk menjawabnya. Maklumlah org dh ada pengalaman. Ceritanya macam nie. Dia dah bertunang

My 3 Days Holiday

Kan aku dah cakap. Hancur punya diet aku last week. Dah pon menjadi kenyataan. Payoh weh. Tak makan kang, orang kata ngada-ngada sangat pulak. Kot ade yg kecik hati pulak tak makan kt rmh dia. Ada org hulur karipap dalam piring ke kite, tergamak ke nak kata taknak? Banyak hati kena jaga. So, aku declare 3 hari yang lepas sbg hari-hari merdeka dr diet. Pasrah. Cuma portion tu aku bg kurang la from usual. Hrpnya takdelah effect sgt. Enough about that. Alhamdulillah majlis pihak perempuan dah settled. Minggu nie belah kami pulak di Semenyih. Maybe lebih bz sbb Andak masak sendiri. Tak pakai catering. Seb baek habi ajak balik hari Sabtu. Tengahari blh sampai & tido semalam aje kt sana. Minggu nie dah letih bangat gara-gara sambung holiday ke Melaka. Tapi yang penting, kita enjoyyyy!!!! =D Serba sedikit tentang holiday kat sana, A'Famosa Apartment tu sebenarnya Condo D'Savoy. Itu yang ditulis di signboard. Carikla tulisan tulis A'Famosa Apartment. Sampai sudah ko takkan ju

Menu Makan Yang Sihat

Image
Sedap pulak breakfast aku hari nie. Yummy betol. Mayonis mmg penyelamat la bg orang yg berdiet macam aku neh. Dah kicap tak boleh, sos pon tak boleh. Ape lagi nak buat cicah? Mayo jelah weyh...penyelamat menu bak kata org tu..... Pagi tadi rushing sebab bangun lewat. Naurah pulak bangun awal. So terpaksa la siapkan dia dulu sblm turun kitchen. Seb baek aku dh mandi awal-awal pagi. Ehehemmm. Ok sambung cerita =P 7.30am gitu turun bawah, bukak DVD Dora versi Arabic. Tak sangka budak tu melayan pulak. Hari tu bukak kat laptop dia bolayan aje. Ini bukak kat tv beso barulah dok senyap ralit menengok. Ini sudah bagoss!! Mahal taw ibu beli 2 DVD tue. Sila jadikan usaha ibu utk kamu berbaloi ok! Hehe. So Naurah dah ralit, aku pon dendiam g kitchen tung tang sepantas yg boleh. Hasilnya:- Breakfast Tauhu goreng1 keping dipotong kecil Half boiled egss 2 biji Tomato half di diced Mayo (gaul-gaul semua sampai jd creamy..perghhh!! sedap giler. kenyam) Lunch  Telur Dadar + Sayuran (muchroom, bunc

Groupon Addiction

Image
Yes. Aku addicted to groupon now. Nak buat emoticon T_T or ^_^ yerp? Kompius. Hehehe. Groupon pertama yang aku beli & sudah pon redeem is foods kat Manhattan Fish Market. Tak rasa berbaloi sgt sbb tak jauh beza pon sbnrnya dgn harga sebenar dia. Aku rasa agak tertipu. Huhu. Len kali kena kaji dulu betol-betol discount yang deme bagi tuh. Taktic deme jugak nih. Siot jek tipu pelanggan. Taknak dah pegi situ kecuali ada orang belanja =B 2nd groupon aku purchase is 2D1N stay at Holiday Villa, Cherating. RM150 per night. Yang ini aku rasa berbaloi-baloi. Tapi masih belum redeem. Kena tunggu tarikh free for Ann & Hany sebab kami plan nak pergi sama-sama ^_^ Nak berkunjung ke rumah Nano lagi. Kalo boleh nak jumpa sama Yana juga. Insyallah. Yang ini plannya samada bulan Jan or Feb. 3rd groupon, makan steamboat at Flying Steamboat, Shah Alam. Yang ini pon belom redeem. Aku suka sebab kat sini eat all you can with free flow drinks kalo tak silap. Harga asal RM22.50 jadik RM15.90 per p

Hancur Punah Ranap Kebambomm!!!

Image
Dengan rasa menyampahnya, aku war-warkan kat sini yang diet aku dah hancur mancur punah ranap semalam. Hahaha. Eh, nak sedih tapi nape gelak ntah =P Iyer. Semalam aku puasa sunat hari Khamis. Pastu teringin pulak nak tengok environment dalam McD baru kat Kota Warisan tuh. Hari-hari pegi balik kerja lalu situ asyik memandang aje. Bila pulak nak tengok-tengok kan? So habi pon kata boleh. Lets go. So after ambil Naurah kt rumah, kitorang zass teros pegi aje. Kejap aje. Dalam 7 minit dah sampai. Lebih dekat dr ke McD, Nilai. Sampai-sampai kunun aku nk order ayam goreng la kan 2 ketui. Pastu tengok-tengok macam lebih berbaloi kalo beli Family Dinner Set for 2-3pax. Dalamnya ada 3 carbonated drinks, 2 McChicken, 1 McDeluxe, 2 sundae strawberry & chocolate flavour, 2 fries & 6pcs nuggets. Price 29.90 b4 tax. Nampak lebih value for money kan?  Naurah of course cuma makan nuggets & sundae. Aku belasah chicken McDeluxe & habi amek 2 burger ayam. Habi tukar 1 air carbonated dg

Masako Mizutani - How Old Is She?-

Image
Nampak macam 20-an aje kan? Siryes aku pon tertipu. Masako nie sebenarnya dah berusia 43 tahun & this is how she looks now. Dia seorang model majalah di Jepun & mempunyai anak yang berusia 20 tahun. Rahsia awet mudanya? 5 hours everyday kat spa for rawatan kulit. Is it worth it? Huhuh ^_^ Kalo tak kerja ok la kot. Bleh pegi bebile masa. Pastu ada duit. Hihi. Rahsia lain ialah jangan merokok, makan makanan yg sihat, eat 4 meals a day in small portion, exercise, drink lots of water, apply lighter make up & segala penjagaan kulit seharian lah macam pakai moisturizer, vitamin E lotion etc. Its all natural & no plastic surgery at all ok! Of course beauty comes with a price ^_^ Apa-apa pon, tetap rasa jeles hokeh! Aku umo baru nak jejak 30-an dah rupa macam mokcik 40-an. Ape kessssss?????? T_T

Wedding + Holiday

Image
Alhamdulillah proses booked apartment 2 bilik kat A'Famosa Resort dah settled tadi. Seb baek takde masalah nk redeem 2 unit at the same time. Lega. Phewww ^_^ So weekend nie agak hectic la jugak bagik aku & family. Esok lepas balik keje kena rush balik Semenyih sebab Andak buat kenduri doa selamat sempena Kaduk nak bernikah Sabtu nanti. Sebelum tu nak kena amek cupcakes & kek dulu kat Kak Su. Aku & habi sponsor cupcakes sbg tambahan hantaran belah lelaki neh. Pastu aku saja gatal-gatal tangan order Pavlova versi Kak Su & kek chocolate moist 2 bekas. Itu saje utk buat makan-makan masa kenduri tu nanti aje. Harapnya gaji dah masok lah esok. Huhuhu =P So hari Sabtu attend Kaduk nikah pulak kat Bangi. Seb baek lepas Zohor majlisnya. Hehe. Pas majlis, balik Semenyih semula. Rehat. Ahad pulak attend resepsi pulak kat Bangi. Petang tu jugak nak bertolak ke Melaka pulak utk join holiday dgn family aku. Padat kan jadual? Hehe. Takpe. Aku suke. =D Tiket masok 3 theme par

Solusi::: Panduan Hidup Bersyariat

Image
OK. Hari nie takmo citer dah pasal diet. Ehh..nak citer jugak sikit. Haha. Serasa aku sejak aku bersalin ke Naurah, inilah pertama kalinya aku diet dgn agak siryes. Sebab aku nie tak bape nak tetap iman dlm berdiet, aku malas la nk war-war kat opismate seme yang aku tengah berdiet. Diet kaw-kaw pulak tu. Memang kalo boleh nak elak habis la makan nasi, mee, roti, kuih-kuih & yg seangkatan dengannya tuh. Tapi bila kita tak declare pd deme, tetibe macam murah pulak rezeki orang bg makanan macam-macam. Deme kan tawu aku memang suka makan. Sometimes deme belikan nasi lemak, sandwich, chocolate & sebagainya lah bagi ke aku. Serba salah beb dibuatnya. What I do, aku ambil aje semua pemberian deme tu. Pastu aku simpan bawah meja. Maybe bwk balik ajelah if tak jumpa habi kat mana-mana. Or kalo jumpe drivers ker, try offer kt deme pulak.  Godaan tu memang kuat yerp utk aku. Cuma kuat tak kuat ajelah nak melawannya. Selagi boleh tahan, aku tak makan. Bergantung pd keadaan. Pull stop abo

N3 Request - My Diet

Image
Ade request n3 dr Anonymous yang menamakan dirinya Teja Chomel. Tetibe rasa cam femes benar la blog aku nie kan sampai ade org request n3? Hahaha =P Teja bertanya tentang menu diet yang aku sedang amalkan sekarang. To be honest, aku bukanlah orang yang tepat utk cerita dgn secara detail tentang diet nih. Sebab aku pon baca dr blog orang yang mengamalkan diet atkins utk tau serba sikit ilmu diet neh. Pulak aku nie terlalu banyak derhaka makanan yang dikategorikan sebagai NO dlm diet atkins tuh. Sometimes mencicip sikit-sikit. Ada tu mmg makan aje tak mcm org tgh berdiet pong. Korang sendiri pon tau aku kan? =B For those yang follow n3 aku saban hari, mmg tahu sangatlah diet aku nie mcm mane. Tak bape strict. Cuma masih berjaya mengelak dr membaham nasi, mee & tepung like roti dgn jayanya. Nasi je ade 2-3 suap kes makan nasi lebihan Naurah kat rumah member hari tue. Ok la sbb takdelah baham sampai kenyang ye dop?  Sebab ada permintaan, rasanya tak baik nk tolak mentah-mentah. Aku

Keladi Purple Buat Derhaka

Image
Well....sudahnya malam tadi tak pegi pong jumpe mak & abah semua. Sebab rasanya lebih penting for we to shop some groceries yang dah banyak kehabisan tuh. Stok telur 1 papan semua dah yillek. Mane bleh jadik. Sudah la telur makanan menu diet utama aku. Cepat & pantas. Senang nak dibuat breakfast pagi-pagi samada rebus 1/2 boil or making it scrambled. Mengenyangkan pon iyer. Potong-potong salad, cincang-cincang tomato, letak sesudu mayonaise Kraft, a little bit of black pepper & wallahh. Siap utk dimakan =) Menu mkn yang sihat bukan susah sgt nak buat. Tinggal nak dgn taknak aje. Hehe. Almost 2 weeks dah aku tak makan nasi dgn rasminya. Elok aje rasa. Perut pon tak pernah rasa lapo kecuali kalo puasa sunat. Itu pon sebab malas nak bangun sahur. Pentingkan tido lagi. So, rasakan! Tapi bila makan lengkap breakfast, lunch & dinner nih, eventho without nasi, mee or yg seangkatan dgnnya, alhamdulillah perut rasa full aje. Tak perlu nk skip meals. Malah ianya sbg salah 1 syar

Bila Hujan Best Lepak Rumah

Amboi parents aku...berjalan sakan sungguh pergi ke Kedah nun. Tak cukup ngn Kedah, depa bantai pusing Penang pulak. Aku pon tak pernah sampai lagi sane T_T sadis tak?  Malam td depa mai KL pulak. Kak Ya ada meeting kat HQ KLCC neh. Tu yg td depa call aku tnya nak datang tak malam nie kat PNB Darby Park hotel deme duduk skrg neh. Memule rasa cam malas. Tanya habi nak pegi ker? Dia ckp pulak ikot ibu la! Kalo ikot aku, of course la aku nak pegi kan? Nama pon kaki merayap sejak dah berkahwin & ade anak neh. Hehe. Tp itulahh...skrg pon asyik hujan aje. Kkdg malas nk merayap sejuk-sejuk gini. Duduk rumah lebih nyaman bak kate org tu. Hibernate like a bear. Buruk perangai gilak. Haha. One more thing, dtg sana, kompem kuar makan. Rosak lagi diet aku. Pasrah T_T Tak tetap iman punya olang! Puii!!! Tetibe teringin nk mkn nasi arab. @Al Rousha maybe? Wuwuwu ^_^ Kelas aku kan? Kopak lagi la duit Kak Ya. Tu blm nk holiday Melaka lagi neh hjg mggu kang. Kalo jadik la sbb apartment masih blm

My Sweet Tooth

Image
Sneakers Cheesecake Pavlova Rainbow Cake with Italian Buttercream Oreo Strawberry Cake Carrot Walnut with Cream Cheese Victoria Sandwich Cake Sejak pregnant ke Naurah.....sampailah ke hari ini di saat ini...aku adalah seorang yang sweet tooth. Disitulah bermulanya pelbagai kisah aku dgn benda-benda manis nih. Padahal dulu tak suka gila segala macam dessert neh. Tp sejak Naurah dlm kandungan, mmg aku suka sgt benda-benda manis semua neh. Tapi masih boleh dikatakan terkawal lah sbb sedar diri yang gula antara penyebab berat badan meningkat dgn jayanya. Hehe. But once in a while, mmg akan treat myself all the tempting desserts neh. At least once in 2 months. One more thing, suka sgt tengok deco yang colourful neh. Menarik tertarik da bommmbb!!! Dah macam budak-budak pulak dah suka benda warna warni ye dop? ^_^ So, setakat ke hari ini, kalo kek, aku suka tempah kat Kak Su, Bake Me Cupcake nih. Nak sponsor as a gift for hantaran kawen pon tempah kat dia aje. Senang seb

Harimau Muda Mengaumm!

Image
Fine. Of course lah hari nie asek cerita tentang bola sepak penentuan pingat emas Sukan Sea yang ke 26 di Jakarta & Palembang malam tadi kan? Dalam radio sembang pasal bola. Kat opis nie pon tentang bola jugak. Selok la semua rakyat Malaysia team bawah 23 tahun kita menang by penalti 5-4 melawan Indonesia malam tadi. Sampai tanya samada dapat cuti ker kat PM kite @twitter. Hahaha...mencuba nasib bak kata orang tue. Manelah tau tetibe dapat yer dak? =P Aku pulak entah sebab terlebih excited ke ape, ingat hari nie hari Rabu =.= Eventho tido around pukul 12 malam tadi, mata terasa cerah around 6.15am. Teros bangun gosok baju casual instead of uniform sebab ingat hari nie Rabu. Then bila habi dah bangun, dia tanya nape gosok baju casual? Hahh?? Bukan hari nie hari Selasa ker katanya. Hampeh! Pakai jelah. Malas dah nak gosok yang lain. Nape aku ingat hari nie hari Rabu? Sebab asek terngiang-ngiang kat telinga juruulas bola malam td yang pd hari Rabu nanti team Harimau Muda kita akan

Memang Salah Ibu

Image
Malam tadi aku kena tegur dgn habi sbb dia kata lately asek dengar aku marah-marah Naurah aje. Volume suara kuat la tu sampai dia bley dengar sampai kat tingkat atas. Entah kenapa la budak tu ada aje modal nak buat aku marah. Hilang semua ke cool an aku sbg seorang ibu sempoi. Ataukah kerana tarikh period semakin menghampiri, maka hormon swing swang sampai asyik moody aje? Ada kemungkinan juga.... Itulah alasan yang aku bagi sama habi malam td yg mana habi taknak terima bulat-bulat juga. Well, aku bukan tak rasa bersalah pon lepas marah budak tu. Sudah ler kalo dia menangis pon, aku jugak yg kena pujuk. Ngan org lain mana dia mahu. Sayu jugak rasa hati kan? Tp peel dia tu...ya Allah...bikin hati aku super panas dr kebiasaannya. Makin susah nak control. Kejap-kejap menangis ckp ade semut dlm diapers. Pdhal takde pong. Bila sapu ubat dia nanes ckp pedih pulak. Abes mcm mane??? Suruh bukak diaper pastu nk berbogel 1 rumah. Tu nasib baek dia tak terkencing merata lagi. Lepas bukak diaper

Benda-Benda Baru Kat Rumah

Image
Takdelah baru sangat pon sebenarnya. Tapi aku tak pernah letak gambo & cerita lagi kat dalam blog. So consider baru la jugak kan? Baru utk pengetahuan korang. Hahaha.. Takde modal hari nie nak buat ape bila fb semua tak bleh nak access. Boring. Kompem petang nanti ada lagi 1 entry nih. Tungguuuuu.......

Ropez Tunang 20.11.2011

Image
Haiyohh!! Apelah malangnya hari nie lupe nak bawak wireless device pulak. Ingatkan semua benda dah transfer dr beg hitam tu ke beg gabak. Sekali bile tgk, nan ado T_T Sakit otak dibuatnya. So takdolah aku mengomen kt fb tu yerp hari nie. Harap maklom. Sebenarnya aku excited nie nak cerita pasal semalam. Sebab semalam BFF aku Ropez bertunang kat rumah dia @ Samudera Terrace, Batu Caves. Siryes lawo lah rumah abah dia. Rumah jenis 21/2 tingkat & gated. Hampeh lupe nak snap pulak. Kalo tak bleh tunjuk sini. Sampai rumah Ropez around 1.30pm. Ingatkan dah lambat. Seb baek rombongan pihak lelaki lebih lambat. Maklomler all the way from Seremban. Ada sikit sesak kat area Ampang nun. Seb baek traffic masih bergerak. So sampai-sampai aje, aku tak buang masa teros snap gambo hantaran & Ropez dgn sedara mara semua. Pastu sembang-sembang. Pastu snap gambo lagi. Seb baek Naurah baek je dgn habi ddk kat porch kereta yang dijadikan tempat buffet & santapan. Dapatlah aku perasan rasa cam