Posts

Showing posts from June, 2011

Rezeki Dari Langit

Image
Life is full of surprises. Rezeki daripada Allah bukan hanya datang dari segi wang ringgit & pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan yang kita lakukan. Ada pelbagai cara Allah sampaikan rezekinya kepada kita. Well, itulah yang terjadi pada diri aku semalam. Out of no where. Tiba-tiba saja my older sister, Kak Ya memberi sms berbunyi 'pergi Bangkok jom!next month'. Wah wahh...santai sungguh bahasanya. Macam nak ke Bangkok tu boleh sampai dengan menaiki basikal yang mengambil masa 15 minit saje yek? =.= For Kak Ya, maybe lah its not a problem at all utk pergi kemana saja yang dia mahu. Poket penuh berisi. Duduk sorang-sorang kat ceruk Gurun, Kedah nuu. Ape ade hal? Ate aku nie gaji tiap bulan cumalah cukup-cukup utk berbelanja barang sehelai dua baju baru utk Naurah. Duduk pulak kat kawasan bandar. Tak sesuai sungguh ayat sms Kak Ya tu diguna pakai pd aku. Tsk tsk =S Cer carik mana Kak Ya? Hik hik So aku pon balas lah sms dia tu dengan penuh sopan santun. Ongkosnya

Dataran Nilai

Image
Inilah gambar terbaru Naurah. Pada Sabtu malam yang lepas, kami ke Dataran Nilai dengan tujuan nak bawak Naurah main-main berlarian atas padang luas kat situ. Malangnya kami pergi salah masa. Si kecik tu dah mengantuk pulak. Muka ketat aje. Lansung tak senyum. Pastu tammo berlepas dari dukungan. Takot jugak gaknye dengar sound system yang kuat di pasang kat situ. Meriah sungguh suasana kat sana pd malam-malam minggu. Selain ada aktiviti tarian poco-poco, terdapat juga pelbagai gerai jualan di sekeliling dataran. Hidup sikit bandar Nilai nih. At least ada tempat untuk aktiviti keluarga. Tempat beriadah. Nice =) Berdekatan dengan tempat kami duduk melepak memerhati suasana orang yang lalu lalang, ada 1 family bawa arnab comel 2 ekor. Di biar berlarian bebas di padang. Itu pon Naurah tak layan. Ngantok tahap gaban gaknye. Padahal kalo dalam TV, asek la sebut rabbit bila nampak kelibat telinga panjang. Geram pon ade aku tgk reaksi Naurah bile dia nampak rabbit sebenar buat dono aje.

Anje & Kucen

Image
Bermula dari hari Isnin minggu lepas, adik aku Anje start kerja kat nursery yang Naurah di hantar sekarang. Tapi dia cuma jaga budak-budak yang umur 2 tahun ke atas. Naurah tak termasuk. Hehe. :: Anje :: Sementara Anje mencari kerja yang lebih bagus, better dia timba pengalaman kat situ dulu. Adik aku nie ade Diploma in Early Childhood Education. So, memang kerjanya dekat taska or tadika lah. In fact kalau dia nak bukak taska sendiri pon dah boleh sangat-sangat. Cuma modal jelah yang takde lagi. Hehe. So, for the time being, Anje duduk serumah dengan aku. Taska ada sediakan rumah, tapi dia taknak duduk situ. Kurang hiburan kot. Aku & habi tak kisah pon. Senang sikit kami bila dia ada. Boleh jugak layan si Naurah tu bermain or teman tengok BBTV. Kerja kat nursery nieh penat jugak. Sudah lah masa bekerja panjang dr kerja kat office. 7.00am-6.00pm. Itu belum masok kena overtime lagi if ada parents yg ada hal. Kerja tak susah, tp letih sbb masa yang panjang. Seb baek Sabtu Ahad

20 Days Delayed

Image
Nape aku letak gambar kat atas? Korang boleh teka tak? Cer teka...cer teka..... =B Macam malas  pulak nak buat entry misteri Hahaha... Yes. Aku dah datang period malam tadi. Around 8.00pm After 20 days delayed from my usual menstrual date. Haihh... Bikin suspen saja. Apa-apa pun... Alhamdulillah =) Rasa lega sangat-sangat Hilang segala kerunsingan yang bersarang di minda Hopefully mmg tak ada apa-apa yang perlu di risaukan tentang diri aku nih Kesian kt Naurah. Dia kecik lagi kann... Moga aku sentiasa sihat utk anak dara & suami terchenta. Amin.

Tentang Wedding 2009 Hahaha...

Image
Ada gaknye orang yang menyampah tengok aku upload gambo sanding & nikah 2 tahun 1 bulan yang lepas tu ek? Lantok! Ahahaha... Bukan ape. Kalau korang memang dah baca blog aku nie dari dulu, korang msti ingat aku mane pernah upload gambo kawen aku byk-byk mcm org lain selalu buat tu. Yang ada cuma gambo dari henpon cikai Sony Ericsson aku tu jer. Snapped by my other siblings. Masa balik Johor awal bulan hari tu, aku copy semua gambo nikah & sanding kat Johor from my brother laptop to habi's lappy since CD yang OP bagi hilang ntah ke mana. La nie baru la dapat transfer gamba-gambar dr OP dlm pc opis nie hah. Tu yang excited lebih tu menayang ke kome seme. Hehe. Ala-ala mengimbas kembali gitu. Ate aku pon dah 2 tahun kawen gamoknye kan? Hehehe =B Gitulah dia ceritanya.... Cube korang tengok perbezaan mekap masa bersanding & nikah tue. Lain kan? Yang nikah tu more to simple & sweet la pada aku. Yang bersanding tu pulak lebih garang mekapnya. Bulu mata palsu pon paka

Kenangan Silam =B Part II (Nikah)

Image
Gelang pernikahan. Buat batal air sembahyang. Aisehh...first time salam cium tangan. Syahduuu!! Kasut & beg pilihan aku. I love brown =D Ececewahh. Nikah waktu petang, dapat la buat shot camnie. Nice =)

Naurah Berpisah Katil

Image
Assalamualaikum guys =) Molek sungguh permbuka kata aku hari nie. Hehe. Bermula malam Sabtu yang lepas, Naurah dah pon tido asing dengan kami. Tidak lagi berhimpit-himpit 3 beranak atas katil queen tuh. Aku belikan Naurah katil for toddler from Ikea. Beli second hand jer. Tak larat lah nak beli yang baru. Aku fikir asal boleh function macam katil, itu dah cukup baik. Alhamdulillah pembelian katil tuh pd aku aku sangat berbaloi. Apatah lagi datangnya siap dengan tilam & 2 cadar =)  Kotor sikit-sikit kat katil tu standard lah kan. Takkan nak expect macam yg baru pulak. Dah tak sanggup nak tunggu mampu baru nak beli katil untuk Naurah. Asyik bertangguh sajo. Jadinya memang sampai sudah la kalo gitu. Entah-entah sampai Naurah masuk umur 3 tahun. Huhuh. Lagi susah nak pisah dah kot. Entah. Sama keadaannya macam masa aku cuba asingkan dia tidur atas tilam kat bawah saja tanpa katil. Tidurnya tak berapa lena. Maklumlah dah biasa di tepuk & di peluk. Tapi dgn katil nie aku assumed

Kenangan Silam =B

Image
Ehemm..ehemmm.... My Engagement & Wedding Ring Khemah makan beradap Pelamin bersanding. Sebok jer Pooh gabak tuh =.= The cake =D chocolate, vanilla & banana flavour. Yummyy!

Abah & MFM Alamanda

Image
Korang ingat lagi tak entry aku tentang my dad yang buat bypass surgery dulu? Itu semua cerita last year. Masa aku pon tengah sebok-sebok nak bersalin ke Naurah & handle anak pertama yang masih baby sangat time tuh. Kekok sungguh masa mula-mula handle anak pertama nie kan? Hehe. Alkisahnya after 1 year plus having the surgery, masih ada komplikasi lain pd jantung Abah. So for the past few weeks, Abah berulang alik ke HUKM utk buat angiogram (masuk camera kecil melalui salur darah di wrist or thigh) utk melihat tahap keseriusan saluran jantung Abah yang bermasalah tue.  Last Friday adalah appointment ke-3 Abah utk buat angiogram after the 2 appointments before were cancelled due to his bloods whether are too thick or too cair. Kami semua anak beranak budget yang kali ke-3 ni Insyallah boleh dah buat. Unfortunately for the 3rd time, last minute the doc cancelled the small surgery after he saw Abah's kardio result that shows there are still some blood clots near his heart due to

Ketinggalan

Image
Entah kenapa muka aku jadi macam nie =.= bila habi tegur, ehh...dah kurus sikit lah! Kot iye pon nak memotivasikan aku, takkanlah on my 2nd day wearing PB lemak dah menyusut 5 inci. Agak-agak lah kan? One more time =.= Sebenarnya aku agak tensi sebab dah ketinggalan tentang cerita Aishah yang pregnant untuk kali ke-3. Camne aku boleh missed entry dia neh? T_T Rasa macam aku lah orang terakhir yang tahu berita hot tuh. Itu pon dari entry orang lain iaitu si Afni . Whats wrong with you Sharena? tsk tsk Aishah bercerita tentang perasaannya tentang pregnancy kali ini. Kalau dah kata mengandung tanpa di rancang or famous word nya 'eksiden', aku rasa bukanlah Aishah sorang saja yang mengalami perasaan yang bercampur-baur begitu. Apetah lagi kalau jarak masa antara anak yang sedia ada dgn yang dalam kandungan tuh tidak berselang tahun. Maksud aku tahun sebelah menyebelah. Hati wanita mana yang tak runsing berfikir tentang macam-macam hal. Melahir dan membesarkan anak bukanlah ses

Full Body With PB

Image
Ade nampak perubahankah? Juga atas permintaan peminat tegar blog ini, aku buat pertama kalinya berbesar hati menayang 1 badan aku pd hari ini. Sebelum nie tak pernah aku menunaikan permintaan mek Nano kite tuh. Tp sbb angin aku tak bape baik hari nie sebab pakai PB (maha ketat), jadi aku mintak jasa baik opismate tercinta Kak Niza utk tolong snapkan gambo full body aku nih.  Memang kena tunggu mood aku tak baik tau baru aku penuhi permintaan orang ramai. Nyiahahha =B Sbnrnya gambo nie adlh selpas aku melantak 1 senduk nasi dgn 3 ketul ayam masak merah. Wahaha. Ade nampak perot tak? Takde kan? Takde kann? Sebab pakai PB. Wahaha. Yer, aku mengaku jelah aku beli PB. Dah takde arah da nak buat camne lagi utk kuruskan badan. So, berPB gaklah aku. Langkah orang terdesak T_T Aku bukan nak kurus mane pong. At least dapat pakai baju kurung tahun 2008 jer. Berat dalam 60-64kg. My ideal weight. Itu sajo. Harap bila bulan Ramadhan menjelma nanti, dapat la turun lebih drastik. Insyallah.

Wajah Terseksa

Image
Cuba untuk tersenyum. Senyum dalam seksaan T_T Atas permintaan peminat seorang pembaca blog tegar aku, aku berbesar hati untuk tunjuk wajah terseksa aku pada hari ini di office. Pucat kan muka aku? Sebab aku memang tak pernah pakai makeup bila ke office. Ker terlebih pucat sebab pakai benda ketat? T_T

Aku Terseksa T_T

Image
Adehh..apasal la hari nie asek duduk tegak cam robot jer nih? Kawan-kawan yang dah tahu, sila fahamkan diri sendiri. Dan tak perlu jeles lebih-lebih sangat sebab aku rasa macam terseksa saje di kala menaip entry ini & pd bila-bila masa pun. Selagi ia masih tersarung kemas di badan sepanjang aku di office. Haihh.... Dalam otak, aku fikir, asal aku tak pengsan or putus napas sudah T_T Sebabnya semalam baru pakai 3-4 jam, dah menggelupur bukak dalam kereta masa keluar beli barang dapur. Rasa muka macam dah membiru. Habi dok gelakkan sajo. Cesss =.= Aku terseksa pon sebab dia jugak! Hins hinsss... Bak kata Zatil (the provider), awal-awal nie memang seksa kak! Nanti dah lama-lama, biasa lahh. Ok. Aku pegang pd kata-kata Zatil tuh. Hrpnya seksaan nie berbaloi di akhir cerita nanti. Tak pon sewaktu menyarung baju raya yang dah siap 4 pasang tuh. Ngeee =D Kite tunggu & lihat yer kawan-kawan. Hikss Jumaat lepas aku mc. Sakit rahim yang maha hebat. Rase macam nak beranak wa ckp lu.

About My Weight *again =.=*

Image
Ok. Hari nie aku takde idea nak tulis entry. Thats y da tengahari buta baru nak update blog. Hehe. Sebenarnya start malam tadi aku dah kembali runsing tentang berat badan. Sigh =.= Its like a never ending problem to me. I hate it! Pastu pagi tadi ade sesi mengukur badan utk uniform office for next year. Lagi lah stress bila tengok saiz ape yang muat dengan diri ku ini. Sadih ohh! T_T Then pergi basuh cawan kat pantry. Nampak Abang Mat. Tanya dia, am I put on weight again? He said yes. A bit. Cakap sikit tuh nak menyedapkan hati aku jer gaknye. Naik sikit tp kalo badan sebelum tu memang dah sedia ada tong dram, apa maknanya? Haihh...nanes lagi aku T_T Disebabkan keadaan sudah menjadi semakin kritikal, aku telah membuat keputusan yang drastik pd malam tadi. Niat nak turunkan weight kali nie dah lain sikit dari sebelumnya. Rasanya lebih afdhal kot. Keh keh. So doa sangat-sangat moga Allah permudah. Tak sabo nk tunggu bulan puasa. Masa tu boleh turun lebih drastik kot. Pastu dapatlah

Life Balance

Image
Full time housewife. Menjaga anak, mengemas rumah & memasak. Rasanya itulah antara rutin harian yang dilakukan oleh suri rumahtangga. Betol tak? Soalan aku nie, rasanya lebih layak di tanya pada Pja & Zuris. Kerana mereka yang menghadapi situasi sebagai full time housewife setiap hari. Kan? Kann? =) Suatu ketika dahulu, aku pon pernah bercita-cita untuk menjadi full time housewife. Sejak aku belum kahwin lagi, dah pon berangan. Rasa macam heaven gile kalo tak payah every morning siap-siap nak pergi kerja. Sudah lah sejak mula bersekolah, wajib bangun pagi-pagi. Masa study kat U, ada masanya boleh bangun lewat. Bergantung pada subjek yang diambil. Bilakah kelasnya akan di adakan. Sometimes kelas bermula pukul 10pagi. Sometimes ada juga yang bermula seawal 7.30pagi. Ikot naseb badan la kan.  Kalo cepat daftar subjek, dapatlah pilih kelas yang jadualnya lewat sikit. Tapi selalunya kalau dah last-last minute, belasah ajelah kelas mana yang tinggal. Dapat la belajar dengan lect

Tepuk Dada Tanya Selera

Image
PD Water Chalet - 1st Anniversary (2010) Dalam hidup setiap manusia, mesti ada tarikh-tarikh penting bagi dirinya kan?  Sebelum berkahwin, pastinya tarikh lahir lah yang selalu kita raikan. Birthday diri sendiri, family, kawan-kawan, boyfriend & girlfriend. Ada jugak bagi yang makwe pakwe nie, meraikan tarikh declare bercouple. Kunun-kununnya lah kann. Huhh..Lantok! Bila dah berkahwin, tarikh ulangtahun perkahwinan membawa seribu makna. Bagi aku, wedding anniversary nie lagi power kuasanya dari tarikh lahir diri sendiri mahupon untuk habi. Sama pentingnya dengan sambutan birthday anak. Lagi-lagi kalau anak baru sorang nih. Hehe. Adat la kan =b Cara kami, wedding anniversary disambut dengan memanjakan diri kami. Percutian tahunan bagi kami sekeluarga. Memang inilah tarikh yang di tunggu-tunggu. Tarikh utk holiday & honeymoon. Hihi. Kenangan percutian terbesar = Kenangan anniversary setiap tahun. Nice =D Kuching, Sarawak - 2nd Anniversary (2011) For birthdays, selalun

Ciri-Ciri Naurah

Image
Mata - ikot Ayah. kecik tapi bulat Hidung - ikot Ibu. pesek. jawo world! Telinga - ade orang kata capang. entah. kalo capang = ikot Ibu. kalo normal, ikot Ayah Kening - ikot Ibu sebab kemas sikit berbanding kening Ayah. hua hua... Mulut - ikot Ibu pon yer. bibir mungil gitu. wahaha. ikot Ayah pon boleh jd jugak. sbb bibir Ayah pon kecik je Rambut - ikot Ayah. halus & lurus. kalo ikot Ibu, Ayah bilang macam singa lapo T_T jahat! Kulit - sensitif ikot Ayah. warnanya of kosh ikot Ibu!! kalo ikot Ayah, da beso nnti ko jadi hitam Naurah!! =B Sekian, terima kasih =) Gambo yang lebih jelas. Abaikan eczema yang tumbuh di pipi itu yerr =.=

Hai Lah Anak..

Image
Entah nape aku rasa tak puas hati betol masa pegi ke birthday party Cyrus hari Sabtu lepas. Sebabnya aku rasa macam tak dapat buat ape lansong kat sane. Tak dapat nyembang banyak sebab ramai dah nak balik T_T Pdhal aku sampai takdelah lewat sangat. Cuma orang lain lebih cepat kot. Hmm.. 1 gambo pon tak nyempat nak snap. Aku cuma makan sumi & buah tembikai. Pastu air oren. Apekahh?? Entah nape aku rasa macam blur & kelam kabut. Nampak bloggers, rase cam semuanya aku nak terkam. Nak tegur & sembang. Tapi tak jd gitu pulak. Eeee...tak suka! T_T Bila ramai yang dah balik, pastu ade makcik sorang tu dok gesa-gesa aku cepat balik jugak T_T, tak lama aku pon balik gaklah. Ade makcik tu siap ugut tammo datang KL dah kalo takde orang nak tunjuk dia jalan balik Putrajaya. Huwahaha =B Baru buli sikit-sikit dah merajok wehh! Nyampoh aku! Macam la aku tergamok nak tinggal ke dia kan? =.= Mika baik & Ibu bekeng. Hahaha...(woww. mekar!) Syahdu lak aku tgk muka Mika lagu nie.