Posts

Showing posts from September, 2008

Sudah Tiba Masanya

Ya Allah, aku pasti Kau mazih azab lagi hati SBAM. Kasihannya dia Ya Allah. Dia sudah menjadi lelaki yg buruk pekertinya. Panas baran, suka bersangka buruk, hatinya masih lg kotor. Aku dpt rasakan itu sewaktu bercakap dgnnya. Dia tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Alangkah malangnya lelaki ini. Buat aku takut Ya Allah. Lelaki ini amat tidak sesuai utk aku Ya Allah. Aku tak snggup bersuamikan lelaki ini. Dia lelaki yg busuk hati. Hatinya kotor & tidak mahu pula bertaubat pd-Mu dgn sesungguhnya Ya Allah. Adakah 3 tahun bergelumang dosa & maksiat telah mengubah dia menjadi lelaki spt hari ini?Kasihannya dia Ya Allah. Aku takut Ya Allah sekiranya lelaki spt ini yg akn menjadi suamiku. Sikapnya yg aku kenali dulu byk yg telah padam. Byk yg telah hilang. Yg menonjol adalah sikap yg buruk & hati yg kotor. Ya Allah, telah tibakah masanya utk aku lepaskn dia & mohon pd-Mu lelaki yg soleh & beriman? Ya, hatiku telah tetap utk meminta pd-Mu lelaki yg soleh & beriman

^_^ lebih jelas

Cehh..Sepul still mcm dulu maaa...hampeh...sia2 jer byk bg nasihat kat mamat tue..ishh tak baik la pulak kata sia2..Allah belum berkehendak dia utk jd laki yg beriman lagi...so siapa aku utk persoal? Astaghfirullahalazim. Apelah aku nie hari Jumaat jd jahat pulak. Tp entah nape hati aku jadi senang pulak. Maybe buat aku lebih yakin pd Allah rasanya nie. Thats y aku jd senang hati. Pelik kan? Kunun2 nak achieve benda lain, tp benda lain yg dpt. Subhanallah. Ya, akulah org yg paling beruntung dlm musibah nie. ^_^ with no doubt. Walau apa pun, aku tetap pilih Allah sbb Allah adalah sebaik2 sandaran. Waktu susah ke senang ker, sentiasa ingat pd Allah. Ya Allah, penuhilah hati ini dgn rasa cinta pada-Mu. Terima kasih Ya Allah sbb pilih aku ^_^ Ppn biasa ini...terima kasih. Alhamdulillah.

Next Step Please...

Hari nie aku dah tak dpt puasa :( Sedey laa...and hari nie aku akn berckp dgn Sepul pukul 3.30pm Insyallah. Aku nak tanya perkembangan terbaru dia mcm mane. Mcm mane life dia skrg. & aku nk tanya dia ape pendapat dia ttg future kitorang. Apa yg dia nampak & rasa. More to akan OK or more to TAK OK. Aku harap sempena keberkatan Ramadhan nie, dia akan lebih jujur & jelas bila berkata2, moga datangnya kata2 dr hati yg bersih & tenang. Dan dari perbualan nie nnti aku akn dpt decide & lebih jelas mana hala tuju aku lepas nie. If Sepul kata more to OK, kami masih tetap akn mcm nie, aku pn tak nak ada perubahan sgt. Selesa dgn keadaan skrg yg tenang. Cuma kita rasa ada mcm matlamat yg jelas berbanding skrg nielah. If dia kata TAK OK, aku kene usaha spy jarakkan diri aku dr dia even by emel only. Maybe once a month je emel tanya khabar. Aku taknak ada ikatan sgt dgn dia or family dia. Mmg kene jarakkan diri dr skrg utk kebaikan kitorang berdua jugak. Apa pn pendapat Sepul, I

Satu fikiran

Aku fikir2 lah. Klu la aku tak bersandar pd Allah mcm skrg, mcm mana keadaan aku eh? Ada ke jalan lain selain aku kembali pd jalan Allah? Dan aku fikir2 aku tak rasa ada jalan lain pun yg aku boleh pilih selain jalan skrg nie. Klu aku tak pilih jalan Allah, aku pasti masih merana. Klu aku pilih utk sandar pd manusia, manusia tu juga blh khianati aku mcm Sepul buat dulu. Klu pn aku choose to be alone tanpa pilih jalan Allah, boleh ke aku bahagia & open minded mcm skrg nie ttg jodoh? Sbnrnya aku dah takde choice lain utk hidup bahagia seorg diri. Hanya pd Allah aku boleh bersandar. Choices yg lain tak menarik lansung bg aku. Takde future. So aku yakin choice aku utk jalan Allah adalah yg terbaik sekali. Buat aku fikir, org lain pn mesti pernah juga di timpa musibah, malah ada yg lebih dahsyat & sedih berbanding kes aku. Tp kenapa diorang tak pilih jalan Allah nie yer? Mcm Sepul after Kak Nauha meninggal, knp dia tak pilih jalan Allah? Knp dia pilih utk bersandar pd aku? Aku katak

Dunia or Akhirat?

Cerita ttg kewafatan Nabi SAW kt bwh mmg menyentuh perasaan aku. Kata2 terakhir yg dilafaz baginda, 'ummati...' iaitu umatku. Ya Allah, betapa kasihnya baginda pd kita, betapa prihatinnya baginda pd kita, betapa bimbangnya baginda kpd kita. Dan kebimbangan baginda mmg berasas sekiranya kita lihat keadaan umat Islam skrg. Inilah yg ditakuti oleh baginda & ianya sdh pn terjadi. Islam sekadar pd kad pengenalan, tp cara hidup lansung tak mencerminkn seorg muslim. Tak payah tgk negara jauh2. Tgk kt Msia nie jer dah cukup. Buat aku makin insaf & takut. Aku berada dlm dunia yg penuh dgn dosa & hina nie. Aku takut aku tak kuat & terikut sama. Aku mohon Allah pelihara iman & takwa yg aku dh usahakan sedaya upaya aku nie. Aku perlu jaga baik2 semua yg aku ada skrg & sentiasa ingat pd Allah. Aku spt sedikit faham dgn kebimbangan Nabi SAW. Aku katakan begitu sbb aku juga ada rasa risau pd parents, siblings & Sepul yg pernah jd part of my life. Aku risau jg bile

Rasulullah SAW Sewaktu Sakarat

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...untuk mengingatkan kita.. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. M

Satu Penyesalan

Ya Allah, bagaimana aku ini nantinya? Adakah aku akn termasuk dlm gol.yg Kau murkai? Adakah aku akan di azab di kubur & di neraka kelak? Adakah aku termasuk di atr.org yg rugi? Sudah terlalu byk dosa yg aku lakukan kepada-Mu Ya Allah. Adakah Kau telah mengampunkan semua dosa-dosaku yg lalu? Bagaimana pula dgn dosa2ku yg akn datang? Aku pasti akn membuta dosa kpd-Mu lagi Ya Allah. Manusia apakah aku ini? Sdgkn Kau memberikan aku nikmat kehidupan yg cukup banyak. Tp aku masih tetap berbuat salah pada-Mu. Sifat-Mu pula terlalu agung. Engkau Maha Pengasih, Penyanga & Pengampun. Kau menerima taubat hamba2-Mu yg memohon keampunan-Mu. Tp masih lagi manusia lalai & leka dgn keindahan dunia. Masih lagi aku juga termasuk dlm gol.ini. Apb Kau tarik nikmat kehidupan dariku, akan terputuslah segala amal ibadah yg ingin aku persembahkan pada-Mu. Aku tidak akn dpt lg menunaikan Solat, Bersedekah.....tibalah masanya semua amalanku kpd-Mu sms di dunia di hitung samada mampu utk aku lepas dr

Sejarah Bani Israel

Image
“ Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan Segalanikmat Yang telah Kuberikan kepada kamu, dansempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengankamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut (bukan kepada sesuatu Yang lain). ( Al Baqarah : 40 ) Israel ialah nama gelaran kepada Nabi Allah Yaakuba.s. Tersusun dari dua kalimat Ibrani (Bahasa Hebrew) .Isra ertinya Hamba. El ertinya Allah. Jadi Israel ertinyaHamba yang menjadi pilihanNya. Bani Israel ialah anakanak Nabi Allah Yaakub. Yakni anak-anak cucu keturunannya yang kemudiannya digelarkan dengan nama Kaum Yahudi. Sejarah mereka mengikut Ensiklopedia abad ke –14 Hijrah atau abad 20 Masihi karangan Muhammad Wajdi, secara ringkasnya adalah sebagaimana berikut :Bani Israel atau kaum Yahudi adalah bangsa yang telah mengambil peranan penting di dalam sejarah. Dengan adanya beberapa kitab kuno kepunyaan mereka, makadapatlah dianggap tidak ada satu bangsa pun yang dapatmenandingi kelengkap

Petikan Dari Surah Ali Imran

[8] (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [9] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. [14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [17] (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang

Petikan2 Surah Al-Baqarah

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [201] Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. [202] Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya. [207] Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya. [212] Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang re

Petikan Surah Al-Baqarah

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah: Ayat 177) Aku suka baca petikan ayat2 Quran nie. All

Impian Indah

Seronoknya klu dah nikah nnti blh sama2 dgn suami belajar tafsir al-quran ^_^ . Sama2 fahamkan maksud yg Allah nak sampaikan, ambil iktibar, ikut segala yg Allah perintah & larang. Pagi2 lepas siap kemas2 rmh, masak seme, ada masa luang belajar agama sama2. Tue klu blh nk dpt suami yg sggup nak belajar sama2 ttg agama. Penuhi masa yg lapang baca buku2 agama, buat amal ibadat yg terdaya sbg bekalan di Akhirat kelak. Sama2 suami isteri didik anak2 dgn cara Islam. Ajar spy takut pd Allah. Contohi akhlak Rasulullah SAW. Indahnya impian nie ^_^ . Semua tu di buat sbg bekalan spt tak di azab kt dlm kubur & masuk dlm neraka di akhirat kelak, Insyallah. Ini impian dunia aku jer. Hak Allah utk tunaikan atau tak. Kalau x tunai msti Allah ada plan yg lebih baik dr plan aku nie kan? Redha jelah dgn apa yg Allah tentukn dlm hidup nie. Tugas aku hanyalah dgn menjadi hamba-Nya yg solehah. Usaha selagi daya & serahkan semuanya pd Allah. Itu saja. Aku mohon pd-Mu Ya Allah, moga hari2 yg aka

Anak Sedara No.3

Hari nie hari ke 12 Puasa ^_^. Cepat jer masa berlalu. Alhamdulillah 12 hari yg lepas aku penuhi hari2 aku dgn memperbanyak ibadah pd Allah SWT. Aku mohon semua amalan2 tu di terima, amin. Pagi td aku emel Sepul citer2 biase jer. Smlm pn sms dia bgtau yg K.Ann dah selamat bersalin :D nama Emriel Shahran..huhu..cam nama anak K.Lin pn ade..kekeke...seronoknya aku bile dpt sms A.Edy. Dah ler sama tarikh birthday dgn ayah dia...huhu..rezeki Allah :) So samalah sekali dgn tarikh birthday Sepul. So aku dpt la confirmation Sepul kata dia dgn ppn tu kwn biasa jer sbb mmg takkan boleh bersama. Diorang berpisah sbb terpaksa. Aku pulak sbb Sepul yg tinggalkan utk dptkn ppn tu. Last2 dia yg tak dpt siapa2 gaknye. Wallahualam. Aku pn tak tahu ape ending kitorang. Kdg2 aku was2 samada betul ke aku nak berkeluarga dgn dia. Pening jugak klu fikir psl nie. Kdg2 aku mcm nak, kdg2 aku mcm taknak. Ishh..pelik lah aku nie...Tp tuelah..ini berkaitan dgn doa aku pd Allah. Aku kene tetapkan aku nak ke taknak.

Naluri Ppn

Ya Allah aku pn tak tahu aku nie mcm mane sbnrnya. Klu hati mcm sakit, aku risau sbb rasa buat salah byk pd Allah & rasa tak tertahan. Tp klu hati aman aku risau pulak Allah lupakan aku, tinggalkan aku, aku buat salah jugak ke? Masalah2 perasaan riya' & was2 sllu sgt mengganggu fikiran aku. Kdg2 aku rasa mcm riya' & aku cpt2 ingatkn diri. Sometimes aku was2 dgn Islam sdgkn bukti semua depan mata. Mcm mane nie? Aku takut lah ade perasaan2 mcm nie. Nak jadi ape aku nie klu asek ade perasaan2 mcm nie? Sometimes aku takut sgt dgn azab kubur, neraka, hari kiamat & kdg2 aku mcm tak kisah saje. Mcm mane nie? Semua ni buat aku takut dgn diri aku sndiri. Utk sedapkn hati aku nekad takkan tinggalkn amal ibadat aku pd Allah. Itu jer janji aku pd diri aku sndiri. Fikiran2 aku nie kdg2 terfikir yg bukan2 yg tak masuk dek akal pn ade. Aku takut Allah dgn azab aku. Ya Allah, berilah jalan/ilham/petunjuk dgn apa yg berlaku pd diriku skrg. Skrg aku smpi doa pd Allah utk singkirk

Rumah - rumah Allah SWT

Image
Masjid Barur Rahman - Aceh, Sumatera Indonesia Masjid Waqif - Brunei Masjid Omar Ali Saifuddin - Brunei Masjid Putrajaya - Malaysia Masjid Istiqlal - Jakarta, Indonesia Masjidil Haram - Makkah, Saudi Arabia

Peristiwa2 di Bln Ramadhan

Ramadhan al-Mubarak 7 hb Ramadhan - Abu Talib (a.s.) meninggal dunia 10 hb Ramadhan - Isteri Rasulullah; Siti Khadijah meninggal dunia 11 hb Ramadhan - Peristiwa pendamaian antara Kaum Ansar dan Muhajirin - (Tahun 1 H) 13 hb , 14 hb , 15 hb Ramadhan - PERTENGAHAN RAMADHAN (NISFU RAMADHAN) - HARI BERCAHAYA (AYYAUMUL BAYD) 17 hb Ramadhan - PERISTIWA PERANG BADAR (BADR KUBRA) - (Tahun ke 2 H) 21 hb Ramadhan - KEMUNGKINAN BESAR - MALAM GEMILANG ‘ LAILATUL QADR’ 20 hb Ramadhan - PERISTIWA pembukaan Kota Mekah oleh seramai 10 ribu tentera Islam diketuai oleh Rasulullah (Tahun ke 8 H) 26 hb Ramadhan 1429 - JUMATUL WIDA - Hari Jumaat terakhir untuk bulan Ramadahan 1429 from http://www.7chakra.com/reiki/ Aku mohon pd Allah spy dptlah aku berjumpa malam Lailatul Qadar nie & moga Allah berikan petunjuk yg aku berjaya menjumpainya. Aku harap sgt aku tak period time nie sbb klu nk ikutkn mmg dh timing dh akhir2 Ramadhan nie. Doa jelah pd Allah. Seronoknya klu aku jumpe mala

Selintas Kata

Image
Skrg aku nie begini. Memikirkn sllu ttg kematian, hari kiamat. Pasti akn ada yg kata aku terlampau extreme or berlebih2. Aku rasa itulah pendapat bg manusia2 yg masih lali & leka spt roomate aku smlm. Dia kata tak perlu fikirkn sgt, Insyallah ok je semuanya, buat baik mcm biasa, beringat etc. Alangkah mudahnya dia berkata begitu saja. Tak perlukah kita berusaha melipatgandakan amal ibadat kpd Allah stlh sedar akn kebenaran janji2 Allah? Sudah cukupkah amalan yg skrg ini shj utk kita tidak di azab di kubur & neraka kelak? Dan aku tiada daya utk berkata2 yg lebih lg krn aku akur ttg 'cahaya' @ hidayah Allah utk org2 yg dipilih-Nya shj. Aku rasa beruntung & dlm masa yg sama aku takut. Takut aku sia-siakan saja 'bukaan mata, fikiran & hati' ini. Ya Allah bimbinglah aku je jalan-Mu, amin. Klu aku fikirkan atau sibukkn dgn kata2 org di sekeliling aku, aku akan musnah. Sbb perubahan aku rasanya tidaklah terlalu ketara & semuanya ke arah kebaikan, jd tak per

Dunia Sudah Tiada Nikmat

Tulisan kat bawah ttg cerita Raja yg zalim & yg adil tue spt menjawab persoalan aku pd renungan slps Solat Subuh pagi tadi. Subhanallah. Entah kenapa aku rasakan spt dunia ini sdh tidak mmpnyai apa2 makna pd diri aku. Semuanya aku rasakan spt kosong tiada yg menarik lagi. Sehingga aku spt berkata pd Allah sekiranya sudah cukup amal kebajikan aku yg membolehkan aku masuk ke Syurga-Nya, cabut sajalah nyawaku. Sekiranya masih belum cukup, berikan aku masa lagi utk aku beribadat dgn penuh ketaatan pd-Mu. Aku terfikir mcm nie sbb aku rasa bersalah sgt bila saban hari aku pasti ada berbuat dosa pd Allah. Aku tahu stp manusia takkan lari dr membuat dosa2 kecil & dosa2 besar perlulah kita elakkan sedaya upaya. Tp aku spt tak tertahan hati menanggung bebanan hati yg pedih & perit apb aku memikir2 dosa kesilapan ape aku dh buat utk hari itu. Aku manusia biasa, insan yg kerdil di mata Yang Esa. Aku takut aku kembali ke jalan yg salah. Aku takut aku tak kuat utk perteguh iman & tak

Hakikat Kematian

Image
” Salah satu makna kematian adalah kematian sebagai proses penyucian terhadap dosa-dosa yang tidak bisa kita bersihkan sepanjang hidup kita. Ada sebuah hadis qudsi yang sangat menyentuh …. : Dulu ada seorang Raja yang sepanjang hidupnya hanya berbuat maksiat dan zalim. Kemudian ia jatuh sakit. Para tabib meminta raja agar mengucapkan selamat berpisah saja, sebab ia tidak bisa disembuhkan kecuali dengan sejenis ikan. Sekarang ini bukan musimnya ikan itu muncul dipermukaan laut. Tuhan mendegar itu, memerintahkan para malaikatnya untuk menggiring ikan-ikan agar muncul di permukaan. Raja akhirnya dapat memakan ikan itu. Ia sembuh. Pada saat yang sama, dinegeri yang lain, a da seorang Raja yang adil, saleh, jatuh sakit. Para tabib juga mengatakan bahwa ubat penyakitnya ialah ikan yang sama. Tapi jangan khawatir, sekarang ini musim ikan itu muncul di permukaan laut. Sangat mudah memperoleh ikan itu. Tuhan memerintahkan pada malaikat untuk menggiring ikan-ikan itu untuk masuk ke sarang-sa

Buah Fikiran

Aku terfikir sekiranya Sepul tetap menolak aku to be his wife, dia bkn saja telah menganiayai org yg pernah dianiayainya dulu, malah menganiayai dirinya sendiri. Pd pendapat aku, even dia rasa malu pd aku, lelaki yg baik takkan tergamak menolak ppn yg diakuinya sdh berubah menjadi ppn yg solehah, malah harapan keluarganya juga keluarga aku pd kami. Org yg sudah sedar kesilapannya, bertaubat pd Allah, perbaiki kesilapannya pasti takkan blh menolak aku. Tp klu ini adlh kehendak Allah, aku mmg redha saja. Org yg rugi bukanlah aku, tp dia. Aku ada bidadara bermata jeli ape :D buat aku tersenyum klu ingat nie..heheh... Aku rasa aku & Sepul will be together, tp aku kene pastikan betul2 atas sbb ape dia nk nikah dgn aku. Ini yg aku kene make sure betul2 & aku kene terangkan matlamat aku dlm perkahwinan tu nanti & aku harap dia bersedia utk bersama2 dgn aku mengejar akhirat bkn dunia. Sabar dgn dugaan yg aku yakin lebih mencabar terutamanya utk aku if Sepul x dpt petunjuk lg dr All

Teliti Aib, Sepul & Ujian

Aku nak teliti aib aku skrg nie. Asyik nmpk aib org, diri aku mcm mane pulak? Sedih jugak la sbb aku nie xde sape nk tegur aib diri sndiri. Sepul byk aku tegur ttg aib dia, tp dia sekali pn xde tulis ttg aib aku. Juz sekali dulu last aku ckp on the phone dgn dia 6/8 ttg riak & bongkak. Time tu Allah mmg sdg hukum aku sbb aku buat maksiat dgn dia ats dasar kecintaan aku pd Sepul. Duduk berdua2an dlm tmpt gelap, urut2 badan dia yg lemah etc. Ya, bile bersama dgn Sepul, aku akn buat byk dosa maksiat. Mmg perpisahan kami skrg ini adlh yg terbaik. Pd dia wallahualam tp pd aku, alhamdulillah aku rasa aku lebih terpelihara dr masa kitorang bersama. Cuma aku mohon pd Allah perpisahan ini bknlah utk selamanya. Klu Sepul mmg x blh nk dpt petunjuk & hidayah Allah, asal dia ambil iktibar atas dugaan kami & penganiayaan2 yg dia dh buat pd aku, bertaubat, itu dh cukup baik pd aku. Ttg hidayah & petunjuk, aku mohon bantuan Allah utk bantu dia bile kami dah sah nikah Insyallah. Aku pn

Khilaf & Nafsu Syahwat

Malam tadi aku tido awal dlm pukul 9.45pm sebaik selesai Solat Isya' & Terawih. Entah kenapa mata mengantuk sgt even masa Solat. Aku cuba buka mata luas2 tp rasa ngantuk tetap ada. Aku skrg tgh latih diri utk menahan nafsu syahwat yg ada dlm diri aku. Jihad yg dikatakan paling tinggi pahalanya spt yg aku baca dlm buku Penenang Jiwa by Imam Al-Ghazali. Yg sllu di ulang2 adlh utk menahan nafsu makan & tidur. Bab tidur Alhamdulillah dulu aku pn tak tahu knp aku mcm tak suka dgt tido. Time org lain nyenyak tido aku sllu x buleh tido (Allah dah buka jalan) just bab makan aku lemah sikit lah sbb aku mmg suka makan hehe. Tu yg badan gedebab giler kan?haha.. Takpe tu kisah lama, kita lupekan jelah. Tp smlm maybe aku mkn byk kot sbb tu jadi ngantuk giler. Pdhal sblm2 nie aku ok jer timing2 after Isya' tue. Aku beli nasi ayam kt bwh tu & aku bagikn 2 utk buka & sahur. So kire aku mkn half jelah. Tp tak nafikan nasinya agak byk. Tp takkan pulak aku nk buang kan? Membazir p