Nuffs

Thursday, September 29, 2016

Cafe Dalam Jaya Grocer




Ritu g D Pulze dengan Kak Niza. Dedua kelaparan maka try la makan kat cafe dalam Jaya Grocer tu. Wah sedap rupanya eh. Mashed potato tu rasa dia mmg thick & sedaaaaapppp. Rasa mcm tak cukop hahaha. Sape blm pernah try makan cafe dalam tu silalah try. Price pun reasonable mcm 2 dish sepinggan aku tu RM16.90 kalau tak salah. OK la kenyang jugak.

Lagi 1 kalau g JG ni aku suka sangat beli roti blueberry cheese ke ape nama dia tu. Cheese ape dia guna tah tapi memang sedap pasal thick rasa dia & lemak berkrim. Tak boleh beli selalu kang bertingkek balik lemak kat perut ni HAHAHA.

Napelah makanan yg sedap2 ni penyumbang kpd kegemukkan & masalah kesihatan ehh? Pernah tak korang terfikir? Akaka =P


Wednesday, September 28, 2016

Perubahan

Office sekarang tengah busy rebranding. Hari ni baru launched logo baru. Banyak la benda baru like kena tukar signature email bagi standardize semua staf. Tag card pun baru. Letterhead setiap orang ada soft copy. So sendiri print bila nak pakai. Jimat katenyer. Follow jelah ork. Tapi yg paling kelakar aku yg bukan sape2 ni dapat pulak Business Card kes tersilap letak nama. Adoii...dalam banyak2 staf nama aku jugak yang dia tersilap letak. Riso gak aku kang ade kata aku mengada request. Ehh, tak kuasa la mak. 

Uniform pun dapat baru ada 2 helai. Dulu uniform dapat 3 helai. Pakai hari Isnin, Selasa, Khamis. Rabu boleh baju biasa tp office attire. Jumaat casual day blh pakai shirt & jeans. Kali ni uniform just pakai hari Isnin dengan khaki color pants/skirt. Sehelai lagi uniform boleh pakai hari lain dengan x kisah kaler seluar/skirts. Sikit jelah perubahannya.

Oh yer, dinding2 office yang sebelum ni putih dah dikaler berwarna warni dgn kaler2 logo baru kampeni. Nampaklah ceria sikit haaa. In a way aku suka jugak perubahan ni semua pasal dah almost 11 years kerja sini asyik ngadap benda yg sama aje takkanlah x boring kan? So bila ade perubahan macam ni lainlah sikit mood kita nak datang kerja tu.




Tu ha pic snap dari pintu Asset Department. Oh yer nama dept kami pun dah berubah. Sblm ni Property now Asset. Bos pun dah baru aku ade cerita tak?Hehe. Awal tahun ritu dalam bulan 1 bos baru dah masuk. Bos lama keluar bulan 3. So now dgn bos barulah. Almost a year dah pun. Alhamdulillah. Mak hepi aje ^_^

Executive Director pun dah bertukar kepada anak Tan Sri. So banyak lagilah perubahan2 yang dah berlaku kat sini. Aku pun jadi lebih aktif lah join pape event company. Ritu wakil kampeni join sukaneka anjuran Mpsp kat Stadium Mini BBST. Dekat je kan dengan rumah. Amek peluang lah join mane yang boleh join. Takdelah org kata takde contribution langsung kat kampeni kan? 

Pastu kelab suka buat Zumba every Friday pun aku join. Yang ni memang seronok lah even macam kayu je follow steps tu semua kan. Lantak. Sejak2 umor makin tinggi ni tak peduli sangat dah bab malu nak control lawa tu hahaha. Lagipun geng2 ladies je kecuali instructor. Mak memang chop spot belakang sekali jelah kuikui. Balik kerja petang kalau takde pape g jogging dengan Iz lps amek Naurah kat kindy. After that baru amek the boys. Kdg main badminton. Best lah rasa sihat sikit badan ni.

K tu jelah nak cerita a few changes happening in my life at the moment.

In love wuhuhu


Monday, September 26, 2016

Masa Lapang

Apa yang korang suka buat bila ada waktu lapang? Pasal masa lapang ni pun berubah-ubah okay ape yang kita buat dengan masa yang ada tu. Tak sama pun dengan tahun-tahun yang lepas. Begitulah manusia tak pernah lari daripada perubahan. It just that samada perubahan tu ke arah yang lebih baik atau makin hampeh. Sendiri lah decide nak cane ye tak?

Fikir pasal masa lapang ni pun boleh buat otak aku runsing. Risau kalau aku tak guna masa yang luang tu utk benda yang berfaedah. Selalu jugak over think pasal benda ni. Adakah aku suka buang masa dengan berfikir tentang benda mcm ni? Hmm....

Contoh la eh kat opis ni banyak masa lapang. Bila aku bukak youtube dengar lagu or tengok kdrama kan...adoiiila rasa bersalah sangat taw huhuhu. Yerlah pasal benda bukan dapat pahala pun kalau buat kan. Tapi nak lawan nafsu mahukan hiburan tu sangat susah. Cuma aku cuba sangat-sangat biar banyak dengar ceramah agama lagi drp hiburan tu semua. Cuba dengan sedaya upaya. 

Ada sebab Allah bagi aku rezeki dengan kerja skrg ni. Dgn masa lapang yg ada ni, kenalah gunakan dengan sebaiknya kan? Asyik sangat dengan perkara lagha buat aku susah hati juga. Siapa kata senang jadi manusia? Semua tindak tanduk kita ada pertanggung jawaban di akhirat nanti. It is a huge burden for me. I felt it that way. 

Semua benda dalam hidup ni, aku suka relate dengan agama. Nombor 1. Mencari redha Allah yang ternyata bukanlah perkara yang mudah. Sentiasa cuba nak jadi hamba yg lebih baik. Tak pernah hilang dalam otak ni fikir nak buat Allah sayang. Dok runsing tapi ada juga yang tak terbuat-buat. Niat dah ada. Azam tu kurang kuat. Iman lemah sana sini. Memang salah sendiri.

Itulah selalu doa kat Allah bagi kekuatan nak buat benda baik. Yang hanya utk Dia. Solat malam ni lama dah tinggal. Runsing lagi. Agaknya tentang ni memang a never ending story utk aku. Selagi hidup, runsing sokmo. Kan best kalau jadi burung atau papelah makhluk Allah yang tak dipertanggung jawabkan atas segala perbuatan. How I wish....

Tapi bila fikir kebahagiaan yg dirasai menjadi seorang manusia rasa syok pulak. Ada suami & anak-anak yg comel. Torn apart sungguh aku ni hahaha. I am so human.

Bajet lawa kahkahh. Menyembak muka awak Nadim. Sep ngan ibu



My Radio

Nuff Nuff